Wednesday, August 18, 2010

Peranan UMNO, MCA, MIC dan Gerakan

Sekarang ini heboh diperkatakan tentang pelbagai tingkah laku sumbang presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliau seakan-akan cuba menjuarai suara masyarakat cina di Malaysia dengan alasan untuk menarik kembali sokongan orang cina terhadap MCA dan BN. Bagi Pak Cu jalan yang diambil oleh pemimpin tertinggi MCA tersebut adalah jalan pintas yang tak akan memberi sokongan yang berpanjangan kepada beliau dan MCA.

Pak Cu tengok pemimpin BN sekarang sudah menjadi tidak keruan. Mereka menjadi kelam kabut kerana sokongan rakyat terhadap mereka tidak menampakkan impak yang besar. Jika suasana ini belarutan, malapeka besar akan berlaku dimana rakyat Malaysia akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang mempunyai kegemaran di luar tabie'.

Sepatutnya parti-parti komponen BN bergerak mendekati kaum yang mereka wakili dan memberi kefahaman kepada mereka tentang hak dan cara untuk hidup di dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Pak Cu tidak tujukan kepada MCA sahaja malah ini juga melibatkan UMNO, MIC, Gerakan, PPB, PBS dan sebagainya. Jika membiar ahli parti atau kaum yang mereka wakili memberi arahan kepada pemimpin parti, maka hancurlah tujuan dan harapan pemimpin terdahulu menubuhkan parti tersebut.

Bukan maksud Pak Cu untuk meminta pemimpin BN untuk menolak suara akar umbi. Ini tidak benar sama sekali. Apa yang Pak Cu maksudkan, tidak semua apa yang diminta oleh ahli akar umbi itu semuanya betul. Sepatutnya, sebagai pemimpin, mereka haruslah memainkan peranan untuk memberi pemahaman kepada ahli akar umbi walau pun apa yang hendak disampaikan bertentangan dengan suara majoriti. Sebagai contoh, memang tidak dinafikan suara majoriti masyarakat cina mahukan hak keistimewaan orang melayu ditarik balik. Ini kerana, tindakan tersebut pastinya menguntungkan masyarakat cina di Malaysia. Tetapi, apa pula perasaan orang melayu? Hanya melayu bodoh sombong sahaja yang sanggup ianya ditarik balik. Jika perkara ini dibiar berlarutan tanpa penjelasan yang sewajarnya, maka tidak mustahil akan berlaku rusuhan kaum seperti 13 Mei.

Jika ini berlaku, siapa yang akan untung? Tiada seorang pun yang akan untung kecuali mereka yang bersungguh-sungguh hendak jadi pemerintah. Tidak kira melayu, cina, india atau bangsa apa sekali pun, pastinya akan terkena tempis dari kekacauan tersebut. Rusuhan akan menyebabkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa serta mengganggu tugas kita seharian. Mengapa kita harus biarkan semua ini berlaku di negara kita yang tercinta ini. Tidak bolehkah kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang? Walau pun dengan hak keistimewaan, orang melayu masih jauh di belakang orang cina.

Oleh itu, sikap sebeginilah yang harus ada dalam hati sanubari setiap pemimpin BN. Mereka harus turun ke bawah disamping mendengar keluhan rakyat, mereka juga bertanggungjawab untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Memang ini adalah suatu tugas yang amat berat sebagai seorang pemimpin kepada sesuatu kaum. Tapi, anda yang memilih untuk menjadi ketua kepada kaum anda, maka pikullah tanggungjawab tersebut dengan baik demi keamanan dan kebahagian rakyat jelata.

Thursday, May 20, 2010

Teguran Ikhlas

Kali ini Pak Cu memilih untuk menegur orang UMNO dan blogger yang pro UMNO. Walau pun besar kemungkinan Pak Cu akan kena marah, tapi Pak Cu rasa adalah tanggungjawab Pak Cu untuk memberi pandangan demi kebaikkan UMNO. Pak Cu bukan orang kuat UMNO tapi atas dasar sayangkan parti keramat ini Pak Cu gagahkan juga memberi komen ini. Pak Cu membesar dengan jasa-jasa pemimpin terdahulu UMNO hingga Pak Cu boleh sampai ke tahap Pak Cu sekarang.

Pak Cu tengok sekarang wujud satu perubahan ketara dalam senario politik negara kita. Maksud Pak Cu, perbezaan antara UMNO dan PAS. Bermacam orang cerita tentang kemerosotan sokongan rakyat terhadap UMNO. Bermacam hujah dan penyebab diutarakan yang mana ada yang betul dan ada yang tidak benar sama sekali. Bagi pendapat Pak Cu, faktor utama UMNO ditolak dan penyebab utama PAS semakin diterima rakyat berbilang kaum adalah berpunca dari transformasi kedua-dua parti politik tersebut. Dengan kata mudah, UMNO telah berubah bentuk untuk menjadi PAS dan PAS pula telah bertukar menjadi UMNO.

PAS kini sudah berubah pandangan politik mereka dari menjadi parti jumud kepada sebuah parti yang begitu terbuka. Contoh paling mudah adalah kalau dahulu pemimpin PAS selalu melaung-laungkan saranan bahawa mengundi calon bukan islam adalah haram, tetapi kini perubahan ketara dapat dilihat dengan perginya pemimpin lama dan datangnya pemimpin baru dalam PAS. Kini PAS sudah dapat menerima DAP yang dulu secara terang-terangan menentang Undang-undang Islam yang cuba diperkenalkan oleh PAS. PAS kini sudah sedar, jika mereka ingin berkuasa di Malaysia, mereka tidak hanya boleh bergantung harap kepada undi orang Islam sahaja yang kebanyakkannya adalah Melayu. Mereka kini sudah bijak melayan orang bukan islam agar menyokong mereka dengan konsep keterbukaan. Mereka cukup bijak menjaga sensitivity orang bukan Islam agar tidak diperdebatkan secara terbuka.

Sebaliknya pula berlaku pada UMNO. Walaupun DS Najib begitu bersungguh-sungguh memperkenalkan konsep 1Malaysia, tetapi terdapat sebilangan besar pemimpin dan penyokong UMNO tidak mendalami sedalam-dalamnya pengertian konsep tersebut. Mereka secara terang-terangan menghentam kaum lain secara terbuka. Tidak cukup dengan itu, segala jenis cacian dan makian dilemparkan kepada kaum lain tanpa menjaga sensitivity mereka. Semua ini dilakukan sewenang-wenangnya kerana mereka yakin bahawa kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan jika mereka meniup api perkauman tersebut sebab mereka adalah penyokong kerajaan.

Kadang-kadang terlintas juga difikiran Pak Cu, mungkin ada musuh dalam selimut yang mahu menghancurkan UMNO dari dalam. Puak ini mengapi-apikan penyokong UMNO untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataa secara terbuka yang menyentuh isu sensitif berbau perkauman. Tujuan mereka hanya satu, untuk melihat UMNO ditolak oleh masyarakat bukan islam serta mengharu-harakan kerjasama erat yang telah lama terjalin antara UMNO dan parti komponen BN yang lain. Ramai yang termakan dengan racun ini termasuklah blogger-blogger yang Pro UMNO.

Sebelum ini mereka meracun orang UMNO untuk bergaduh dengan masyarakat cina. Mereka berjaya didalam misi mereka dimana kaum cina sudah mula menjauhi UMNO dan BN. Kini, mereka cuba untuk memecah belahkan hubungan akrab UMNO dengan parti komponen lain di Sarawak. Blogger-blogger sudah mulai menghentam pentadbiran TS Taib Mahmud dan tanpa segan silu masuk campur dalam urusan pentadbiran Sarawak yang menjadi pantang tok nenek moyang mereka. Pak Cu tak dapat bayang apa akan berlaku jika hari ini, Ketua Menteri Sarawak itu membuat kenyataan bahawa semua parti komponen BN di Sarawak mengumumkan mereka keluar BN dan menyokong pembangkang. Mahu cirit birit pemimpin dan penyokong UMNO.

Tidak salah untuk menegur, tetapi perlulah berhemah. Jangan main hentam sebarang sahaja. Dalam kes Sarawak, walaupun TS Taib Mahmud sudah lama memagang tampok kuasa di negeri tersebut, sehingga kini Pak Cu tidak nampak seorang pun pemimpin Sarawak, baik dari BN mahupun pembangkang yang mampu mentadbir masyarakat berbilang kaum di Sarawak. Ibaratnya begini, jika Malaysia mempunyai Mahathir, Sarawak membangun kerana Taib Mahmud. Bukan tugas mudah untuk menjaga kebajikan kaum iban di Sarawak. Bukti kukuh tentang kemampuan beliau adalah, TS Taib adalah dari kaum Melanau, iaitu satu kaum yang boleh dikatogerikan sebagai kaum minoriti di Sarawak. Tetapi beliau terus mendapat kepercayaan semua lapisan masyarakat di Sarawak sekian lama. Jika tidak sudah lama beliau jatuh jika beliau tidak berkemampuan.

Cukuplah sekali rakyat Malaysia melakukan kesilapan dengan meminta Tun Mahathir berundur kerana termakan hasutan Anwar. Jangan racun pemikiran rakyat sarawak untuk mengulangi kesilapan yang sama. Bukan untuk memuji sebarangan, TS Taib semasa mudanya amat kuat bekerja. Sebut hulu mana di Sarawak beliau tidak sampai. Kini beliau sudah berusia. Sepatutnya pemimpin pelapis di Sarawak meniru kerajinan beliau untuk bertemu rakyat. Faktor geografi Sarawak yang menyebabkan seseorang pemimpin itu perlu tabah berdepan dengan cabaran untuk bersua muka dengan rakyat di pendalaman.

Begitu juga dengan bermacam isu rasuah yang dihidang kepada kita tentang TS Taib. Pak Cu tidak faham, bagaimana kita begitu mudah menjamah hidangan yang disediakan pembangkang hasil resepi Anwar. Segala tuduhan tersebut tidak disertakan dengan bukti. Kalau setakat bukti keratan akhbar, habislah Malaysia ini tidak mempunyai pemimpin. Yang sedihnya, orang BN sendiri turut sama menghentam beliau. Pak Cu nak cerita pengalaman yang Pak Cu sendiri alami ketika bertugas di Sarawak. Budaya membawa gambar seseorang itu bersalaman dengan Ketua Menteri atau menteri untuk memohon kontrak adalah satu kebiasaan. Tujuan mereka untuk memberi gambaran betapa akrabnya mereka dengan menteri tersebut. Kadang-kadang mereka sanggup untuk mengakui menteri tersebut ada saham dalam syarikat mereka. Kalau tidak dikaji dengan mendalam, kita pasti termakan dengan cerita mereka.

Jadi Pak Cu ingin menasihat para blogger sekalian, jangan menulis artikal secara keterlaluan dan mencampuri urusan politik orang Sarawak. Pak Cu yakin TS Taib ada cara beliau sendiri kerana beliau begitu masak dengan politik Sarawak. Jangan kita tumpang semangkuk dengan pembangkang menghentam pentadbiran Sarawak.

Akhir sekali, Pak Cu ingin menyusun jari sepuluh untuk memohon kemaafan jika tulisan Pak Cu ini mencuit hati sesiapa saja. Niat Pak Cu ikhlas dan tidak mempunyai sebarang prasangka.

Tuesday, April 27, 2010

Bila Zaid Dan Anwar Bercakap Tentang Rasuah Politik

Calon berpengalaman dari PKR, Datuk Hj. Zaid Ibrahim dan Anwar memberitahu semua orang bahawa kekalahan mereka di Hulu Selangor adalah disebabkan oleh majoriti orang Hulu Selangor mengundi BN disebabkan mereka mengambil rasuah dari BN. Jika pengundi-pengundi di Hulu Selangor tidak mengamalkan budaya rasuah, pembangkang pasti menang pilihanraya kecil ini.

Untuk makluman, kedua-dua nama di atas adalah manusia yang paling tidak layak untuk bercakap tentang politik wang. Jika ditanya ketua-ketua bahagian UMNO diera Anwar berjuang didalam UMNO, mereka lebih maklum siapa Anwar. Anwar naik dalam UMNO ibarat roket DAP memintas nama-nama besar lain dalam UMNO. Adakah ini disebabkan oleh kewibawaan beliau? Jika anda berpendapat demikian, sila fikir sekali lagi. Cari balik orang-orang lama UMNO. Tanya mereka bagaimana Anwar sogok mereka dengan kemewahan ketika beliau menaiki tangga kepimpinan dalam UMNO.

Dan, jika pembaca semua masih tidak yakin, anda boleh cari pemimpin-pemimpin lama di Sabah pada era PBS. Tanya mereka bagaimana Anwar memainkan peranan merampas Sabah dari PBS. Ini budaya baru dalam UMNO ketika itu yang dibawa masuk oleh Anwar ke dalam UMNO. Jika ada perbuatan tersebut sebelum ini, ia hanya sekadar hadiah penginapan hotel dan makan malam ketika adanya Persidangan Agung UMNO. Bila Anwar masuk UMNO, wang ringgit mula berlegar dikalangan mereka yang menyokong beliau. Bukan sedikit, malah mencapai ratusan ribu ketika itu. Ini belum dikira 'Pink Form' saham yang diberikan kepada mereka yang menjadi panglima disekeliling beliau.

Kes Zaid Ibrahim pula tidak perlu diperjelaskan. Beliau adalah antara mereka yang didapati bersalah dengan amalan politik wang dalam UMNO. Beliau cuba menafi dengan berbagai alasan, tetapi mengapa perkara tersebut tidak ditimbulkan semasa beliau didakwa. Untuk penjelasan, pembaca semua boleh bertanya kepada orang lama UMNO dibahagian Kota Bharu. Mereka lebih arif, siapa Zaid Ibrahim. Tanyalah broker-broker beliau di Kota Bharu berapa banyak wang peribadi yang beliau tabur untuk memenangi kerusi parlimen Kota Bharu.

Satu sikap mulia Zaid Ibrahim adalah beliau seorang yang kaya dan tidak kedekut. Pak Cu tidak sabar untuk melihat pertembungan antara Zaid Ibrahim dengan Azmin bagi merebut Timbalan Presiden PKR nanti. Pak Cu amat yakin, Zaid dapat menumbangkang Azmin dengan mudah sekali. Lihatlah nanti bagaimana Zaid menabur duit untuk memperolehi undi melayu bagi memenangi jawatan tersebut. Azmin pun kaya, tetapi kedekut. Beliau tidak mampu menandingi Zaid dari sudut murah hati.

Untuk makluman, kepada yang tidak tahu, mengapa BN gagal memperolehi majoriti yang lebih tinggi di Hulu Selangor? Ini bukan kerana undi masyarakat Cina semata-mata. Semua orang tahu, pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor amat tidak disenangi oleh ahli melayu dalam parti pembangkang di kawasan tersebut. Tetapi dengan kuasa wang yang ada pada tangan beliau, beliau berjaya membeli kekecewaan para penyokong Azmin dan penyokong PAS. Jika tidak disebabkan wang, beliau pasti tewas dengan majoriti melebihi 5,000 undi.

Pesanan Buat Kaum Cina - 2

Dalam bab 1, Pak Cu ada berbincang mengapa kepercayaan masyarakat cina terhadap BN mula pudar. Keputusan PRK Hulu Selangor telah pun diketahui dan seperti pilihanraya-pilihanraya sebelum ini, kemerosotan undi masyarakat cina kembali menjadi isu utama.

Pak Cu ingin menyentuh sedikit tentang keputusan PRK tersebut. Bagi Pak Cu, keputusan tersebut sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa sokongan majoriti rakyat Malaysia telah kembali kepada Barisan Nasional. Sejak PRU Ke 12, pada hakikatnya sokongan rakyat terhadap BN telah merosot dengan teruk sekali. Jika Pak Lah mengambil keputusan pantas untuk berundur lebih awal, keadaan tidak akan menjadi seteruk ini. Berdasarkan keputusan PRU Ke 12, pada ketika itu sokongan rakyat pada BN adalah sekitar 63%. Dalam tempoh setahun selepas itu, ianya merosot sehingga dibawah 30%. Dengan kata lain jika diadakan semula PRU pada 2009, yakni sebelum DS Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara, parti pembangkang akan menang dengan majoriti lebih 2/3. Sepatutnya KPI untuk DS Najib, haruslah dinilai bermula dari sini.

Dari keputusan PRK Hulu Selangor, dilihat keyakinan rakyat terhadap BN telah kembali seperti tahun 2008. Kombinasi kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin telah berjaya memenangi kembali hati rakyat yang telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pak Lah selepas PRU Ke 12. Mendapatkan kembali sokongan kepada melebihi 60% (peningkatan sebanyak 30%) dalam tempoh setahun, bagi Pak Cu adalah sesuatu pencapaian yang amat cemerlang. Dan bagi pihak pembangkang, mereka tidak boleh lagi untuk mendabik dada kerana dalam tempoh setahun pentadbiran DS Najib, mereka kehilangan 30% kepercayaan rakyat terutama dari orang Melayu dan India. Peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap mereka tidaklah sehebat mana kerana kaum Cina di Malaysia hanya mewakili 25% dari keseluruhan suara rakyat Malaysia.

Jadi apa yang Pak Cu lihat, pada hakikatnya, pembangkang amat bimbang dengan kemerosotan undi Melayu dan India. Tetapi mereka terpaksa membesar-besarkan tentang sokongan kaum Cina terhadap mereka melalui media alternatif yang kebanyakkannya adalah terdiri dari pemberita yang pro-pembangkang, supaya moral ahli-ahli mereka tidak terjejas. UMNO dan BN tidak perlu terikut-ikut dengan rentak mereka. Adalah suatu keperluan bagi BN untuk mengkaji tentang kemerosotan ini, tetapi sebarang tindakan haruslah dibuat dengan kajian yang teliti agar BN tidak kehilangan sokongan kaum Melayu dan India disebabkan terlalu melayan kehendak masyarakat Cina untuk mendapatkan undi mereka.

Politik balas dendam juga haruslah dijauhi sepenuhnya. Terdapat suara-suara sumbang yang meminta kerajaan membekukan bantuan kepada kaum Cina atas sikap belot mereka. Ini bukan suatu tindakan yang bijak. Begitu juga jika kepimpinan negara mengambil keputusan untuk memberi layanan istimewa terhadap kaum Cina. Tindakan terbaik adalah balik kepada suasana sebenar yang telah menjadi amalan pentadbiran BN sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Hak-hak setiap kaum harus dipelihara. Kerajaan tidak boleh meminggirkan masyarakat Cina dan dimasa sama juga tidak boleh melayan semua kehendak mereka sehingga terpaksa mengorbankan hak kaum lain.

Jangan sesekali berjanji sesuatu yang kita tidak mampu tunaikan. Sebagai contoh, jika masyarakat Cina inginkan hak sama rata dengan kaum melayu, kemahuan ini haruslah tidak diberi layanan. Tetapi jika mereka meminta bantuan untuk meningkatkan sistem pendidikan mereka, kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan tersebut, dan dalam masa sama bantuan yang sama hendaklah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat serta Sekolah Tamil. Ini dinamakan keadilan.

Pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim semestinya mempunyai rasa bimbang terhadap kemerosotan sokongan bangsa sendiri terhadap mereka. Walau bagaimana pun beliau begitu masak dengan sikap orang Melayu. Bagi beliau, untuk memperolehi undi melayu tidaklah sesukar bagi mendapatkan kepercayaan orang Cina. Bagi beliau, orang melayu mudah dibelai dan mereka mudah memaafkan kesalahan orang lain. Jalan terbaik untuk memperolehi kembali sokongan Melayu adalah dengan mengaitkan kerajaan dengan yahudi. Itulah apa yang sedang beliau lakukan. Alunan muzik yang dimainkan Anwar menyebabkan masyarakat melayu leka dan lupa bahawa tanpa bantuan yahudi, PKR sudah lama hilang tanpa nisan.

PAS pula memainkan perana mengeluarkan fatwa-fatwa yang akan memberi kelebihan kepada mereka. Seperti di Hulu Selangor, mereka berkata tindakan menyerang peribadi seseorang adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam dan memberi undi kepada orang bukan islam adalah haram. Lagi sekali orang melayu leka dan lupa bahawa amalan tersebut telah pun menjadi darah daging kepimpinan PAS sekarang. Mereka menghentam calon BN di Permatang Pasir sehingga merosakkan rumah tangga beliau dan orang melayu juga lupa bahawa orang pertama yang membuka aib Anwar Ibrahim tentang kes liwatnya dipentas khalayak adalah pemimpin PAS sendiri. Begitu juga dengan kerjasama dengan bukan islam, PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO. Mereka lebih mempunyai perasaan syak wasangka terhadap sesama islam berbanding dengan DAP yang begitu terkenal dengan sikap suka mengambil kesempatan disaat orang islam berpecah belah.

Kepada orang Melayu, kita tidak boleh terus menganggap masyarakat Cina sebagai musuh kita. Musuh kita yang sebenar adalah Cina DAP, iaitu satu kelompok dalam masyarakat Cina yang begitu bersungguh-sungguh mahu merampas hak kita. Kelompok inilah yang harus ditentang dan dipulau oleh seluruh orang Melayu yang beragama islam.

Friday, April 23, 2010

Pesanan Buat Kaum Cina - 1

Tun M turun berkempen di Hulu Selangor. Dengar khabarnya, ucapan Tun dapat memujuk sedikit sebanyak hati orang-orang cina terhadap BN. Isi yang paling penting yang dapat disimpulkan dari ucapan Tun adalah peranan pemberita berbangsa cina yang majoritinya adalah penyokong DAP, memutar belit ucapan pemimpin melayu terutamanya dari UMNO, seakan-akan UMNO adalah parti bersifat perkauman. Mereka hanya melaporkan ucapan apabila pemimpin melayu tersebut mengkritik kaum mereka disebabkan tuntutan mereka yang keterlaluan, tetapi pada masa yang sama apabila pemimpin tersebut menyeru orang melayu supaya memahami hak kaum lain sebagai rakyat Malaysia, tidak pula dilaporkan.

Berita seperti ini sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puah hati dikalangan kaum lain mengakibatkan terdapat pemimpin-pemimpin politik dari kaum tersebut (baik dari parti pembangkang mahupun dari parti komponen BN) mula membuat ulasan yang menjurus ke arah menimbulkan kemarahan pemimpin melayu. Lebih mengeruhkan keadaan, bila terdapat pemimpin melayu, membalas serangan tersebut dengan nada yang lebih keras. Disinilah bermulanya kehilangan kepercayaan kaum cina terhadap UMNO dan BN.

Isu-isu seperti ini patut ditangani dengan lebih bijak oleh pemimpin melayu, terutama dari UMNO begitu juga kepada pemimpin parti komponen yang lain. Mereka sepatutnya lebih memberi ulasan apa yang pemberita cina itu tidak laporkan dan serangan sepatutnya tidak dituju kepada kaum cina sebaliknya kepada pemberita tersebut secara individu. Inilah yang dibuat oleh kebanyakan pemimpin BN terdahulu dimana semua pemimpin dari berbilang kaum mempunyai satu suara yang sama dan saling membela antara satu sama lain.

Bibit-bibit perpecahan mula berlaku dengan ketara dimasa pentadbiran Pak Lah. Ia bermula dari negeri asal Pak Lah sendiri iaitu Pulau Pinang. Pada masa itu, pemimpin UMNO Pulau Pinang mula menyuarakan hasrat untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan dalam DUN Pulau Pinang ketika itu, bagi pihak BN, UMNO mempunyai wakil yang paling ramai. Bagi kaum cina, ini seakan-akan suatu rampasan kuasa secara halus yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bila sampai Pilihan Raya Umum Ke-12, keraguan mereka terhadap BN semakin memuncak. Pak Lah telah mengambil keputusan untuk membawa TS Koh Tsu Koon ke pusat dengan meletaknya bertanding di Parlimen Batu Kawan. Pengundi cina mula bertanya kepada Pak Lah, siapa yang akan menganti TS Koh Tsu Koon. Tiada jawapan diberi oleh Pak Lah hingga ke hari mengundi. Ketika itulah DAP meniup api perkauman yang mengatakan jika BN menang orang UMNO akan menjadi Ketua Menteri. Ini menyebabkan bukan sahaja cina Pulau Pinang, malah ia berjangkit ke seluruh negara, kaum cina mula hilang kepercayaan terhadap BN mengakibatkan BN hampir kehilangan kerajaan.

Bila melihat keputusan PRU-12, para pemimpin UMNO mendapati BN banyak kehilang undi dari orang cina. Orang-orang melayu dalam UMNO mula membuat kesimpulan bahawa kaum cina cuba mempermainkan mereka dari belakang. Maka mulalah keluar banyak kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman dikalangan pemimpin UMNO terutama diperingkat negeri. Memburukkan keadaan bila kenyataan tersebut diputar belitkan oleh pemberita pro-DAP hingga ia terlihat seperti racun yang boleh membunuh kaum lain di Malaysia. Oleh itu, Pak Cu amat bersetuju sekali dengan kenyataan TS Sanusi semasa ditemubual oleh pemberita bahawa kelemahan pucuk pimpinan BN ketika itu untuk menyelesaikan masalah kecil hingga ia menjadi suatu isu besar serta memberi kesan yang amat buruk kepada parti.

Persepsi kaum cina terhadap UMNO perlu dibersihkan. Kepercayaan orang cina terhadap BN masih belum pulih walaupun DS Najib telah melakukan berbagai usaha untuk mendapatkan balik kepercayaan tersebut. Ini kerana masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang masih memberi kenyataan yang bersifat perkauman. Pak Cu yakin, bukan semua orang cina begitu bersungguh-sungguh hendak merampas hak orang melayu. Hanya orang cina yang menjadi ahli DAP dan PKR saja yang mahukan perkara ini. Kita melihat seakan-akan majoriti masyarakat cina mahu semua ini berlaku kerana, dimasa ini suara cina DAP dan PKR adalah yang paling ramai dalam Parlimen mahupun DUN.

