Friday, April 23, 2010

Pesanan Buat Kaum Cina - 1

Tun M turun berkempen di Hulu Selangor. Dengar khabarnya, ucapan Tun dapat memujuk sedikit sebanyak hati orang-orang cina terhadap BN. Isi yang paling penting yang dapat disimpulkan dari ucapan Tun adalah peranan pemberita berbangsa cina yang majoritinya adalah penyokong DAP, memutar belit ucapan pemimpin melayu terutamanya dari UMNO, seakan-akan UMNO adalah parti bersifat perkauman. Mereka hanya melaporkan ucapan apabila pemimpin melayu tersebut mengkritik kaum mereka disebabkan tuntutan mereka yang keterlaluan, tetapi pada masa yang sama apabila pemimpin tersebut menyeru orang melayu supaya memahami hak kaum lain sebagai rakyat Malaysia, tidak pula dilaporkan.

Berita seperti ini sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puah hati dikalangan kaum lain mengakibatkan terdapat pemimpin-pemimpin politik dari kaum tersebut (baik dari parti pembangkang mahupun dari parti komponen BN) mula membuat ulasan yang menjurus ke arah menimbulkan kemarahan pemimpin melayu. Lebih mengeruhkan keadaan, bila terdapat pemimpin melayu, membalas serangan tersebut dengan nada yang lebih keras. Disinilah bermulanya kehilangan kepercayaan kaum cina terhadap UMNO dan BN.

Isu-isu seperti ini patut ditangani dengan lebih bijak oleh pemimpin melayu, terutama dari UMNO begitu juga kepada pemimpin parti komponen yang lain. Mereka sepatutnya lebih memberi ulasan apa yang pemberita cina itu tidak laporkan dan serangan sepatutnya tidak dituju kepada kaum cina sebaliknya kepada pemberita tersebut secara individu. Inilah yang dibuat oleh kebanyakan pemimpin BN terdahulu dimana semua pemimpin dari berbilang kaum mempunyai satu suara yang sama dan saling membela antara satu sama lain.

Bibit-bibit perpecahan mula berlaku dengan ketara dimasa pentadbiran Pak Lah. Ia bermula dari negeri asal Pak Lah sendiri iaitu Pulau Pinang. Pada masa itu, pemimpin UMNO Pulau Pinang mula menyuarakan hasrat untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan dalam DUN Pulau Pinang ketika itu, bagi pihak BN, UMNO mempunyai wakil yang paling ramai. Bagi kaum cina, ini seakan-akan suatu rampasan kuasa secara halus yang tidak dapat diterima oleh mereka.

Bila sampai Pilihan Raya Umum Ke-12, keraguan mereka terhadap BN semakin memuncak. Pak Lah telah mengambil keputusan untuk membawa TS Koh Tsu Koon ke pusat dengan meletaknya bertanding di Parlimen Batu Kawan. Pengundi cina mula bertanya kepada Pak Lah, siapa yang akan menganti TS Koh Tsu Koon. Tiada jawapan diberi oleh Pak Lah hingga ke hari mengundi. Ketika itulah DAP meniup api perkauman yang mengatakan jika BN menang orang UMNO akan menjadi Ketua Menteri. Ini menyebabkan bukan sahaja cina Pulau Pinang, malah ia berjangkit ke seluruh negara, kaum cina mula hilang kepercayaan terhadap BN mengakibatkan BN hampir kehilangan kerajaan.

Bila melihat keputusan PRU-12, para pemimpin UMNO mendapati BN banyak kehilang undi dari orang cina. Orang-orang melayu dalam UMNO mula membuat kesimpulan bahawa kaum cina cuba mempermainkan mereka dari belakang. Maka mulalah keluar banyak kenyataan-kenyataan yang berbaur perkauman dikalangan pemimpin UMNO terutama diperingkat negeri. Memburukkan keadaan bila kenyataan tersebut diputar belitkan oleh pemberita pro-DAP hingga ia terlihat seperti racun yang boleh membunuh kaum lain di Malaysia. Oleh itu, Pak Cu amat bersetuju sekali dengan kenyataan TS Sanusi semasa ditemubual oleh pemberita bahawa kelemahan pucuk pimpinan BN ketika itu untuk menyelesaikan masalah kecil hingga ia menjadi suatu isu besar serta memberi kesan yang amat buruk kepada parti.

Persepsi kaum cina terhadap UMNO perlu dibersihkan. Kepercayaan orang cina terhadap BN masih belum pulih walaupun DS Najib telah melakukan berbagai usaha untuk mendapatkan balik kepercayaan tersebut. Ini kerana masih terdapat segelintir pemimpin UMNO yang masih memberi kenyataan yang bersifat perkauman. Pak Cu yakin, bukan semua orang cina begitu bersungguh-sungguh hendak merampas hak orang melayu. Hanya orang cina yang menjadi ahli DAP dan PKR saja yang mahukan perkara ini. Kita melihat seakan-akan majoriti masyarakat cina mahu semua ini berlaku kerana, dimasa ini suara cina DAP dan PKR adalah yang paling ramai dalam Parlimen mahupun DUN.

Mereka inilah yang patut diserang dan bukannya masyarakat cina secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment