Thursday, November 19, 2009

Cerita Orang PAS - 2

Sekarang nie, benda yang paling Pak Cu suka baca ialah cerita pasai "Kes Rasuah Haji". Bukan apa, saja nak tengok sejauh mana rakyat Malaysia terutamanya penyokong PAS totok punya respond. Antara hujah penyokong PAS guna adalah "...ala pemimpin UMNO pun rasuah jugak". Dengan kata lain depa menyamakan antara pemimpin pujaan mereka dengan pemimpin UMNO.

Pertama sekali Pak Cu nak bagitau depa, dosa ambik rasuah sama saja, tak kira duit yang dimakan RM seringgit ka, 100 ringgit ka, 100,000 ringgit ka, hatta satu billion sekali pun. Sebagai contoh, dosa tinggai sembahyang subuh, zohor, asar, maghrib atau isyak sama saja. Cuba habaq mai kat Pak Cu ada ka Tok Guru agama yang ajaq dosa tinggai sembahyang subuh adalah separuh dari dosa tinggai sembahyang isyak? Ya la, kalau ikut lojik akal memang la separuh sebab sembahyang subuh 2 rekaat saja, yakni separuh dari sembahyang isyak 4 rekaat. Kalau ada pun Tok Guru tu mesti pengikut Ayah Pin. Jadi sama la dengan duit rasuah yang diambil. Tak dak nya fatwa kata kalau kita ambik rasuah seringgit dosa dia 1 miligram, kalau ambil 100 ringgit dosa dia satu gram, kalau ambik 1,000 ringgit pulak dosanya sama dengan 1 kilogram. Macam tu jugak dengan rasuah sponser, tak dak nya dosa ambik rasuah orang sponser pi Mekah kurang dari dosa kita ambik rasuah orang sponser kita pi Diesneyland. Wallahualam....

Yang penting, adalah kradibiliti kita. Kalau kita dah ambik rasuah, kita dikatogerikan sebagai tidak amanah. Amanah adalah sesuatu yang amat dituntut dalam islam. Bila pemimpin sebuah parti yang kononnya berjuang untuk menegakkan hukum allah, terlibat dengan pecah amanah, Pak Cu tak dapat bayang betapa hinanya beliau. Bukan setakat beliau, islam pun terpalit jugak dengan najis depa nie. Penganut agama lain sudah pasti memperlecahkan islam. Pasti depa kata "....kalau Tok Guru boleh rembat duit, anak murid lagi la teruk....". Sebab tu bila Tun kata politik dan agama tak boleh disatukan, Tok Guru PAS kata "UMNO sekular, mengamalkan politik suku, agama suku". Nie la jadi bila agama dipolitikkan. Agama islam dijadikan bahan lawak jenaka. Lebih menyedihkan bila ada pulak pengikut Tok Guru kata "...apsal nak bising-bising, orang UMNO pun sama jugak..", seakan-akan memperlihatkan perbuatan rasuah bukan satu dosa. Tu la jadi bila Tok Guru yang kononnya ulamak agong belasah duit haram.

Pemimpin PAS selalu tunjuk alim depan pengikut depa. Jadi pengikut PAS sering beranggapan, pemimpin PAS suci murni macam kapas. Kekuatan PAS selama ini terletak pada persepsi ini. Pemimpin PAS digambaqkan bersih. Cuma gambaran saja. Kalau nak dibandingkan pemimpin UMNO dengan PAS, tutup sebelah mata pun orang boleh nampak bahawa pemimpin UMNO jauh lebih berkebolehan mentadbir. Tapi, disebabkan gambaran bersih nie la, ramai orang lebih menyenangi PAS. Tapi, bila imej bersih nie terpalit dengan taik, kekuatan pemimpin PAS dah tak dak. Hanya orang dungu saja masih setia dengan PAS.

Monday, November 16, 2009

Cerita Orang PAS

Kali nie Pak Cu nak bebincang pasai PAS. Dua isu hangat yang menjadi buah mulut orang pasai PAS adalah isu Bai'ah Talaq Tiga dan kes Rasuah Haji. Kadang-kadang cerita-cerita macam nie boleh buat kita gelak sorang-sorang bila baca.

ISU BAI'AH TALAQ TIGA

Bila cerita pasai isu nie, macam-macam pandangan orang bagi. Yang tak tahan tu, ketua kaum wanita dalam PAS bagi komen, "isu bai'ah nie mengangkat martabat kaum wanita". Apa dah bodo ka apa orang pompuan dalam PAS. YB Khalid Samad kata, bai'ah nie untuk mengelak wakil rakyat PAS dari megkhianati parti. Pak Cu nak tanya kat Khalid, kalau nak elak ahli khianat parti, dia kena bai'ah; macam mana pulak kalau parti yang "khianat" ahli? Apa yang Pak Cu maksud dengan khianat nie adalah bila keputusan majoriti ahli PAS tak sealiran dengan kehendak hati kita sebagai ahli (sebagai orang perseorang kita sering beranggapan bahawa kita menjadi mangsa khianat bila sesuatu perkara tu merugikan kita, tanpa memperduli kebaikan yang hadir walaupun ianya akan memberi manfaat kepada majoriti anggota masyarakat lain). Sebagai contoh, kalau la ditakdir Allah isu kerajaan perpaduan menjadi kenyataan, boleh kah ahli yang menentang keras isu ini seperti si Khalid menerima kenyataan?(bagi Pak Cu, bibit-bibit khianat terhadap parti telah pun dilakukan oleh si Khalid bila beliau bertindak secara terang hingga berlaku perpecahan dalam PAS).

Boleh jadi masa kita pasang niat nak berbai'ah, keadaan nampak elok. Kita tak tau apa akan berlaku esok. Sebagai makhluk, kita tak boleh mendahului ketentuan tuhan. Ya, kita boleh yakin bahawa kita tak akan ambil duit walaupun berjuta dihulurkan untuk melompat parti, tapi boleh ka kita yakin keputusan parti akan sentiasa memenuhi kehendak hati kita? Sebab tu Pak Cu selalu kata hanya 2 golongan saja yang sokong pembangkang. Satu golongan bodoh sombong dan satu lagi cerdik jahat. Golongan bodoh sombong nie sentiasa merasakan dirinya bijak tapi dalam hakikat sebenarnya dia hanyut dalam ketaksuban terhadap pemimpin atau parti. Golongan cerdik jahat pulak adalah golongan yang memperolehi keuntungan peribadi jika pembangkang dapat memerintah. Dalam kes bai'ah nie, Pak Cu rasa si Khalid nie masuk katogeri bodoh sombong yakni golongan yang merasa diri merekalah manusia paling bijak di dunia tapi hakikatnya dungu. Kalau orang tua-tua dulu, golongan nie dipanggil bodoh tak leh diajaq, pandai tak boleh ditumpang.

KES RASUAH HAJI

Nie lagi satu isu hangat. Secara jujur, sebelum ini Pak Cu secara peribadi amat menghormati Tok Guru Nik Ajiz. Tapi rasa hormat nie sedikit sebanyak dah pudar bila keluaq isu rasuah nie. Mula-mula Pak Cu ragu-ragu jugak nak percaya, maklumlah dalam politik nie banyak sangat mainan. Fitnah memfitnah nie dah jadi macam mainan. Tapi bila Nik Ajiz sendiri dengan penuh yakin dan sikit pun tak dak rasa besalah mengaku pasai hal ini, Pak Cu hanya boleh geleng kepala saja. Boleh jadi dia guna pakai fatwa yang dia selalu sebut "orang bagi kita ambik, bila undi mesti undi bulan".

Bagi Pak Cu, bila seseorang yang ada sesuatu kepentingan dengan kita, walau apa yang dihulur, pasti dia mengharapkan balasan. Jika kita buat-buat bodoh main ambik apa yang dia bagi, tapi kita tak bagi apa-apa balasan atau buat-buat tak paham pasai apa dia bagi hadiah tu, ini namanya menipu. Patut la kebelakangan nie Pak Cu tengok ayaq muka Nik Ajiz tak sejernih dulu.

Bila cerita pasai rasuah haji Nik Ajis nie, Pak Cu nak kaitkan dengan ketaksuban ahli PAS terhadap beliau. Kawan Pak Cu antara contoh paling dekat. Dia besungguh-sungguh cerita pasai Nik Ajiz nie dah sampai tahap wali. Dia kata ada kes sorang penyokong BN (tak disebut la pulak nama dan no. IC bila Pak Cu mintak nak pi tanya orang tu betoi ka dak) jadi lumpuh bila beliau pijak poster gambaq Nik Ajiz. Bila pi berubat kampung, bomoh suruh dia minum ayaq yang direndam dengan kaki Nik Ajiz. Bila minum ayaq tu, dia pulih seperti sedia kala. Bukan Pak Cu reka-reka cerita nie, demi Allah Pak Cu dengaq dengan telinga Pak Cu sendiri orang PAS dok becerita.

Wali apa jadah macam nie. Sorang wali akan menolak perkara-pekara subahah sekeras-kerasnya. Nak-nak bila melibatkan soal amal ibadat. Yang peliknya, sebagai sorang yang kononnya ulama' macam mana beliau tergamak nak pi haji pakai pekej sponser? Nie bukan ulama' nie orang panggil "Ular Dalam Semak"(kalau disingkatkan dipanggil ULAMAK la jugak). Pak Cu pasti, lepas nie akan banyak ulaq-ulaq bawak keluaq fatwa mengharam kan rasuah kecuali rasuah pi haji.

Monday, June 15, 2009

Anwar Dan Nik Aziz

Siapa tidak kenal kedua-dua nama besar di atas. Kedua-dua nama tersebut menjadi idola kepada para pengikut mereka. Pak Cu pernah bekerja secara tidak langsung dengan Nik Aziz semasa Pak Cu bertugas di Kelantan. Secara peribadi, Pak Cu amat menyenangi cara pembawakan Nik Aziz. Seorang manusia yang penuh kesederhanaan. Jika pemimpin UMNO mempunyai perwatakan sedemikian, Pak Cu yakin, mati hidup balik pun orang melayu tak akan tolak UMNO. Sebab tu, ramai orang bercakap, UMNO tak akan berjaya ambil balik Kelantan selagi Nik Aziz menjadi MB.

Tapi, itu semua dulu punya cerita. Masa tu Nik Aziz masih kuat. Pemikiran beliau juga masih sihat. La nie beliau dah dimamah usia. Kerja keluaq masuk hospital. Pak Cu masih ingat bagaimana penyokong PAS kata Tun M nyayok dan patut mengundur diri. Pak Cu rasa, la nie dah sampai giliran Nik Aziz pulak jadi nyayok dan patut melepaskan jawatan. Ini kerana, manusia yang nyayok mudah ditipu oleh orang-orang yang berhati busuk. Ya la, perbezaan umur antara Tun Mahathir dengan Nik Aziz pun dalam 6 tahun, jadi elok benar la tu, Tun Mahathir letak jawatan ketika umur beliau 78 tahun dan pada tahun ini pun usia Nik Aziz jugak dah masuk 78 tahun. Takkan nak tunggu umoq 100 tahun baru nak berundur.

Pak Cu ingat lagi, Nik Aziz pernah suruh Tun M letak jawatan dan bagi kat orang muda. Jadi, dah samapai masa beliau pulak lakukan apa yang beliau kata kat Tun M. Ini demi kebaikan beliau jugak. Sebelum beliau meraban lebih teruk, dan mengikis rasa hormat masyarakat kat beliau, elok sangat la beliau letak jawatan. Setidak-tidaknya Tun M letak jawatan, parti yang dipimpin beliau dalam keadaan kuat. Jadi sebelum PAS jadi lintang pukang akibat mulut Nik Aziz, beliau patutlah diganti. Sekaranglah masa paling sesuai untuk beliau berbuat demikian kerana para penyokong PAS melihat parti mereka sekarang sudah perkasa.

Bila Nik Aziz cerita pasai "boneka UMNO dalam PAS", Pak Cu teringin nak tanya beliau, mana lebih baik jadi "boneka UMNO" daripada jadi "Boneka DAP". Setidak-tidaknya UMNO dipimpin oleh pemimpin beragama islam. DAP dah tentu-tentu dipimpin oleh kafir harbi. Jujurlah, sampai bila kita nak menidak benda yang dah nyata. Kita boleh menafi seberapa banyak pun, kita boleh menipu seberapa ramai orang sekali pun, tapi, kita tak boleh nak tipu Allah. Allah tahu apa yang berlaku dalam kerajaan sementara PAS di Perak, Allah jugak tahu macam mana PAS dicucuk hidung oleh DAP dan PKR. Yang menyedihkan Nik Aziz masih cuba untuk menidak semua itu. Beliau cuba memekak dan mentulikan telinga beliau bagi menafikan bagaimana DAP mempengaruhi PAS.

Selama ini Pak Cu tak pernah mengkritik Nik Aziz atas dasar hormatnya Pak Cu kepada beliau. Tapi apabila beliau dengan jelas mengeluarkan kenyataan yang secara jelasnya bertentangan dengan suruhan agama, Pak Cu tak boleh terima. Ini kerana islam dengan jelas mahukan umatnya bersatu padu dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Beliau sepatutnya tidak besikap prejudis terhadap pemimpin UMNO sebagaimana beliau tidak bersikap demikian terhadap DAP dan PKR. Jika beliau berpendapat kerjasama PAS dengan UMNO akan memberi keuntungan terhadap UMNO, beliau juga sepatutnya mempunyai pendapat yang sama bila PAS hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Adalah mustahil DAP dan PKR tidak mempunyai apa-apa kepentingan bila mereka bekerjasama dengan PAS. DAP dan PKR tahu, jika mereka ingin memerintah, mahu tidak mahu, mereka terpaksa berbaik dengan PAS. Tetapi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, mereka bukan sahaja dapat memerintah, malah, mereka berupaya membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan lebih memberi manfaat kepada rakyat. Jika PAS boleh berkompromi dalam menegakkan ideologi mereka bila duduk sebumbung dengan DAP dan PKR, mengapa tidak mereka lakukan perkara yang sama bila bekerjasama dengan UMNO?

Lagi satu perkara yang menarik diperkataka adalah suara sumbang Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Bagi Pak Cu, orang macam Anwar tidak diperlukan dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi diangkat sebagai pemimpin nombor satu. Beliau lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kebaikkan. Tempat paling sesuai untuk beliau adalah di Taiping.

Walau bagaimana pun memang itulah yang dihajati Anwar. Bila beliau ditahan ISA, semua mata tidak lagi terarah kepada kes liwat beliau. Malah, beliau akan dilimpahi dengan rasa simpati orang ramai. Maka mudahlah bagi beliau menyatakan bahawa beliau diainaya jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dalam kes liwat beliau. Oleh itu, beliau akan terus menerus meniup api perkauman walaupun beliau tahu, perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

Saturday, June 6, 2009

Cerita Disebalik Kemenangan Ust. Nasharuddin

Muktamar PAS ke-55 mencatat sejarah apabila seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan khusus bagi mengetahui siapa yang akan dilantik kejawatan tertinggi dalam PAS. Apa yang dapat kita lihat bukanlah persaingan antara ahli PAS sahaja malah melibatkan sejauh mana pengaruh luar dapat menentukan hala tuju PAS.

Memang dapat dilihat dengan jelas, bagaimana sejak PAS menyertai Pakatan Pembangkang, suara PAS bolehlah dianggap sebagai suara kelas ketiga di dalam Pakatan tersebut. Suara para ulama PAS sendiri terpaksa diperlahankan bila dikaitkan dengan hukum islam terutamanya hukum hudud, bagi menjaga hati teman sebantal mereka iaitu DAP. Keadaan ini menimbulkan rasa yang amat tidak disenangi oleh segelintir ulama dalam PAS yang benar-benar meletakkan syariat islam sebagai asas perjuangan mereka. Dengan kehadiran begitu ramai golongan yang mengelar diri mereka sebagai "Profesional", arah tuju perjuangan PAS semakin jauh terpesong. Apabila tampuk kekuasaan semakin dekat dengan mereka, segala hukum hakam diletak ditempat lebih bawah. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa.

Melihat kepada penyakit gila kuasa yang begitu kuat menular, para ulama sebenar didalam PAS merasakan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membetulkan hala tuju mereka. Jika keadaan ini terus dibiar, tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Sebab itulah golongan ulama ini dengan jelas menasihati ahli-ahli PAS supaya memilih mereka yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi untuk diangkat sebagai pemimpin.

Kita semua dapat lihat, sokongan orang islam (majoriti orang melayu) terhadapat PAS semakin merosot. Kekuatan sebenar dalam pakatan pembangkang adalah sokongan kaum lain, terutamanya kaum cina dan india. Ini sudah tentu tidak memberi kelebihan kepada PAS. Dapat dilihat dengan jelas, penglibatan PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR. Ahli-ahli PAS begitu mengetahui kelemahan dan kelebihan UMNO kerana persaingan antara kedua-duanya belarutan sejak PAS ditubuhkan pada 4 April 1956. Walau bagaimana pun, PAS tidak pernah bersaing dengan musuh politik seperti PKR. Mereka tidak mengetahui betapa liciknya pemimpin-pemimpin PKR. Jika mereka benar-benar mengenali PKR, sudah pasti mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan UMNO berbanding PKR.

Untuk melihat betapa liciknya PKR, kita patut tanya diri kita dengan ikhlas satu soalan dan kita jawablah dengan ikhlas. Soalannya, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang Berjaya Memenangi Pilihanraya ke-13? Adakah pemimpin utama PAS, DAP atau PKR? Jika pemimpin DAP yang dilantik, mahukah kita dipimpin oleh mereka yang bukan beragama islam? Jika pemimpin PKR pula dilantik, dimana letaknya maruah PAS kerana terpaksa menerima pemimpin sebuah parti politik yang ditubuh setelah genap 46 tahun PAS ditubuhkan. Disinilah letaknya kelicikan pemimpin PKR. Walaupun PKR baru ditubuhkan, mereka berupaya menonjolkan imej PKR seolah-olah PKR adalah tunjang kepada pakatan pembangkang.

Untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia dimana letaknya kedudukan sebenar PKR, cuba kita bayangkan sebuah pilihanraya bebas yang ditanding setiap parti politik yang ada di Malaysia. UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR dan lain-lain bertanding dan diadili oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi. Sudah pasti UMNO dan PAS berupaya menduduki 3 tempat yang teratas jika mereka bertanding atas kekuatan dan sokongan terhadap parti masing-masing. Dan suatu kepastian semua calon PKR akan hilang wang pertaruhan kecuali di Permatang Pauh (Permatang Pauh pun PKR tak akan menang, sekadar dapat mengelak dari hilang wang pertaruhan) kerana selama ini sokongan yang diperolehi oleh PKR datangnya dari penyokong PAS dan DAP.

Jadi kepada penyokong PAS, bak kata Nabil ...... Lu pikir la sendiri

Wednesday, June 3, 2009

Nasihat Ikhlas Buat UMNO

Pak Cu tak tau macam mana nak luahkan rasa kecewa melihat sikap segelintir pemimpin UMNO yang masih tak sedar diri. Dah macam-macam rasa meluat dan menyampah rakyat ditunjukkan, tetapi pemimpin-pemimpin tersebut terus-terusan dengan sikap buruk mereka. Sikap buruk yang Pak Cu nak tekankan kat sini adalah, sikap meletak kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

Mereka sepatutnya sedar, UMNO masih lagi berada di dalam wad ICU. Memerlukan pengawasan teliti jika kita mahu ianya terus hidup dan bernyawa. Jika kita terus berpecah belah, maka boleh la kita pakat-pakat tolong kupas bawang untuk buat kenduri arwah. Tu pun kalau masih ada rasa kasih terhadap parti. Jika kita masih nak buat kenduri arwah. Kalau dah tak boleh sangat nak dok semeja dan bermaufakat, Lempar saja UMNO dalam laut, biaq dia tenggelam tanpa nisan. Senang, tak payah buat kenduri.

Nie baru dok cerita pasai UMNO, yakni salah satu parti komponen Barisan Nasional. Kita belum cerita pasai perpaduan dalam BN. Kalau dah dalam UMNO, parti yang menjadi jantung dalam BN sendiri pun masih dok bebalah sesama sendir, apa lagi yang boleh kita harapkan dalam BN. Nie masalah jika kita pilih pemimpin main tangkap muat saja.

Apa yang berlaku di Terangganu dan Perlis amat menyedihkan. Kalau Terengganu boleh tahan bekira sikit, nie Perlis, negeri yang sebesaq buah nyoq pun pakat nak berebut kuasa. Tambah memburukkan keadaan ada yang sampai main ugut-ugut nak join pembangkang. Apa nie? Dah nak ikut perangai Kayveas. Tak payah nak dok ugut-ugut la. Hampa nak pi join pembangkang, pi la. UMNO pun tak hingin dipimpin oleh orang jenis nie. Kerja dok main bangsawan. Pi la pakat ampu Anwar.

Puak-puak nie patut ingat, kalau tak disebabkan UMNO, tak dak sapa kenai depa. Sepatutnya semua ahli UMNO berganding bahu mengubati penyakit kronik UMNO nie. Yang mana yang dah terlepas kuasa, jangan merajuk. Kalau tau mau tolong pun, jangan tambah penyakit. Bagi yang dapat kuasa pulak, jangan pulak berdendam. Mana-mana ahli yang berwibawa, walaupun orang tu lawan kita, ambik hati dia biaq dia boleh terus menyumbang tenaga menguatkan UMNO.

Patutnya semua orang UMNO pi serang pembangkang. Bukan pakat serang sesama sendiri. Sebab tu UMNO dah makin nak lingkup. SEDIH....SEDIH.....SEDIH.

Saturday, May 16, 2009

Menteri Dedah Amalan Rasuah Anwar

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis lalu, berkata beliau, secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Reaksi Anwar, seperti kebiasaan iaitu mengarah peguam beliau menghantar "surat ugutan" kepada Datuk Anifah untuk menarik balik dakwaan beliau serta meminta maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan tersebut. Dan, Pak Cu jamin, setelah 24 jam yang diberi berlalu, tak dak apa-apa tindakan yang akan beliau ambil, jika Datuk Anifah tidak memohon maaf. Biasa la, kalau dah memang dasar hipokrit. Kalau Anwar betoi-betoi berani, tak payah bagi tempoh 24 jam tu, teruih saman je.

Cerita Anwar bagi rasuah supaya MP BN terutama dari Sabah dan Sarawak melompat parti, bukan cerita baru. Hanya penyokong pembangkang saja yang susah nak percaya. Tapi bila orang dia yang lompat parti, mula la dia dok jaja cerita satu dunia kata orang BN bagi rasuah. Anwar sejak beliau dalam kerajaan lagi memang terkenal dengan budaya rasuah wang dan kedudukan. Hinggakan budaya tersebut bertukar dari kudis menjadi barah yang sukar diubati dalam UMNO dan semakin hampir untuk meragut nyawa UMNO.

La nie, kudis tu dah berjangkit dalam PAS. Kalau penyokong PAS membiar kudis tersebut menular tanpa diubati, PAS juga akan mengalami nasib yang sama dengan UMNO. Anwar umpama pembawa virus AIDS, yang ingin melihat semua orang dijangkiti penyakit tersebut. Kepada beliau Pak Cu cuma nak nasihat satu saja, sentiasalah ingat Allah dan balasan Allah diakhirat kelak. Aminnn

Thursday, May 14, 2009

Musang Berbulu Ayam

Hari nie Anwar mencabar DS Najib adakan pilihanraya di Perak. Yang lagi best, setelah Ku Li membuat kenyataan untuk mencari populariti bagi dirinya, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang pulak cuba menonjolkan diri sebagai hero. Datuk Dr Teng Hock Nan kata "Langkah membubarkan DUN akan membolehkan rakyat Perak memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri itu."

Kalau macam nie la sikap pemimpin-pemimpin dalam BN, jawapnya makin cepatlah BN hancur. Sepatutnya mereka membela BN. Sejak kekalahan teruk BN pada pilihanraya lalu, Pak Cu hanya nampak segelintir saja pemimpin BN yang benar-benar bersungguh-sungguh bercakap sesuatu yang memberi kelebihan kepada BN. Kebanyakkannya dari UMNO. Dari parti komponen lain, lebih banyak menghentam dari membela nasib BN.

Pak Cu tak suruh depa membela secara membuta tuli. Dalam senario di Perak, jika dijalankan pilihanraya, peluang BN untuk menang amat tipis. Kelewatan ahli-ahli BN menukar kepimpinan Pak Lah menambahkan lagi luka parah yang dialami oleh BN. Mana tidaknya, baru saja kalah pilihanraya, Pak Lah buat keputusan bodoh menaikkan harga minyak sehingga membebankan rakyat. Ini menyebabkan rakyat muak dengan BN. Adalah mustahil bagi kepimpinan baru untuk memulihkan kehancuran yang begitu teruk dilakukan oleh kepimpinan yang terdahulu dengan sekelip mata.