Mereka inilah yang patut diserang dan bukannya masyarakat cina secara menyeluruh.

Saturday, April 17, 2010

Nilai Sebuah Prinsip Dan Harga Diri

Dalam suasana politik sekarang, rakyat menjadi pening kepala memikirkan mana satu maklumat atau berita yang hendak dipercayai. Bila ditanya oleh kawan-kawan macam mana kita nak pastikan sesuatu berita atau perkhabaran itu betul atau tidak, Pak Cu jawap mudah, balik kepada pesanan orang tua-tua kita. Tengok si penyampai berita itu, kalau sebelum ini beliau pernah menipu kita, jadi setiap benda yang disampaikan jangan terus kita telan bulat-bulat.


Dalam politik Malaysia sekarang ini, manusia yang paling Pak Cu percaya cakapnya adalah Tun M. Tun adalah seorang pemimpin yang sangat berpegang kepada prinsipnya serta amat menjaga maruah dan harga diri beliau. Sebab itu beliau amat dihormati, bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia. Beliau amat terkenal dengan ketegasannya dimana setiap apa yang dituturnya tidak akan dipusing-pusing. Inilah perbezaan ketara cara pentadbiran beliau dengan Pak Lah. Dizaman Pak Lah banyak kes dimana pada hari ini PM beritahu rakyat sesuatu perkara, dan pada keesokan harinya, apa yang berlaku sudah berpusing 180 darjah. Kalau yang berpusing itu memberi kebaikan kepada rakyat, bolehlah diterima akal, tapi kalau menyusah rakyat (cth: kenaikan harga minyak) ia akan menimbul kemarahan rakyat.


Kepimpinan BN sekarang Pak Cu tengok banyak perubahan ke arah kebaikan. Walaupun kadang-kadang ada flip dan flopnya, tetapi ianya tidak membebankan rakyat. Ketegasan masih dikekalkan bila melibatkan kepentingan rakyat. Sebab itu kepimpinan DS Najib semakin boleh diterima oleh semua kaum kerana beliau mendengar keluhan rakyat. Bagi penilaian Pak Cu, untuk sebuah pentadbiran yang berusia 1 tahun, Pak Cu memberi 5 bintang.


Bebalik kepada topik penulisan kali ini, apa yang nak Pak Cu bincangkan adalah kaitan antara prinsip seseorang dengan perbuatan menipu rakyat. Sebab Pak Cu ketengahkan isu ini adalah berpunca dari sembang-sembang kedai kopi antara Pak Cu dengan seorang bekas penyokong UMNO yang kini kuat menyokong Anwar Ibrahim. Beliau begitu marah kepada Pak Cu bila Pak Cu sanggah pendapat beliau supaya semua rakyat Malaysia terutamanya orang melayu patut menyokong usaha Anwar untuk memerangi kepimpinan rasuah. Pak Cu tanya kawan Pak Cu itu, macam mana seorang pengamal rasuah nak memerangi rasuah? Lihat bagaimana Anwar memperkayakan kroni beliau ketika beliau ditampok kuasa?


Beliau berkata Anwar telah insaf sejak beliau keluar dari UMNO. Beliau kini sudah berubah. Dulu niat Anwar masuk UMNO adalah untuk mencuci UMNO dari dalam. Anwar sanggup terjun masuk ke dalam mangkuk tandas untuk mencuci kekotoran. Tetapi beliau gagal malah, beliau sendiri hampir menjadi najis. Itu kata kawan Pak Cu. Pak Cu terus tergelak dengar hujah beliau. Pak Cu jawap balik, kalau kita nak cuci mangkuk tandas, kita kena guna Harpic (pencuci mangkuk tandas). Anwar ibarat tahi cirik, bila kita guna tahi cirik untuk mencuci mangkuk tandas, mangkuk tandas kita tak akan cuci, malah lagi kotor dan busuk, bak kata orang utara belengas. UMNO jadi belengas dengan najis politik wang bila Anwar masuk UMNO. Tanya pemimpin lama UMNO betul atau tidak, bagaimana Anwar menabur wang ketika beliau hendak bertanding menentang Tun Gaffar untuk jawatan Timbalan Presiden.


Ya, memang benar Anwar telah berubah. Tapi perubahan beliau ke arah keburukan. Manusia hipokrit memang mudah berubah. Beliau boleh jadi imam sembahyang maghrib dan berdansa dengan perempuan ketika waktu isyak. Perubahan Anwar yang paling ketara adalah, semasa beliau bersama ABIM dan UMNO beliau lebih menonjolkan imej islamiknya dan pejuang hak orang melayu. Sebab ketika itu, parti yang dianggotai beliau adalah parti melayu. Pada ketika itu, tokey-tokey cina amat takut jika Anwar jadi Perdana Menteri. Kini, islam dan hak orang melayu bukan keutamaan lagi. Semua itu boleh digadai asalkan beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Hanya satu tabiat buruk yang beliau tak mampu ubah kerana beliau tidak mampu mengawal perkara tersebut. Anwar tidak mampu mengawal nafsu beliau yang rakus. Sebab kerakusan nafsunyalah beliau bertindak menjatuhkan Tun Gaffar sebab tidak sabar hendak memegang jawatan Perdana Menteri. Cubaan beliau untuk menjatuhkan Tun M gagal hingga beliau kehilangan segala-galanya yang sudah hampir dalam genggaman pun disebabkan kerakusan nafsunya juga. Inilah kelemahan ketara yang ada pada mereka yang mengamalkan budaya songsang, dimana nafsu mereka sentiasa menbuak-buak.

Bila Pak Cu sentuh pasai budaya songsang ini, kawan Pak Cu mula panas. Dia kata Pak Cu terpengaruh dengan penipuan dan fitnah Mahathir terhadap Anwar. Maka disinilah Pak Cu mula bercerita tentang prinsip dan harga diri seseorang. Pak Cu kata, Tun adalah seorang yang amat berpegang teguh dengan prinsip dan amat menjaga maruah dan harga dirinya. Pak Cu tak pernah tengok satu bukti pun Tun menipu dalam percakapannya. Jika dibandingkan dengan Anwar, umpama langit dengan bumi. Kes 16 September, janji palsu dengan penduduk Kg. Buah Pala dan banyak lagi penipuan Anwar yang terang lagi bersuluh. Disini saja kita sudah boleh menilai siapa lebih banyak menipu.

Bila bercakap tentang prinsip perjuangan, tiada apa-apa kelebihan pada diri Anwar berbanding Tun. Mengapa tidak Anwar sendiri berucap berkenaan nepotisme dan kronisme dalam UMNO semasa Persidangan Agung UMNO jika beliau benar-benar bejuang atas dasar prinsip. Mengapa beliau harus mengunakan pecacai beliau si Zahid untuk menyuarakan perkara itu? Sebabnya beliau sendiri yang lebih banyak terlibat dalam budaya tersebut. Begitu juga dengan kes keganasan puak yahudi dan campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran Malaysia. Cuba bagi bukti kepada Pak Cu pernahkah Anwar bersuara lantang mengutuk sebarang kerjasama dengan puak yahudi seperti mana beliau lakukan sebulan dua ini terhadap APCO. Beliau mula lantang bila puak yahudi sudah tidak berapa melayan beliau seperti mana dahulu.

Dalam bahasa mudah, Anwar sanggup menjual prinsip beliau jika perbuatan tersebut boleh membuka jalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Ini amat berbeza dengan Tun dimana dari dahulu hingga sekarang beliau lantang menentang sebarang bentuk penindasan sejak zaman apartheid di Afrika Selatan hingga keganasan ketenteraan Amerika di Iraq dan Afghanistan. Beliau tetap lantang walaupun diri beliau dibenci oleh barat dan puak yahudi.

Bila bercakap tentang prinsip, bagi Pak Cu, Karpal Singh lebih tegas berpegang dengan prinsip beliau berbanding Anwar. Karpal tetap dengan pegangan beliau tidak mahu dengan Hukum Hudud, walaupun kini DAP sudah tidur sekatil dengan PAS. Malah bagi Pak Cu, kata-kata Karpal lebih boleh dipercayai berbanding Nik Aziz kerana Nik Aziz kini sudah boleh pusing cakap tentang kerjasama dengan orang bukan islam. Sekejap haram, sekejap halal. Dulu tidak boleh tetapi sekarang boleh.

Oleh itu, dalam kes liwat Anwar, sepatutnya kita lebih boleh mempercayai percakapan Tun berbanding Anwar. Tun tidak akan bercakap tentang sesuatu yang tidak sahih sumbernya. Beliau cukup teliti kerana beliau tahu, jika sumber tersebut tidak benar, dimana beliau hendak letak muka bila berdepan dengan rakyat. Beliau cukup menjaga kepercayaan yang diberi oleh rakyat Malaysia kepada beliau.

Thursday, April 15, 2010

Ayo..yo..Samy...Sekarang Rakyat Banyak Suka Hati

Dalam tulisan Pak Cu sebelum ini, Pak Cu banyak menghentam Samy Vellu. Kali ini Pak Cu kena puji kompromi yang telah beliau beri dalam isu pemilihan calon Hulu Selangor. Walau pun dengan hati yang tidak berapa ikhlas, kita tidak boleh menafikan ada sedikit sebanyak sumbangan Samy Vellu jika BN berjaya memperolehi kemenangan besar pada PRK Hulu Selangor kali ini. Dengan persetujuan beliau dengan bakal calon BN kali ini, beliau dapat mengelak berlakunya pecahan undi kaum India terhadap BN.
Walau bagaimana pun, penghargaan dan pujian tertinggi patut diberikan kepada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam ketegasan serta bijak menangani isu pemilihan calon ini menurut kemahuan rakyat. Dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR, boleh dikatakan peluang BN untuk menang adalah cerah. Tetapi, seperti mana yang Pak Cu tulis sebelum ini, BN seharusnya tidak mensasarkan sekadar untuk menang, tetapi harus mensasarkan suatu kemenangan besar bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib dan memulihkan kembali semangat ahli-ahli BN.
Dengan terpilihnya P. Kamalanathan sebagai calon BN, beliau mampu mencapai kemenangan dengan majoriti tidak kurang dari 15,000 undi. Mesti ramai yang kata, "Amboih! confident habis orang tua nie...", tapi keyakinan Pak Cu ada asas. Pertama, bersandarkan kebijaksanaan kepimpinan DS Najib dalam menangani krisis ekonomi yang melanda negara semasa beliau mengambil alih tampok kepimpinan negara. Langkah berjimat cermat beliau terutama melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, adalah satu langkah bijak walau pun Pak Cu ada dengar sunggutan dari kakitangan kerajaan. Pembangkang juga menggunakan isu ini dengan mengatakan kerajaan Malaysia sudah hampir muflis. Tapi, sekarang kita sudah boleh melihat hasilnya.
Asas kedua adalah, jika dilihat balik keputusan PRU 12 untuk kawasan ini, BN mampu memperolehi majoriti 6,176 undi diperingkat keseluruhan DUN. Faktor ketiga pula adalah berdasarkan suasana perpecahan dalam parti pembangkang dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat walaupun perkara tersebut dinafikan oleh pemimpin mereka. Isu lompat parti terus menjadi igauan buruk kepada parti pembangkang.
Keadaan menjadi lebih buruk kepada pembangkang bila pemimpin idola mereka melakukan satu kesilapan yang besar dengan meletakkan calon yang salah tanpa memberi perhatian terhadap kehendak pengundi terutama dari kalangan penyokong mereka sendiri. Pak Cu pun tidak habis fikir mengapa Anwar membuat keputusan tersebut. Boleh jadi pemilihan Zaid dapat menambah undi kaum cina terhadap pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, undi dari melayu akan lari kepada BN.
Walaupun tahap keyakinan sesetengah pemimpin pembangkang begitu rendah sekali bagi mereka mengekalkan kerusi tersebut, Anwar sepatutnya mensasarkan untuk mengurangkan majoriti BN seberapa banyak yang mungkin. Tetapi tidak mustahil PKR akan menukar calon disaat akhir kerana Anwar memang terkenal dengan helah walaupun terpaksa melakukan melakukan pembohongan dan lakonan secara besar-besaran. Boleh jadi beliau begitu yakin BN akan meletak Palanivel sebagai calon dan pertukaran calon PKR disaat akhir akan berlaku pada hari penamaan calon. Tapi jika inilah tektiknya, Anwar haruslah dicop sebagai Penipu No 1 negara.
Jadi ada beberapa pesanan Pak Cu kepada ahli-ahli BN yang hendak berkempen di Hulu Selangor jika mahu parti mereka menang besar kali ini.
a) Kepada yang Pemuda dan Pemudi jangan dok pi buat perangai tak senonoh kat sana. Yang lelaki jangan nak pi dok kacau anak dara orang.
b) Kepada yang pegang duit peruntukan, jangan cuba nak kapor duit tu. Bukan apa takut ada yang merajuk dan pulau kempen BN.
c) Semua parti komponen terutama MCA dan Gerakan mesti main peranan lebih untuk menarik seberapa banyak undi kaum cina.
d) Buat seberapa banyak risalah berkenaan isu semasa seperti isu Zionis dan edarkan seluruh kampun disitu terutama kampung melayu dan menteri yang bertanggungjawap wajib turun untuk memberi penerangan kepada rakyat.
e) Buat wayang pacak tiap-tiap malam dengan tayangan filem melayu, tamil dan cina. Sebelum tayangan pasang dokumentari tentang penipuan-penipuan Anwar dan parti pembangkang.
f) Akhir sekali, lupakan segala sengketa, pastikan Barisan Nasional menang besar di Hulu Selangor.

Sunday, April 11, 2010

Anwar Memang Mahu Dirinya Kena Penjara

Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh menyentuh pelbagai isu sensatif yang boleh memudaratkan negara dengan memainkan api perkauman, menyentuh isu-isu keagamaan dan terkini cuba melaga-lagakan penduduk Sarawak dengan kerajaan Persekutuan. Harapan beliau hanya satu iaitu berlakunya rusuhan besar di negara kita yang kemudiannya beliau akan menyalak kepada sekutunya di luar negara dengan menyatakan bahawa berlaku penindasan kaum yang serius di Malaysia.

Cuba kita lihat lebih jauh, mengapa beliau begitu bersungguh-sunguh mahukan suasana keamanan di negara kita menjadi tidak menentu. Tujuannya hanya satu, beliau mahukan agar dirinya ditahan dibawah ISA serta dipenjarakan tanpa bicara. Dengan ini menampakkan seakan-akan kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang zalim serta menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara. Oleh itu, kes liwatnya tidak lagi menjadi isu kerana rakyat kembali memuja beliau atas dasar simpati.

Kalau sesiapa pun menjadi Perdana Menteri, memang sakit kepala dibuatnya. Kalau tidak diambil tindakan, ketenteraman awam akan tergugat. Kalau diambil tindakan, seluruh dunia akan berkata bahawa Malaysia sebuah negara yang zalim. Orang luar tidak faham malah langsung tidak ambil peduli bahana kemudaratan yang dibawa oleh Anwar jika tindakan tegas tidak diambil kepada beliau.

Kepada rakyat Malaysia terutama penyokong tegar pembangkang, cuba kita renungkan, jika benar Anwar ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat, mengapa beliau harus membangkitkan isu-isu yang boleh memudaratkan keamanan negara. Jika beliau mengatakan pemimpin BN rasuah, pemimpin BN zalim, maka beliau haruslah terus memberi kesedaran kepada rakyat bahawa pemimpin sekarang ini teruk seperti mana yang beliau katakan dan perlu ditukar. Pak Cu tak nampak apa kaitan menentang pemimpin rasuah dengan minta kemerdekaan untuk Sarawak? Adakah dengan merdekanya Sarawak maka negara ini bebas dari kepimpinan rasuah? Adakah dengan merdekanya Sarawak maka segala kezaliman kerajaan dapat dihapuskan?

Pak Cu tak fikir dalam masa terdekat, kerajaan Persekutuan akan memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Hanya satu jalan saja jika mahu melihat perkara ini berlaku adalah dengan rusuhan. Bila berlakunya rusuhan, maka akan belakulah pertumpahan darah rakyat yang tidak berdosa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus sedar, Anwar adalah makhluk perosak yang perlu dijauhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Jangan terus kita biarkan diri kita menjadi alat kepada perosak No. 1 negara ini.

Friday, April 9, 2010

Ayo..yo..Samy...Sekarang Rakyat Banyak Susah Hati

Pemimpin MIC terus dengan sikap angkuh. Belum mahu belajar dari PRU 12 serta berubah. Sekarang tidak macam dulu lagi. Setakat bertanding atas tiket BN, bukanlah satu jaminan kemenangan akan berpihak kepada calon tersebut. Calon yang hendak diletak haruslah mendapat persetujuan bersama parti komponen jika mahu lihat BN menang. Faktor pemilihan calon menjadi lebih serius bila melibatkan Pilihanraya Kecil. Salah pilih, BN boleh angkat bungkus dan pihak pembangkang akan pasang bunga api macam nak sambut Hari Merdeka.

