Sunday, April 11, 2010

Anwar Memang Mahu Dirinya Kena Penjara

Anwar Ibrahim begitu bersungguh-sungguh menyentuh pelbagai isu sensatif yang boleh memudaratkan negara dengan memainkan api perkauman, menyentuh isu-isu keagamaan dan terkini cuba melaga-lagakan penduduk Sarawak dengan kerajaan Persekutuan. Harapan beliau hanya satu iaitu berlakunya rusuhan besar di negara kita yang kemudiannya beliau akan menyalak kepada sekutunya di luar negara dengan menyatakan bahawa berlaku penindasan kaum yang serius di Malaysia.

Cuba kita lihat lebih jauh, mengapa beliau begitu bersungguh-sunguh mahukan suasana keamanan di negara kita menjadi tidak menentu. Tujuannya hanya satu, beliau mahukan agar dirinya ditahan dibawah ISA serta dipenjarakan tanpa bicara. Dengan ini menampakkan seakan-akan kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang zalim serta menyekat kebebasan rakyatnya untuk bersuara. Oleh itu, kes liwatnya tidak lagi menjadi isu kerana rakyat kembali memuja beliau atas dasar simpati.

Kalau sesiapa pun menjadi Perdana Menteri, memang sakit kepala dibuatnya. Kalau tidak diambil tindakan, ketenteraman awam akan tergugat. Kalau diambil tindakan, seluruh dunia akan berkata bahawa Malaysia sebuah negara yang zalim. Orang luar tidak faham malah langsung tidak ambil peduli bahana kemudaratan yang dibawa oleh Anwar jika tindakan tegas tidak diambil kepada beliau.

Kepada rakyat Malaysia terutama penyokong tegar pembangkang, cuba kita renungkan, jika benar Anwar ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat, mengapa beliau harus membangkitkan isu-isu yang boleh memudaratkan keamanan negara. Jika beliau mengatakan pemimpin BN rasuah, pemimpin BN zalim, maka beliau haruslah terus memberi kesedaran kepada rakyat bahawa pemimpin sekarang ini teruk seperti mana yang beliau katakan dan perlu ditukar. Pak Cu tak nampak apa kaitan menentang pemimpin rasuah dengan minta kemerdekaan untuk Sarawak? Adakah dengan merdekanya Sarawak maka negara ini bebas dari kepimpinan rasuah? Adakah dengan merdekanya Sarawak maka segala kezaliman kerajaan dapat dihapuskan?

Pak Cu tak fikir dalam masa terdekat, kerajaan Persekutuan akan memberi kemerdekaan kepada Sarawak. Hanya satu jalan saja jika mahu melihat perkara ini berlaku adalah dengan rusuhan. Bila berlakunya rusuhan, maka akan belakulah pertumpahan darah rakyat yang tidak berdosa. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita semua harus sedar, Anwar adalah makhluk perosak yang perlu dijauhi oleh seluruh rakyat Malaysia. Jangan terus kita biarkan diri kita menjadi alat kepada perosak No. 1 negara ini.

No comments:

Post a Comment