Tidak timbul masalah samada BN penakut atau bacul. BN memerlukan sedikit masa untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Anwar sendiri pasti tidak berani untuk mengusulkan supaya pilihanraya semula diadakan jika mereka kalah dalam semua pilihanraya kecil yang diadakan. Jangan jadi hipokrit mencabar orang yang patah kaki untuk berlumba lari. Tunggu sehingga orang itu benar-benar pulih dari kecederaan barulah dicabar. Ini baru dipanggil anak jantan.

Dalam suasana sekarang (Pak Cu nak minta maap awai-awai kepada pembaca semua), tahap pertimbangan rakyat Malaysia dalam menentukan hala tuju politik negara amat rendah sekali. Pemikiran mereka diracun dengan begitu teruk sekali sehingga seorang yang berkelakuan sumbang dilihat seakan-akan seorang wira dan perlu dibela. Sebagai contoh kes ADUN Bukit Lanjan. Majoriti rakyat Malaysia tidak melihat perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang tidak bermoral. Jadi tidak hairanlah jika tiada apa-apa protes secara nyata dilakukan bila ADUN tersebut menarik balik surat perletakkan jawatannya. Bagi Pak Cu, orang sebegini tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin Pak Cu. Moral beliau terlalu rendah sekali. Boleh jadi ini adalah sebahagian dari agenda Anwar untuk membentuk pemikiran rakyat Malaysia yang terbuka dan melihat soal moral bukan menjadi satu isu penting dalam memilih pemimpin. Jika dibiarkan, boleh jadi suatu masa nanti, rakyat Malaysia dapat menerima seorang peliwat sebagai Perdana Menteri dengan hati yang terbuka.

Kepimpinan BN masih dalam proses pemulihan. Dari pengamatan Pak Cu, kesungguhan dan ketokohan DS Zambry bagi memulihkan kepercayaan rakyat Perak terhadap BN menimbulkan kegusaran terhadap parti pembangkang. DS Zambry hanya memerlukan sokongan dari pemimpin senior baik dari UMNO mahupun parti komponen BN yang lain, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Pak Cu yakin dan percaya jika semua pemimpin BN di Perak mengenepikan perasaan kecewa dan bersama-sama menghulur tangan membantu DS Zambry, proses pemulihan BN lebih cepat berlaku. Semua pemimpin BN di Perak haruslah turun padang dan mendengar keluhan rakyat.

Wednesday, May 13, 2009

Tidak Perlu Pilihanraya Semula Di Perak

Keadaan di Perak menjadi semakin haru biru. Memburukkan keadaan bila ada pihak yang cuba menjadi jaguh dengan berselindung disebalik suara rakyat kononnya rakyat Perak mahukan satu pilihanraya baru. Yang peliknya, suara-suara sumbang ini datangnya dari mereka yang mempunyai pengalaman yang luas dalam selok-belok politik. Boleh jadi golongan ini masih mengharapkan sisa-sisa yang ada untuk kembali bersaing dalam persada politik negara setelah beberapa kali kecewa.

Dari maklumat dan khabar yang Pak Cu terima, majotiti rakyat Perak lebih bersikap berkecuali malah perasaan meluat dan menyampah melihat lakonan dan mainan politik yang tidak berkesudahan dari kedua-dua belah pihak. Jadi majoriti suara rakyat Perak mengambil jalan tengah dan mereka sudah tidak kisah dan malas fikir, siapa yang menjadi MB kerana sesiapa saja yang menjadi pemimpin negeri, majoriti rakyat Perak tidak mendapat faedah yang banyak. Hanya penyokong kedua-dua MB itu saja yang bersungguh-sungguh kerana masing-masing akan memperolehi durian runtuh.

Sebab tu Pak Cu yakin, adalah satu penipuan yang besar jika dikatakan bahawa rakyat Perak mahukan pilihanraya semula. Yang menampakkan suasana penentangan rakyat terhadap keputusan Sultan itu hanyalah beberapa ribu penyokong tegar pembangkang yang terbaring di atas jalanraya. Inilah kelebihan besar yang ada pada parti pembangkang dimana penyokong mereka begitu bersemangat dan taat setia kepada apa yang pemimpin mereka katakan. Mereka rela memperbodohkan diri sendiri demi melindungi pemimpin mereka.

Suasana sebaliknya berlaku dikalangan penyokong BN dimana mereka lebih bersikap berdiam diri dan diselimuti rasa selesa. Oleh itu, orang luar melihat seakan-akan lebih ramai rakyat yang memberontak. Keadaan akan menjadi bertambah kacau bilau jika pemimpin BN mengerah para penyokong fanatik mereka sama-sama memberontak dijalanraya.

Walaupun di adakan pilihanraya baru, Pak Cu yakin, tak akan ada parti politik yang akan memperolehi majoriti 2/3. Ini tidak akan memperbaiki keadaan kerana kerajaan yang akan dibentuk sentiasa terdedah kepada kes-kes melompat parti. Keadaan akan kembali seperti mana yang berlaku sekarang. Adakah pilihanraya semula akan dijalankan berulang kali sehingga salah satu parti memperolehi suara 2/3? Persoalan ini ingin Pak Cu tujukan kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Osman.

Untuk mengadakan suatu pilihanraya di Perak, tidak kurang dari 30 juta ringgit terpaksa dibelanjakan. Adakah wang sebanyak itu patut dibelanjakan demi memenuhi impian para ADUN pembangkang untuk kembali berkuasa di Perak. Adakah Nizar mempunyai sesuatu kebolehan yang terlalu istimewa sehingga rakyat Perak tidak dapat menunggu sehingga pilihanraya ke-13 untuk kembali meletakkan beliau sebagai MB Perak?

Friday, May 8, 2009

Politik Tak Bertamadun 2

Penyokong pembangkang marah dan bengang dengan apa yang terjadi dalam persidangan DUN Perak semalam. Depa kata BN merampas kuasa. Depa kata lagi, sepatutnya hanya undi tak percaya saja yang boleh melucutkan jawatan Menteri Besar yang lama.

Pak Cu tak heran la kalau yang kata macam tu penyokong kuat pembangkang. Tapi yang jadi masalahnya, statement depa nie boleh mengaburi pemikiran rakyat. Macam Pak Cu kata dalam tulisan sebelum nie, apa yang berlaku di Perak sepatutnya tak jadi isu. 31 orang lawan 28 orang, sudah tentu la yang 31 tu menjadi suara majoriti. Tak tau la pulak kalau ada istilah baru yang menyatakan, angka lebih kecil tu dianggap majoriti.

Yang jadi masalah bila kita bercakap dan membuat pertimbangan secara tidak adil. Apa yang pembangkang buat semuanya betul disisi undang-undang hinggakan Sultan Perak yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam sistem perundangan Malaysia dianggap jahil tentang perundangan.

Mari kita tengok dimanakah punca berlakunya krisis di Perak. Pak Cu tak nampak punca lain, selain dari speaker, yang memainkan peranan beliau secara tidak adil. Jika hindu pariah tu memainkan peranan beliau secara adil dan telus, semua ini tidak akan berlaku. Pak Cu nak tanya disini kepada pembaca, baik dari pembangkang atau penyokong BN, pada pengamatan anda, adakah bekas speaker Perak, si hindu pariah tu memainkan peranan beliau secara adil? Tolong jawab dengan jujur dan ikhlas. Dimana keadilannya bila mengantung orang sesuka hati demi kepentingan politik diri sendiri. Sepatutnya, sebagai speaker, beliau seharusnya tidak memihak secara ketara.

Masuk akai ka, daripada 31 ADUN yang menyokong BN, 10 orang hendak digantung dan dihalau keluar tanpa alasan yang kukuh. Sebodoh-bodoh manusia pun boleh paham perbuatan beliau itu hanyalah untuk mengurangkan sokong terhadap BN menjadi 21 orang, dan secara automatiknya suara pembangkang menjadi suara majoriti dalam DUN Perak (28 vs 21) dan akan mengagalkan usul undi tak percaya yang hendak dibawa. Pasai apa tak dak sekoq pun penyokong pembangkang yang mempertikai ketidak adilan beliau. INILAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI "KEADILAN BERPILIH". KALAU BENDA TU MENGUNTUNGKAN KITA, SEMUANYA ADIL DAN MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG BIAR PUN IANYA SECARA NYATA SEKALI TIDAK MENGAMBARKAN SESUATU KEPUTUSAN YANG ADIL.