Pak Cu yakin Datuk Seri Najib pasti sedar dengan perkara ini. Dalam kes Hulu Selangor, memang diakui penyelesaian terbaik adalah meletak calon dari MIC. Dan, MIC pula harus sedar bahawa di kawasan tersebut, yang hendak mengundi bukanlah ahli MIC saja, malah ahli UMNO, MCA dan parti komponen yang lain. Calon tersebut bukan sekadar memerlukan sokongan padu ahli MIC, dia juga memerlukan sokongan padu parti komponen yang lain. Dengan erti kata lain, calon itu haruslah mendapat sokongan padu ahli Barisan Nasional.

Bila sudah memperolehi sokongan padu dari ahli parti, barulah mudah kerja untuk menyakinkan pengundi atas pagar agar memilih calon tersebut. Pemimpin BN tidak boleh terus bersikap "syok sendiri" dengan memaksa rakyat memilih sesiapa saja yang mereka pilih. Setakat menggunakan ayat "...Kita haruslah menyokong penuh sesiapa saja yang terpilih untuk mewakili parti kita.." dah tak boleh jalan dah dalam suasana politik sekarang. Begitu juga dengan ayat "...kita pilih si 'A' sebab kedudukan dia dalam parti ...".

Untuk mengunakan perkataan UNMO telah berkorban untuk memberi laluan kepada calon MIC di Hulu Selangor, bagi Pak Cu agak keterlaluan, kerana UMNO tak berkorban apa-apa sebab kerusi itu adalah hak MIC. Tapi, MIC harus menghargai pengorbanan ahli UMNO untuk terus memberi sokongan padu mereka kepada calon parti mereka. Jadi hati dan perasaan mereka perlu diambil kira dalam memilih calon, walau pun calon tersebut dari MIC.

Kepada Datuk Seri Najib, Pak Cu nak bagi pandangan yang agak kritis. Tak perlu untuk menjaga hati Samy Vellu seorang jika perkara tersebut boleh melukai hati beribu orang yang lain. Ahli MIC bukan Samy Vellu seorang. Samy Vellu dah tak releven dalam suasana politik sekarang. Biarkan beliau dengan pemikiran ortodoks beliau. Malah beliau sudah tidak layak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi BN.

Untuk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, BN perlu kemenangan besar. Bukan kemenangan setakat cukup makan kerana peluang untuk BN berbuat demikian di Hulu Selangor amat luas. Sasaran BN haruslah bukan sekadar menang tetapi "menang besar" kerana situ adalah kubu kuat BN. Jika pada PRU 12 lepas, dalam suasana politik yang tidak menyebelahi BN pun kita mampu untuk memperolehi majoriti 6,374 undi (jika dijumlahkan majoriti BN diperingkat DUN), jumalah tersebut sepatutnya menjadi sekali ganda atau melebihi 12,000 majoriti dan jika BN mampu meletakkan calon yang sesuai, Pak Cu yakin jumlah majoriti tidak akan kurang dari 15,000 undi.

Monday, April 5, 2010

Pemimpin UMNO Dan BN Belum Cukup Belajar

Kali nie Pak Cu lebih kepada nak bagi nasihat. Bukan apa, sebab Pak Cu sayangkan parti keramat. Walaupun sekarang dapat dilihat sokongan terhadap UMNO dan BN meningkat secara begitu mendadak sejak DS Najib mengambil alih kepimpinan dari Pak Lah, tetapi pemulihan sokongan ini tidak seharusnya membuat orang UMNO dan BN berasa selesa.

Apa yang Pak Cu tengok pemimpin-pemimpin UMNO dan BN dah mula rasa selesa. Contoh jelas adalah PRK Hulu Selangor. Orang-orang UMNO dan MIC dah mula berebut kuasa. Semua dah nak jadi presiden parti dengan membuat keputusan mendahului keputusan presiden. Yang tak tahan tu, siap ada yang mengugut "Pilih calon Umno atau sokongan terjejas". Tolonglah, jangan terlalu yakin. Penyakit inilah yang menyebabkan kerajaan BN nyaris-nyaris kehilangan kuasa. Maklumat yang diberi tidak tepat.

Dari apa yang Pak Cu dengar, dua jenis calon yang akan membawa kekalahan BN di Hulu Selangor iaitu :-

a) Calon kitar semula - (G. Palanivel - sebab memang dah nyata beliau ditolak rakyat)

b) Calon UMNO - (sesiapa saja dari UMNO - sebab sokongan Cina dan India akan lari kepada pembangkang disamping sokongan Melayu tegar yang menyokong PAS dan PKR)

Mesti ada yang marah sebab banyak blogger pro UMNO minta supaya kerusi Hulu Selangor diserah kepada UMNO. Kita tak boleh terpedaya dengan banner yang minta supaya pemimpin UMNO tertentu dipilih sebagai calon. Sebab itu bukan suara rakyat. Pak Cu boleh upah budak suruh pi pasang banner agar memilih Pak Cu sebagai calon. Mari kita tengok lojiknya apa yang Pak Cu tulis kat atas.

Isu Palanivel kita tak payah bincanglah sebab dah terang lagi bersuluh beliau ditolak rakyat. Mari kita bincang impak jika memilih calon dari UMNO. Isu paling penting adalah permaufakatan dalam BN itu sendiri. Dimana letaknya maufakat kalau kita memungkiri janji yang dipersetujui bersama sebelum ini. Kalau dah kerusi tu adalah peruntukan untuk MIC, kita kena akur. Jangan tamakkan kuasa.

Isu kedua, walaupun kawasan tersebut majoritinya melayu, tetapi majoritinya amat tipis. Peratusan pengundi melayu dikawasan tersebut hanyalah 53.9% atau 34,276 orang. Pengundi cina pula adalah 26.7% atau 16,979 manakala pengundi India adalah 19.0% atau 12,082 orang. Lain-lain bangsa pula adalah 0.4% atau 255 orang. Jika semua pengundi India dan cina cabut lari dari menyokong UMNO disebabkan mereka berasakan kepimpinan BN jenis tidak berpegang pada janji, BN haruslah memastikan sekurang-kurangnya 95.7% undi melayu berpihak kepada BN. Itu pun kalau semua orang melayu dikawasan Hulu Selangor keluar mengundi, buatnya pada hari mengundi ada yang demam tidak pun masuk hospital sebab nak beranak, lagi kacau bilau dibuatnya. Sebab tu Pak Cu kata jangan terlalu yakin. Yakin disini bermaksud, orang India dan Cina akan tetap menyokong BN walaupun BN mungkir janji.

Pak Cu tak dapat bayang, kalau BN sekali lagi kena main dengan bangsa lain. Adalah suatu mimpi ngeri jika calon UMNO yang diletak untuk bertanding tersungkur di Hulu Selangor. Pak Cu tengok penyelesaia terbaik adalah meletak calon MIC, dan calon MIC tersebut hendaklah dicadangkan oleh orang UMNO dan MCA tetapi bukannya datang dari Samy Vellu. Alangkah cantiknya kalau benda nie berlaku. Pak Cu yakin, pembangkang akan tersungkur teruk.

Wednesday, January 20, 2010

Huraian Temubual Nizar Dengan Malaysiakini

Kali ini Pak Cu nak jadi penganalisa politik pula. Pak Cu akan cuba huraikan maksud tersirat dibalik yang tersurat dalam temubual tersebut.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu."

Cuba kita kaji hati perut si Nizar. Bagi beliau, kehilangan 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu bagi beliau adalah sedikit. Sebagai renungan, penduduk Perak yang layak mengundi adalah 1.63 juta orang. Dari jumlah tersebut, 50.9% adalah pengundi Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu yang layak mengundi adalah lebih kurang 830,000 orang. Jadi jika 7% daripada jumlah tersebut bermakna, 58,100 orang Melayu telah lari dari menyokong pembangkang. 58,100 bagi Nizar adalah sikit. Mesti kita tertanya, pasal apa dia kata sikit. Undi orang Cina di Perak telah meningkat sebanyak 60%. Peratus orang cina di Perak adalah 32.2%, jumlah orang Cina di Perak yang layak mengundi adalah adalah 524,200 orang. Jadi peningkatan undi Cina kepada pembangkang adalah 314,500 orang. Sebab tu dia tak pandang yang 58,100 tu. Pak Cu pun tak paham sikap orang Melayu Perak. Benda macam ini pun tak nampak. Parti pembangkang hanya pandang undi orang Cina saja, sebab depa tau, pengikut Melayu totok mereka tak akan lari ke mana.

"Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah."