Sebab tu Pak Cu ingin menyatakan dengan tegas disini, Parti Pembangkang tidak berhak langsung untuk bercakap tentang demokrasi, sebab dalam demokrasi setiap keputusan adalah mengikut suara majoriti. Tetapi pihak pembangkang dengan jelas sekali menidakkan suara majoriti tersebut.

Thursday, May 7, 2009

Politik Tak Bertamadun

Politik negeri Perak kini sudah menjadi bahan lawak jenaka. Bukan saja rakyat Malaysia, malah seluruh dunia akan mentertawakan apa yang berlaku di Perak. Sebelum ini kita sering dihidang dengan kisah politik di Taiwan. Ketika itu, seluruh dunia mentertawakan apa yang berlaku di sana, termasuklah rakyat Malaysia sendiri. Kini orang politik Perak pulak menjadi wakil untuk memalu maruah rakyat Malaysia secara amnya.
Bila nak cerita pasai demokrasi, benda tu baguih. Tapi yang jadi masalahnya ada segolongan manusia yang suka mengambil kesempatan. Atas nama demokrasi, puak-puak nie menghasut rakyat yang kurang faham menyebabkan rakyat mula memberontak dan menentang kerajaan yang memerintah. Memburukkan keadaan bila media internet mengeluarkan berita yang mereka sendiri tidak pasti statusnya, menyebabkan kekeliruan dikalangan rakyat semakin meruncing. Sebagai contoh, kedudukan MB Perak. Sepatutnya media internet mengelak dari menulis berita secara keterlaluan serta mendahului keputusan mahkamah, menyebabkan rakyat menjadi keliru seakan-akan Perak memiliki dua Menteri Besar. Segala cerita-cerita kedai kopi sepatutnya tidak dijadikan bahan berita kerana kesahihannya boleh diragui.
Apa yang berlaku di Perak sebenarnya amat mudah dan tidak sepatutnya wujud pertikaian. Apabila seseorang Menteri Besar itu tidak mendapat kepercayaan majoriti di dalam dewan, secara automatiknya, ahli dewan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau. Kita tidak seharusnya terkeliru antara sokongan dalam dewan dengan sokongan semasa pilihanraya. Ini kerana sokongan dalam dewan adalah terdiri dari mereka yang dipilih sebagai wakil kepada rakyat. Dengan kata lain, mereka mewakili suara rakyat dikawasan mereka. Memang wakil-wakil ini mewakili parti-parti politik tertentu. Jadi, jika mereka melompat menyokong parti satu lagi, kesalahan sepatutnya dipikul oleh pemimpin parti politik yang mereka wakili semasa pilihanraya kerana pemimpin parti tersebut tidak memilih dengan teliti siapa yang sepatutnya jadi calon untuk mewakili parti mereka.
Dalam kes perebutan kuasa di Perak, jelas sekali Barisan Nasional memperolehi sokongan yang lebih di dalam dewan. Tidak timbul isu pilihanraya semula. Rakyat dah buat keputusan siapa yang akan mewakili mereka. TAPI YANG JADI MASALAHNYA APABILA PERASAAN "GILA KUASA" MENGUASAI DIRI. APA SAJA SANGGUP DILAKUKAN TERMASUK MENJUAL AGAMA UNTUK KEPENTINGAN DIRI.
Bebalik kepada perkembangan kes Persidangan DUN Perak hari ini, Pak Cu heran pasai apa yang kita pakat layan hindu pariah dengan cina komunis nie. Sepatutnya dari awal lagi tangkap dan sumbat dalam penjara. Nak lagi baguih, tarik balik kerakyatan mereka. Bangsa tak sedaq diri. Bagi betis nak paha....ceh.....KETENTERAMAN AWAM PATUT DIDAHULUKAN WALAUPUN TINDAKAN TERSEBUT AKAN DIANGGAP SEBAGAI TIDAK DEMOKRATIK.

Thursday, April 23, 2009

Bila Rakyat Berjiwa Raja

Kali ini Pak Cu nak tulis isu yang agak sensatif iaitu berkenaan raja-raja melayu. Pak Cu tengok ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawap kebelakangan ini, sering meniup api kemarahan terhadap insitusi raja. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang terlibat adalah berbangsa melayu. Pak Cu pasti, golongan melayu ini adalah terdiri dari golongan muda yang tak pernah merasa betapa pedih dan pilunya hati bila kita dijajah.


Sebelum kita pergi lebih jauh, suka ditekankan disini, raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, Pak Cu tidak sekali-kali mengatakan bahawa raja-raja adalah insan suci yang terhindar dari melakukan dosa.


Apa yang hendak disampaikan disini adalah kepentingan institusi raja di Malaysia dalam memelihara kepentingan orang-orang melayu. Peranan utama institusi raja di Malaysia adalah untuk membuktikan kepada semua kaum lain tentang hak keistimewaan orang melayu. Dengan kata lain, institusi raja berada di kedudukan tertinggi sekali dan yang paling penting raja-raja tersebut adalah dari kalangan orang melayu. Walau pun ada suara yang mengatakan bahawa raja-raja hanya sekadar simbol, tetapi apa yang perlu diingat bangsa lain tidak boleh menjadi raja dalam kerajaan Melayu.

Cuba kita bayangkan apa kemungkinan yang akan berlaku jika institusi raja dibuang? Lihat negeri-negeri yang tak beraja macam Pulau Pinang dan Singapura. Dimana kedudukan orang melayu di negeri tersebut? Bangsa apa yang pegang kuasa memerintah? Yang pasti, kalau tak disebabkan sultan atau raja, negeri Perak juga ditadbir oleh bangsa asing. Ini bukan untuk menakut-nakut atau menghasut orang melayu supaya membenci bangsa lain, tetapi sekadar renungan untuk orang melayu supaya berfikir dimana kedudukan mereka jika segala hak mereka yang telah dipertahan selama ini dihapuskan satu per satu.

Penyokong pembangkang sering menyalahkan UMNO sebagai punca penderhakaan rakyat terhadap raja. Mereka mengungkit tindakan UMNO menghapuskan kekebalan raja-raja pada 1993. Apa yang perlu diingat, macam Pak Cu kata tadi, raja adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, tindakan Tun M tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan setiap orang di Malaysia tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesalahan besar tidak kira mereka raja atau rakyat. Selagi seseorang itu bernama manusia, mereka haruslah dikawal oleh peraturan agar mereka tidak terpesong serta melakukan sesuatu yang salah, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan.

Seperkara lagi yang harus diingat, orang UMNO tak pernah tidur tebaring atas jalan raya untuk menghalang kenderaan raja. Perbuatan ini adalah sesuatu yang amat biadap dan memalukan.

Wednesday, April 15, 2009

Teori RAZAK

Pak Cu baru balik kampung. Lama tak tengok kampung rasa rindu la pulak. Macam biasa la, bila dah balik, mesti tak miss pi lepak kat warong kopi. Sedap jugak sembang sambil pekena teh tarik halia. Bukan apa, habuan buang angin dalam perut. Takut kalau perut banyak angin, nanti dia jadi buncit. Bila orang tengok perut kita buncit, mula depa mengaji pelik-pelik.

Dalam dok sembang tu, Pak Cu tertarik dengan cerita kawan lama Pak Cu. Dia nie penyokong kuat Anwar Brahim. Pak Cu suka perangat dia. Pak Cu tanya dia, Anwar tak dak bagi tarikh baru ka? Kalau ada boleh pi beli nombo ekoq. Dia kata Anwar la nie tengah atoq strategi. Dia tengah dok himpun MP BN yang pro-Tun Lah dengan kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah. Depa dok rancang nak buat undi tak percaya kat DS Najib. Kalau sukses, Tengku Razaleigh akan dilantik sebagai PM.

Celah-celah tu, dia kata ada bomoh cerita pasai teori baru ganti teori RAHMAN. Ish...nie la perangai orang melayu. Suka percaya tahyul-tahyul. Tapi Pak Cu saja tulis sini, nak tengok komen pembaca. Kawan Pak Cu kata bomoh tu habaq, sambungan kepada teori RAHMAN adalah teori RAZAK, berdasarkan nama PM yang kedua. Dia kata DS Najib tak kan lama dok jadi PM. Sebab satu konspirasi yang dikepalai oleh Anwar nak jatuhkan Najib. Jadi PM lepas Najib adalah R -Razaleigh. Walau bagaimana pun, Tengku Razaleigh pegang post PM tak lama dan akan diganti dengan A - Anwar. Lepas Anwar tempatnya akan oleh Z - Zahid. Penganti Zahid masih lagi kabur. Jadi, sapa-sapa yang huruf mula ejaan nama dia bermula dari huruf A, ada chance jadi PM. So, bakal PM yang menjadi pelengkap kepada teori nie adalah K - Khairy. Alhamdulillah, Pak Cu kata. Nasib baik K tu bukan K - Karpal Singh. Mintak-mintak masa tu Khairy dah insaf.

Tapi Pak Cu harap, pembaca jangan percaya sangat benda nie. Kalau betoi pun, tu semua ketentuan tuhan dan secara kebetulan.

www.suarawarongkopi.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Gerakan Melaga-laga Datuk Seri Najib Dengan Tun M

Pak Cu dengaq cerita ada suara-suara sumbang yang cuba melaga-lagakan Tun M dengan Datuk Seri Najib (DSN). Puak-puak nie kata Tun M adalah penyebab kekalahan BN di PRK baru-baru ini. Depa kata tindakan Tun M yang seakan-akan cuba mengawal kerajaan DSN menghilangkan kepercayaan rakyat terutamanya orang cina.

Pak Cu tengok adalah sesuatu yang tak benar benar sama sekali, mengaitkan nama Tun M dengan kekalahan BN ini. Buktinya adalah peningkatan undi melayu terhadap BN. Ini membuktikan peralihan kuasa antara DSN dengan "Tun Lagi Satu" (TLS) sedikit sebanyak berupaya menarik undi melayu. BN kalah sebab kehilangan banyak undi cina. Puncanya kerana pemimpin-pemimpin UMNO dan blogger-blogger pro-UMNO banyak memainkan isu berkaitan pemberian tanah 999 kepada kaum cina. Ini tidak menyenangkan hati kaum cina. Mereka lihat seakan-akan hak mereka sebagai warga negara Malaysia dipertikaikan.

Malah ada statement dari blogger-blogger yang kononnya pro-UMNO menghentam kaum cina secara keterlaluan menyebabkan orang cina lari dari UMNO. Tapi Pak Cu yakin, blogger-blogger nie adalah penyokong pembangkang yang menjadi api dalam sekam untuk menghasut ahli UMNO tulin secara halus agar membenci orang cina, serta menampakan kepada orang cina seakan-akan UMNO hanya berjuang untuk orang melayu saja. Orang cina melihat UMNO kini lebih tertutup mindanya jika dibanding dengan PAS. Mereka merasa lebih selesa untuk mengundi PAS dari UMNO. PERSEPSI INI PERLU DIPERBETULKAN DENGAN SEGERA JIKA KITA INGIN MELIHAT BARISAN NASIONAL KEMBALI BERTAKHTA DIHATI ORANG CINA.

Berbalik kepada cerita Tun M, tuduhan yang menyatakan Tun M cuba mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh DSN, jugak Pak Cu tak nampak kebenarannya. Tuduhan seperti ini memperlihatkan seakan-akan DSN adalah pemimpin yang tak dak kewibawaan. Secara peribadi, dari ayaq muka pun kita nampak DSN jauh lebih bijak dari Pak Lah (TSL). Mustahil DSN dungu sampai tak tau nak beza antara baik dengan buruk. Apa yang Pak Cu lihat, pandangan yang diberi Tun M, semuanya ada kebenaranya. Jadi salahkah jika DSN membuat keputusan yang sama dengan pendapat Tun M. Pak Cu rasa kalau Tun M tak bagi pandangan pun, DSN akan membuat keputusan yang sama. Tak kan kita nak lihat DSN jadi macam TSL. Masa Pak Lah jadi PM, beliau menolak apa saja pandangan Tun M sebab tak mau dibayangi oleh Tun M, walaupun apa yang Tun M kata tu adalah benar.

Boleh jadi ada sikit kesilapan disini. Disebabkan Tun terlebih dahulu yang mengeluarkan pandangan, jadi tindakan DSN nampak macam ikut cakap Tun M. Sebagai contoh, Tun M bagi nasihat kepada DSN untuk tidak melantik pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah dalam kabinet beliau. Hanya 2 jenis orang saja yang tak setuju dengan pandangan Tun M nie. Yang pertama orang bodoh, dan yang kedua orang yang terlibat sama dengan rasuah. Ada ka manusia dalam dunia nie yang mau perasuah jadi pemimpin depa? Ada ka? Kalau ada tolong bagi nama kat Pak Cu. Jadi salah ka kalau secara kebetulan tindakan yang diambil DSN sama dengan pandangan Tun M.

Pak Cu kenai Tun M. Tapi Tun M tak kenai Pak Cu. Pak menakan Pak Cu lebih kenai Tun dan Tun pun kenai dia. Apa yang pak menakan Pak Cu kata, Tun nie seorang yang sangat-sangat sayangkan bangsanya. Apa saja keputusan beliau adalah yang terbaik untuk orang melayu disamping tidak mengabaikan kebajikan kaum lain. Sayangnya Tun kepada bangsa beliau melebihi kasih sayang beliau kepada keluarga. Pak Cu yakin, kalau si Mukriz yang la nie diamanahkan untuk jaga AP, ambil rasuah, pasti Tun akan hentam beliau sebab tindakan rasuah itu boleh merosakkan rakyat.

Ada jugak suara-suara sumbang yang kata DSN lantik Datuk Mukriz dalam kabinet beliau sebab Tun M. Pak Cu yakin, kalau DSN tak lantik Mukriz pun Tun M tak kisah. Tapi, Pak Cu tengok Datuk Mukriz memang layak untuk dilantik. Imej beliau yang bersih masa Pertandingan Ketua Pemuda menyakinkan Pak Cu.

Jadi Pak Cu nasihat la kat para pembaca, tapis dulu setiap maklumat yang diterima. Pikir masak-masak sebelum nak mempercayai atau tidak. Pak Cu yakin, UMNO akan menjadi lebih kuat kalau kita semua bersatu hati dan menyokong penuh usaha DSN.





www.suarawarongkopi.blogspot.com

Tuesday, April 7, 2009

Cabaran Kepimpinan Datuk Seri Najib Berganda

Pak Cu lihat, dengan keputusan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, yang tidak menyebelahi BN, cabaran yang terpaksa dipikul oleh Datuk Seri Najib (DSN) berlipat kali ganda. Terdapat beberapa tindakan drastik yang terpaksa diambil oleh Perdana Menteri ke-6 jika ingin melihat BN kembali mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Antara perkara yang perlu mendapat perhatian serius oleh DSN Najib adalah :-

1) Memulihkan imej beliau yang tercalar.

Pak Cu lihat, tak dak jalan pintas yang boleh diambil selain dari mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang secara terang-terangan membuat tuduhan terhadap keperibadian DSN. DSN perlu membuktikan bahawa diri beliau benar-benar bersih kerana permasalahan ini merupakan sesuatu yang amat sukar dijawab oleh orang-orang BN apabila ditanya oleh pembangkang. Penyokong pembangkang sering berkata, "Jika DSN tidak bersalah mengapa beliau tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan tersebut". Ini bukan masalah politik semata-mata, tetapi melibatkan keperibadian seorang pemimpin tertinggi kerajaan. DSN tidak boleh berterusan membiar pemimpin pembangkang memain isu ini tanpa sebarang tindakan dari beliau kerana rakyat akan mudah mempercayai jika perkara ini terus dibiarkan. Penafian saja tidak mencukupi.

2) Mendapat kembali kepercayaan kaum cina dan india.

Ini bukan suatu perkara yang mudah kerana pemimpin cina dan india dari parti komponen sendiri menghentam kerajaan. Tidak salah jika mereka menyuarakan pandangan mereka tetapi janganlah dibuat secara terbuka. Amalan turun temurun BN haruslah menjadi pegangan setiap parti komponen iaitu mencari penyelesai secara rundingan. Pemimpin-pemimpin tertinggi BN haruslah menjauhi dari membuat kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman.