Apa yang Nizar nak bagitau, hanya orang di kawasan pendalaman saja yang setia dengan BN. Bagi Nizar, orang kampung ini bodoh dan tak berpelajaran dan hanya membaca surat khabar pro kerajaan. Depa semua dari golongan buta IT. Disamping itu, si Nizar mengaku bahawa orang-orang kampung ini terpengaruh dengan cerita-cerita bahawa beliau menjadi boneka DAP. Setahu Pak Cu lah, surat khabar Utusan dengan Berita Harian tak ada lah pulak cerita lebih-lebih pasal isu ini. Hanya di internet saja banyak cerita pasal Nizar jadi balaci DAP dengan lebih detail.

"Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah."
Sampai kat sini Pak Cu naik jam nak analisa. Dia kata krisis yang berlaku kat Perak boleh diselesaikan melalui pilihanraya. Tiba-tiba dia minta DS Zambry mengadap Sultan untuk membubarkan DUN. Setahu Pak Cu, hanya Menteri Besar saja yang boleh mengadap Sultan untuk bubarkan DUN, secara tak langsung, si Nizar ini mengaku lah DS Zambry sebagai Menteri Besar. Tak tau lah pulak kot-kot ikut undang-undang Perak, ADUN biasa boleh pi mengadap Sultan untuk bubarkan DUN. Jadi, bila dah mengaku, buat apa nak buang duit rakyat buat pilihanraya. INILAH YANG DINAMAKAN POLITIK.....



Tuesday, January 5, 2010

Bila Ayat Quran Di Putar Belit Untuk Kepentingan Politik

Pak Cu tetarik dengan kenyataan akhbar oleh PKR. Senang hati saja depa tuduh "...pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini". Bagi Pak Cu, lagi baguih jadi jaguh dalam mempertahankan agama sendiri dari menjadi pelacur dalam menjual maruah agama sendiri. Nampak sangat depa betui-betui mempergunakan agama untuk menarik sokongan bukan islam. Untuk apa? Kalau bukan untuk agenda politik depa. Tambah hina bila depa sanggup menjual ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu murah sekali bagi mencari pengaruh.

Antara ayat-ayat suci yang dijual oleh Al Sheikh Anwar Ibrahim Al Juburi adalah dari surah Az-Zumar (39):38 yang berbunyi “Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah…”. Untuk makluman Pak Sheikh, ayat Al-Quran bukan boleh diterjemah satu-satu macam ketui batu. Kalau la kita boleh "Back To The Future" balik ke zaman keagungan islam, cuba try tanya Abu Jahal dengan Abu Lahab siapakah yang mencipta langit dan bumi? Agak-agak apa gamaknya dia jawap. Dia nak jawap "Allah" ka?

Dalam hal ini Pak Cu bukan nak mempersendakan Islam. Pak Cu cuma nak bagi kesedaran kepada puak kufur (ambik ayat Dr. Harun Din) ni. Puak Jahilliah zaman tu percayakan tuhan. Yang salahnya cuma depa gunakan berhala sebagai perantara. Tapi depa tak percayakan Allah. Bila ayat suci tu sebut "...mereka akan berkata Allah...". "Allah" disini bermaksud tuhan, yakni tuhan puak-puak kafir ni la. Tapi, apa yang kita sebagai umat islam harus faham, dalam islam tuhan hanyalah satu iaitu "Allah". Tak kan dalam Al Quran nak tulih "...mereka akan berkata Yahweh untuk orang yahudi, tuhan bapak untuk orang nasrani, 'Atthi Ajatang Abhutang Akatang Asamkhatang' untuk orang buddha...". Nie belum masuk penganut hindu dan lain-lain. Demi Allah bukan niat Pak Cu nak persendakan ayat Al-Quran.

Jadi Pak Cu nak nasihat la kat depa nie, kalau ya pun nak jadi Perdana Menteri, jangan sampai kita jual ayat Al-Quran dengan begitu murah sekali. Wallahua'lam

Monday, January 4, 2010

Isu Kalimah Allah

Isu ini kembali hangat diperkatakan bila keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah "The Christian Herald" menggunakannya. Pak Cu tak mau komen pasai keputusan tersebut, Pak Cu hanya berminat dengan dua perkara saja iaitu, pasai apa tiba-tiba puak kafir ini begitu bersungguh-sungguh nak menggunakan kalimah Allah dan yang kedua Pak Cu sedih bila ada pulak manusia yang lagaknya macam ulamak dan sering berceramah pasai islam tidak ada langsung perasaan hendak protes.

Pak Cu ada tanya kawan Pak Cu yang beragama kristian pasai isu ini. Kawan Pak Cu kata, dalam kitab Injil tak pernah dia jumpa perkataan Allah. Hanya ada 2 saja perkataan yang bunyinya seakan-akan Allah tu pun dalam bahasa Ibrani atau Hebrew iaitu "Alah" dan "Elah". Kawan Pak Cu kata lagi, kedua-dua ayat tu tidak langsung membawak maksud tuhan. Hanya pada abad ke-9, apabila kitab Injil pertama kali diterjemah ke dalam bahasa arab, baru nama Allah digunakan.

Di negara yang mana kristian menjadi agama paling banyak dianuti, pihak gereja di negara tersebut seboleh-bolehnya menolak sama sekali penggunaan nama Allah sebagai tuhan mereka. Ini kerana mereka tidak mahu, penganut kristian di negara tersebut terkeliru. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mempertikaikan tuhan yang mereka sembah adalah sama dengan tuhan yang orang islam sembah.

Perkara sebaliknya berlaku di negara yang majoriti rakyatnya beragama islam seperti Malaysia dan Indonesia. Sebab tu Pak Cu betoi-betoi tak paham bila ada pemimpin dari parti yang kononnya memperjuangkan islam sanggup mengadai nama tersebut kepada pihak gereja. Puak-puak ini sanggup bebaring serta bersabung nyawa bila orang depa kehilangan kuasa untuk memerintah negeri, tapi bila nama tuhan depa dijadikan bahan taruhan, depa sikit pun tak terasa marah malah ada segelintir sanggup mengadaikannya.

Ya, memang tak dak ayat quran yang khusus menghalang nama Allah digunakan, tapi dalam masa sama depa kena ingat dalam surah Al-Ikhlas (antara surah paling pendek dalam Al Quran) Allah sebut dengan jelas bahawa Allah itu satu serta tidak beranak dan diperanakkan. Jadi macam mana kita boleh bagi orang yang beriman dengan 3 tuhan serta mempercayai tuhan mereka mempunyai anak menggunakan nama tersebut. Boleh jadi pengkhianat agama ini berpegang kepada pepatah melayu iaitu "Apa ada pada nama.."

Pak Cu tak percaya seduit pun kata depa nie buta perut sampai tak nampak agenda tersembunyi puak gereja ini. Depa bercakap bukan atas kesedaran agama, depa cakap untuk menarik sokongan puak kafir supaya menyokong depa, dengan harapan puak kafir melihat depa sebagai seorang yang liberal.

Sebagai pengakhir kata, Pak Cu nak pesan 2 benda saja. Pada puak gereja, tolong la hormati hak agama lain dan pertahankan keharmonian serta kebebasan beragama yang menjadi teras keamanan negara kita. Kepada puak pelacur agama pulak, Pak Cu nak pesan satu saja, hampa kena ingat, jika ada remaja islam di negara kita yang terkeliru serta terpesong akidah mereka selepas ini disebabkan isu ini, saham dari dosa remaja tersebut ada jugak terlekat kat hampa. Jadi lagi baik diam dari bercakap perkara yang boleh menyesatkan.

Opsss...telupa satu lagi pesanan, buat Datuk Seri Rais Yatim, takkan nak tunggu sampai rayuan kena tolak. Bila mahkamah dah buat keputusan muktamad dan dah tak leh nak merayu lagi, tak guna baru nak bertindak. Masa tu kalau nak bertindak pun hanya melalui rusuhan saja....

Thursday, November 19, 2009

Cerita Orang PAS - 2

Sekarang nie, benda yang paling Pak Cu suka baca ialah cerita pasai "Kes Rasuah Haji". Bukan apa, saja nak tengok sejauh mana rakyat Malaysia terutamanya penyokong PAS totok punya respond. Antara hujah penyokong PAS guna adalah "...ala pemimpin UMNO pun rasuah jugak". Dengan kata lain depa menyamakan antara pemimpin pujaan mereka dengan pemimpin UMNO.