Untuk mengatasi masalah ini, setiap pemimpin BN baik dari peringkat tertinggi hingga ke cawangan perlu berkerja keras. Tapi masalah utama yang Pak Cu tengok, pemimpin-pemimpin ini kebanyakannya mempunyai perniagaan sendiri. Inilah akibat bila masuk politik untuk jadi kaya, dan bukan untuk menolong rakyat. Masa mereka lebih banyak digunakan untuk menjaga perniagaan mereka.

Pak Cu rasa tiada salahnya jika satu jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 diberi kepada MCA, memandangkan kaum cina merupakan kaum yang kedua terbesar. Dengan tindakan ini, ia akan menambah keyakinan kaum cina bahawa BN benar-benar mahu melakukan suatu tindakan drastik dalam parti. Pak Cu tak nampak pihak pembangkang akan mengambil kesempatan ke atas tindakan ini kerana mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka mendapat kuasa. Buat masa ini, perpaduan antara kaum lebih penting dari perpaduan orang melayu.

Setiap ahli UMNO pulak haruslah menjauhi sikap prijudis terhadap kaum lain terutama kaum cina. Ini kerana, kaum lain juga perlu menjaga kepentingan kaum mereka. Ini lebih penting daripada mereka lari dan menjauhi parti BN.

3) Mengarah wakil-wakil rakyat menjalankan tugas dengan betul

Ini juga merupakan kelemahan BN yang sering menjadi rungutan. Wakli-wakil rakyat BN kebanyakannya lebih selesa tinggal di kota berbanding kawasan kampung yang mereka wakili. Amalan melantik "wakil" kepada wakil rakyat sudah menjadi amalan biasa dalam BN. Lebih malang lagi, jika "wakil" tersebut dilantik dari mereka yang kaki ampu dan mengambil kesempatan. YB-YB BN harus sedar, rakyat melantik mereka sebagai wakil, bukan orang-orang yang mereka lantik. Apabila kita membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, perkara utama yang kita harus pegang adalah, kesediaan kita menjadi "hamba kepada rakyat" dan bukan "tuan kepada rakyat".

Budaya melantik "wakil" lebih mendatang kesan buruk. Benda nie Pak Cu sering dengaq bila bertandang kat kedai kopi. Cerita bagaimana peruntukkan kewangan dari YB disalah guna oleh wakil mereka, bukan sesuatu yang aneh. Kadang-kadang, lagak wakil-wakil nie mengalahkan YB itu sendiri. Jadi bagai mana rakyat hendak mempercayai kita? Apa salahnya jika YB-YB tersebut meluangkan sedikit masa untuk rakyat yang melantik mereka.

4) Mendapat kembali kepercayaan golongan muda

Rungutan yang Pak Cu dengaq dari orang muda adalah mereka sering dipinggirkan dan kehadiran mereka seperti tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bawahan. Pemimpin-pemimpin lama berkemungkinan takut kedudukan mereka dicabar jika golongan muda yang terpelajar hendak mendekati UMNO. Sepatutnya golongan-golongan ini perlulah di beri perhatian supaya mereka dapat bersama-sama melibatkan diri dengan aktiviti UMNO.

Lebih malang bagi UMNO, orang yang diberi amanah untuk menarik kepercayaan golongan muda, terdiri dari mereka yang mempunyai agenda peribadi sendiri. Jadi tidak hairanlah apabila hanya golongan mat rempit sahaja yang mereka mampu tarik kerana golongan mat rempit hanya mahukan duit. Jadi mudah bagi mereka membeli undi dari mat-mat rimpit ini agar kedudukan mereka terus terjamin.

Lagi satu perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah penglibatan pensyarah-pensyarah di institut pengajian tinggi yang pro pembangkang. Tindakan tegas hendakalah diambil. Golongan pensyarah inilah yang meracuni minda siswa-siswi hingga beku. Lebih menyedihkan jika mereka menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pensyarah untuk mengagal atau memberi markah tinggi kepada pelajar mereka.

Saturday, April 4, 2009

Kenapa Saya Tolak Parti Pembangkang.

Setiap benda yang kita nak buat, mesti ada sebabnya. Kita tak boleh buat keputusan sebab ikut cakap orang semata-mata. Kita boleh dengaq cakap orang tapi sebelum buat keputusan, kita kena timbang dulu cakap tu betoi atau tidak. Kita kena buat semua nie bukan sebab apa, tujuannya untuk mengelak dari kita tersalah buat keputusan yang mana akan mendatangkan kemudaratan kepada kita dan orang disekeliling kita.

Jadi, berdasar tajuk yang nak dibincangkan, Pak Cu nak ajak pembaca semua bagi sikit saja dari masa anda yang amat berharga tu, untuk merenung dan fikir sebelum kita buat keputusan parti mana yang nak disokong. Pak Cu tak suruh percaya bulat-bulat apa yang Pak Cu tulis. Bagi Pak Cu, pendapat Pak Cu nie adalah seikhlasnya sebab Pak Cu tulis bukan atas dasar apa-apa kepentingan. Pak Cu bukan orang politik, dan tak dapat seduit pun dari apa yang Pak Cu tulis.

Pasai apa saya tolak parti pembangkang? Satu persoalan yang kita perlu jawap dengan penuh kejujuran dan keinsafan. Bagi Pak Cu, perjuangan UMNO adalah perjuangan yang sebenar-benarnya untuk agama, bangsa dan negara. Ini kerana dalam Perlembagaan UMNO merangkumi semua itu iaitu mempertahankan agama islam serta hak bangsa Melayu disamping tidak menidakkan hak bangsa lain serta kebebasan mereka beragama. Semua ini terkandung dalam Fasal 3; Asas dan Tujuan penubuhan UMNO.

Ini berbeza dengan PAS. Sebab tu PAS tak berani untuk memaparkan kepada khalayak perlembagaannya sebab mereka pasti akan kehilangan sokongan bangsa lain apabila perlembagaan mereka dibaca dan difahami oleh orang cina, india dan lain-lain kaum di Malaysia. Disinilah Pak Cu nak pesan kepada bangsa-bangsa lain, yang menganut agama selain dari Islam dan menyokong PAS supaya baca apa yang terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.

Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan kaum lain, kerana islam adalah suatu agama yang amat terbuka. Hanya orang PAS saja yang menutup keterbukaan tersebut hingga islam tampak seakan-akan extreme. Buktinya jelasnya apabila PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Ketika itu mereka megharamkan seorang pengundi Islam memangkah atau mengundi calon selain yang beragama islam. Ketika itu juga, keluar fatwa PAS, jika tiada orang islam menjadi calon, borang undi tersebut hendaklah dibiar menjadi undi rosak.

Ada orang kata, PAS dah tak macam dulu. Lepas banyak golongan pemimpin PAS yang nampak seakan-akan Pro-Anwar lebih menonjolkan diri kebelakangan ini, PAS kelihatan lebih terbuka. Nie yang buat Pak Cu meluat dengan PAS. PAS dah jadi hipokrit. Dalam perlembagaan depa cakap lain, depan orang cina dan india depa cakap lain. Agama Islam diperdagangkan. Malah orang DAP pun dah sanggup beli ayat suci Al-Quran hanya untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang islam. Mana ulamak PAS yang dulu dok kafirkan UMNO? Seburuk-buruk MCA dan MIC, depa tak pernah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan politik depa. Yang pelik tu, ahli-ahli PAS sanggup bertakbir bila dengaq cina tak sunat tu baca ayat quran. Dah la cina tu bagi salam pun lintang pukang, tu pun ahli PAS sambut salam tu. Jadi tak heranlah kalau ulamak sesat PAS yang Pro-Anwar nie sanggup jual nama Allah untuk digunakan dalam kitab agama lain. PAS jauh lebih menyeleweng dari UMNO.

Pemimpin PAS sanggup buat semua tu kerana depa yakin, pengikut-pengikut totok depa tak akan berpaling tadah setelah pemikiran ahli-ahli depa diracun hingga jadi tepu. Bayangkan macam mana orang yang mengaji tinggi pun boleh percaya 200% bahawa cina-cina komunis nie nak peluk islam. Benda nie Pak Cu sendiri dengaq dari mulut ahli PAS yang jugak kawan baik Pak Cu masa belajaq dulu. Dia kata adalah tidak benar Nizar kena cucuk idung. Nizar nampak seakan-akan melebihkan kaum cina kerana beliau sedang berdakwah secara halus. Sebab tu ramai orang DAP dah masuk islam. Piiiiiirahhhh....macam la kita nie jahil sangat. Pak Cu suruh kawan Pak Cu tu sebut nama, sapa ahli DAP yang masuk islam tu? Dia kata Guan Eng, tapi Guan Eng tak mau declare dulu sebab pak dia Kit Siang masih hidup. Bila Kit Siang dah "jalan" baru dia nak declare. Pak Cu tanya dia apa bukti Guan Eng dah masuk islam? Kawan Pak Cu kata Guan Eng dah boleh baca Quran. Pak Cu tak tau nak cakap apa. Setakat geleng kepala saja yang mampu.