Pertama sekali Pak Cu nak bagitau depa, dosa ambik rasuah sama saja, tak kira duit yang dimakan RM seringgit ka, 100 ringgit ka, 100,000 ringgit ka, hatta satu billion sekali pun. Sebagai contoh, dosa tinggai sembahyang subuh, zohor, asar, maghrib atau isyak sama saja. Cuba habaq mai kat Pak Cu ada ka Tok Guru agama yang ajaq dosa tinggai sembahyang subuh adalah separuh dari dosa tinggai sembahyang isyak? Ya la, kalau ikut lojik akal memang la separuh sebab sembahyang subuh 2 rekaat saja, yakni separuh dari sembahyang isyak 4 rekaat. Kalau ada pun Tok Guru tu mesti pengikut Ayah Pin. Jadi sama la dengan duit rasuah yang diambil. Tak dak nya fatwa kata kalau kita ambik rasuah seringgit dosa dia 1 miligram, kalau ambil 100 ringgit dosa dia satu gram, kalau ambik 1,000 ringgit pulak dosanya sama dengan 1 kilogram. Macam tu jugak dengan rasuah sponser, tak dak nya dosa ambik rasuah orang sponser pi Mekah kurang dari dosa kita ambik rasuah orang sponser kita pi Diesneyland. Wallahualam....

Yang penting, adalah kradibiliti kita. Kalau kita dah ambik rasuah, kita dikatogerikan sebagai tidak amanah. Amanah adalah sesuatu yang amat dituntut dalam islam. Bila pemimpin sebuah parti yang kononnya berjuang untuk menegakkan hukum allah, terlibat dengan pecah amanah, Pak Cu tak dapat bayang betapa hinanya beliau. Bukan setakat beliau, islam pun terpalit jugak dengan najis depa nie. Penganut agama lain sudah pasti memperlecahkan islam. Pasti depa kata "....kalau Tok Guru boleh rembat duit, anak murid lagi la teruk....". Sebab tu bila Tun kata politik dan agama tak boleh disatukan, Tok Guru PAS kata "UMNO sekular, mengamalkan politik suku, agama suku". Nie la jadi bila agama dipolitikkan. Agama islam dijadikan bahan lawak jenaka. Lebih menyedihkan bila ada pulak pengikut Tok Guru kata "...apsal nak bising-bising, orang UMNO pun sama jugak..", seakan-akan memperlihatkan perbuatan rasuah bukan satu dosa. Tu la jadi bila Tok Guru yang kononnya ulamak agong belasah duit haram.

Pemimpin PAS selalu tunjuk alim depan pengikut depa. Jadi pengikut PAS sering beranggapan, pemimpin PAS suci murni macam kapas. Kekuatan PAS selama ini terletak pada persepsi ini. Pemimpin PAS digambaqkan bersih. Cuma gambaran saja. Kalau nak dibandingkan pemimpin UMNO dengan PAS, tutup sebelah mata pun orang boleh nampak bahawa pemimpin UMNO jauh lebih berkebolehan mentadbir. Tapi, disebabkan gambaran bersih nie la, ramai orang lebih menyenangi PAS. Tapi, bila imej bersih nie terpalit dengan taik, kekuatan pemimpin PAS dah tak dak. Hanya orang dungu saja masih setia dengan PAS.

Monday, November 16, 2009

Cerita Orang PAS

Kali nie Pak Cu nak bebincang pasai PAS. Dua isu hangat yang menjadi buah mulut orang pasai PAS adalah isu Bai'ah Talaq Tiga dan kes Rasuah Haji. Kadang-kadang cerita-cerita macam nie boleh buat kita gelak sorang-sorang bila baca.

ISU BAI'AH TALAQ TIGA

Bila cerita pasai isu nie, macam-macam pandangan orang bagi. Yang tak tahan tu, ketua kaum wanita dalam PAS bagi komen, "isu bai'ah nie mengangkat martabat kaum wanita". Apa dah bodo ka apa orang pompuan dalam PAS. YB Khalid Samad kata, bai'ah nie untuk mengelak wakil rakyat PAS dari megkhianati parti. Pak Cu nak tanya kat Khalid, kalau nak elak ahli khianat parti, dia kena bai'ah; macam mana pulak kalau parti yang "khianat" ahli? Apa yang Pak Cu maksud dengan khianat nie adalah bila keputusan majoriti ahli PAS tak sealiran dengan kehendak hati kita sebagai ahli (sebagai orang perseorang kita sering beranggapan bahawa kita menjadi mangsa khianat bila sesuatu perkara tu merugikan kita, tanpa memperduli kebaikan yang hadir walaupun ianya akan memberi manfaat kepada majoriti anggota masyarakat lain). Sebagai contoh, kalau la ditakdir Allah isu kerajaan perpaduan menjadi kenyataan, boleh kah ahli yang menentang keras isu ini seperti si Khalid menerima kenyataan?(bagi Pak Cu, bibit-bibit khianat terhadap parti telah pun dilakukan oleh si Khalid bila beliau bertindak secara terang hingga berlaku perpecahan dalam PAS).

Boleh jadi masa kita pasang niat nak berbai'ah, keadaan nampak elok. Kita tak tau apa akan berlaku esok. Sebagai makhluk, kita tak boleh mendahului ketentuan tuhan. Ya, kita boleh yakin bahawa kita tak akan ambil duit walaupun berjuta dihulurkan untuk melompat parti, tapi boleh ka kita yakin keputusan parti akan sentiasa memenuhi kehendak hati kita? Sebab tu Pak Cu selalu kata hanya 2 golongan saja yang sokong pembangkang. Satu golongan bodoh sombong dan satu lagi cerdik jahat. Golongan bodoh sombong nie sentiasa merasakan dirinya bijak tapi dalam hakikat sebenarnya dia hanyut dalam ketaksuban terhadap pemimpin atau parti. Golongan cerdik jahat pulak adalah golongan yang memperolehi keuntungan peribadi jika pembangkang dapat memerintah. Dalam kes bai'ah nie, Pak Cu rasa si Khalid nie masuk katogeri bodoh sombong yakni golongan yang merasa diri merekalah manusia paling bijak di dunia tapi hakikatnya dungu. Kalau orang tua-tua dulu, golongan nie dipanggil bodoh tak leh diajaq, pandai tak boleh ditumpang.

KES RASUAH HAJI

Nie lagi satu isu hangat. Secara jujur, sebelum ini Pak Cu secara peribadi amat menghormati Tok Guru Nik Ajiz. Tapi rasa hormat nie sedikit sebanyak dah pudar bila keluaq isu rasuah nie. Mula-mula Pak Cu ragu-ragu jugak nak percaya, maklumlah dalam politik nie banyak sangat mainan. Fitnah memfitnah nie dah jadi macam mainan. Tapi bila Nik Ajiz sendiri dengan penuh yakin dan sikit pun tak dak rasa besalah mengaku pasai hal ini, Pak Cu hanya boleh geleng kepala saja. Boleh jadi dia guna pakai fatwa yang dia selalu sebut "orang bagi kita ambik, bila undi mesti undi bulan".

Bagi Pak Cu, bila seseorang yang ada sesuatu kepentingan dengan kita, walau apa yang dihulur, pasti dia mengharapkan balasan. Jika kita buat-buat bodoh main ambik apa yang dia bagi, tapi kita tak bagi apa-apa balasan atau buat-buat tak paham pasai apa dia bagi hadiah tu, ini namanya menipu. Patut la kebelakangan nie Pak Cu tengok ayaq muka Nik Ajiz tak sejernih dulu.

Bila cerita pasai rasuah haji Nik Ajis nie, Pak Cu nak kaitkan dengan ketaksuban ahli PAS terhadap beliau. Kawan Pak Cu antara contoh paling dekat. Dia besungguh-sungguh cerita pasai Nik Ajiz nie dah sampai tahap wali. Dia kata ada kes sorang penyokong BN (tak disebut la pulak nama dan no. IC bila Pak Cu mintak nak pi tanya orang tu betoi ka dak) jadi lumpuh bila beliau pijak poster gambaq Nik Ajiz. Bila pi berubat kampung, bomoh suruh dia minum ayaq yang direndam dengan kaki Nik Ajiz. Bila minum ayaq tu, dia pulih seperti sedia kala. Bukan Pak Cu reka-reka cerita nie, demi Allah Pak Cu dengaq dengan telinga Pak Cu sendiri orang PAS dok becerita.

Wali apa jadah macam nie. Sorang wali akan menolak perkara-pekara subahah sekeras-kerasnya. Nak-nak bila melibatkan soal amal ibadat. Yang peliknya, sebagai sorang yang kononnya ulama' macam mana beliau tergamak nak pi haji pakai pekej sponser? Nie bukan ulama' nie orang panggil "Ular Dalam Semak"(kalau disingkatkan dipanggil ULAMAK la jugak). Pak Cu pasti, lepas nie akan banyak ulaq-ulaq bawak keluaq fatwa mengharam kan rasuah kecuali rasuah pi haji.