Kawan Pak Cu tu ada Degree. Mengaji tinggi. Tapi otak dia dah tepu. Apa yang keluaq dari mulut puak depa, semuanya betoi. Nie lah betapa dasyat pemimpin PAS meracun pemikiran penyokong depa. Mungkin ada orang kata Pak Cu reka-reka cerita, tapi demi Allah, benda nie keluaq dari mulut orang PAS yang kini menjadi penyokong totok PAS. Apa lagi yang boleh kita buat dengan orang yang macam nie. Mereka tak akan percaya bahawa pemimpin depa menyeleweng. Nak berdebat pun tak dak guna. Buang masa saja. Depa dah jadi buluh. Apa yang kita boleh buat adalah mem"brainwash"kan siswa-siswi yang ada di pusat-pusat pengajian tinggi supaya tak jadi macam kawan Pak Cu nie.

Bila sebut pasai DAP pulak, lagi teruk. Dah tentu pemimpin-pemimpin depa racialist. Kalau tidak takkan depa tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bila cerita pasai DEB, penyokong depa akan kata, depa tentang dasar tersebut kerana dasar itu sendiri yang bersifat perkauman. Depa tak perkauman. Pak Cu teringin la nak tanya, kalau dah tak suka sangat dengan dasar yang bersifat perkauman, pasai apa tak sokong pulak kalau dihapuskan saja sekolah jenis kebangsaan, seperti yang dicadangkan oleh Datuk Mukriz. Biaq anak melayu, cina, hindu dan kaum lain bersekolah sekali. Depa kata depa tak mau anak cucu depa lupa adat resam dan bahasa depa. Tu semua perkauman la. Apa salah kalau anak cucu kita guna bahasa melayu. Sebab kita duduk pun di Gugusan Kepulauan Melayu.

Pak Cu teringin nak tengok apa jadi kalau "Hak Keistimewaan Orang Melayu" ditukaq jadi "Hak Keistimewaan Orang Cina". Depa nak tentang ka dak? Idak pun "Ketuanan Melayu" jadi "Ketuanan Cina". Sepatutnya mereka kena paham, orang cina di negeri China pun ada hak keistimewaan depa, begitu juga orang india di negara India. Tak kan nak mintak 30% dari sumber negara pun tak boleh bagi. Tu pun 30% tu, bila nak jadi pun tak tau lagi. Pak Cu percaya, majoriti dari orang cina dan india tak kisah sangat pasai benda nie. Yang penting negara jadi aman dan makmur. Ekonomi berkembang. Hanya golongan muda saja yang lebih-lebih. Golongan muda adalah golongan yang paling mudah diracun. Pak Cu tau sebab Pak Cu pun biasa jadi muda. Masa tu jiwa masih memberontak. Apa yang orang buat semuanya tak betoi. Kita saja betoi. Kita saja bijak.

Hampir 52 tahun dah kita merdeka. Semua bangsa boleh duduk aman makmur. Ekonomi berkembang amat pesat. Sepatutnya semua rakyat Malaysia harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Walau bagaimana pun kemakmuran yang kita kecapi mula diganggu gugat oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Bila sebut pasai Anwar, nie la sebabnya kita kena tolak PKR. Nie satu-satunya parti politik yang langsung tak dak prinsip. Tujuan parti tu hanya satu, nak lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Bila Anwar jadi Perdana Menteri, senang la depa nak kaut kekayaan negara kita. Sebab tu kebanyakan penyokong PKR adalah bekas kroni Anwar masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Masa tu depa kaut habis kekayaan negara. Ada manusia yang mulanya zero dah betukaq jadi jutawan dengan sekelip mata pada masa tu.

Pak Cu masih ingat cerita Chandra Muzafar pasai Anwar. Masa krisis Melayu dan India kat Pulau Pinang. Anwar masa tu TPM. Kat orang melayu dia kata dia akan pastikan loceng dalam kuil tu tak akan berbunyi lagi. Tapi la nie, dia dah nak jadi Dewa baru orang India. Sebab tu la kalau ada anugerah "Manusia Paling Hipokrit Di Dunia", Pak Cu akan bagi kat Anwar.

Selain dari manusia hipokrit, gelaran lain yang sesuai "Manusia Penipu Dan Tak Tau Malu". Kalau Pak Cu jadi dia, bila "Projek 16 September" yang diwar-warkan bukan saja seluruh negara, malah seluruh dunia gagal, Pak Cu tak tau mana nak letak muka. Jangan kata nak berdepan dengan orang, nak tunjuk muka pun Pak Cu malu. Tempat yang paling sesuai untuk letak muka adalah "mangkuk tandas". Tapi Anwar, selamba saja. Bukan setakat tak malu, dia dengan muka toya dok kata kat Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib. Dia kata Najib tak layak jadi PM. Habis kalau Najib tak layak, sapa yang layak? Diri dia ka? Piiirahhhh..... tak sanggup Pak Cu nak berPM kan penipu tahap international. Malah PKR akan mati kalau tak dak PAS dan DAP.

Jadi bila ketiga-tiga parti nie bergabung, jadi la kuah parpu. Satu nak negara islam, yang satu tak mau malah sanggup mati sebab nak tolak hukum hudud. Yang satu lagi dok tunggu nak ambik kesempatan. Nama Pakatan yang paling sesuai untuk gabungan parti macam nie adalah "Pakatan Parpu" atau "Pakatan Rojak".

Wednesday, April 1, 2009

Aset Dan Liabiliti Dalam UMNO

Kebelakangan ini orang semakin rancak bercerita pasai 3 PRK. Ceramah politik dah mula rancak. Biasa la, orang politik, hang kata kat aku, aku kata kat hang, hang kutuk aku, aku kutuk balik hang. Lepas kempen depa pakat jumpa kat kedai kopi, besembang macam tak dak apa-apa belaku. Boleh dok begelak betampaq. Yang penyokong, begaduh bagai nak rak. Yang kes lagi teruk sampai becerai-berai. Nie sekadar selingan la, Pak Cu nak mintak tolong kat orang-orang politik nie, hampa nak lawan mengata ka, mengutuk ka, tapi bagi la lebih bertanggungjawab. Jangan sampai rakyat berpecah belah dan negara jadi tak aman.


Isu yang Pak Cu nak bincang kali nie adalah pasai aset dan liabiliti dalam UMNO yang boleh jadi berguna untuk survival UMNO. Kalau orang meniaga, dia nak kena tau aset atau harta dia. Aset nie boleh dicairkan untuk dapat loan untuk kembangkan business dia. Liabiliti pulak adalah tanggungan yang membawa kepada kerugian. Jadi kalau orang meniaga, dia akan jual atau tutup mana-mana business dia yang mendatangkan kerugian kat dia. Alahhh....kalau nak mudah paham pasai liabiliti, ambik contoh macam Agusta la (dari kacamata Pak Lah), compony yang Proton jual atas nasihat menantu Pak Lah dengan harga 1 Euro. Khairy kata nilai company nie hanya layak dijual dengan harga tersebut. (Orang yang beli company tu dapat untung berapa kali lipat).


Jadi UMNO kena tengok pemimpin dia yang mana satu aset dan yang mana satu laibiliti. UMNO haruslah gunakan aset dia untuk kembangkan sokongan rakyat terhadap UMNO, dan menjual pemimpin yang boleh dianggap sebagai laibiliti dengan harga 1 Euro. Tu pun kalau ada orang mau beli. Jadi persoalannya siapa aset dan liabiliti untuk UMNO.


Kita cerita pasai aset dulu. Pada pandangan Pak Cu, aset yang paling bernilai bagi UMNO adalah Tun Dr. Mahathir. Tun bukan setakat aset kepada UMNO saja malah kepada negara kita yang tercinta. Kalau kita tengok kebelakangan ini, sokongan terhadap Tun dari semua peringkat umur amat ketara sekali. Bukan setakat tu, banyak negara-negara Arab cuba untuk mencuri harta yang begitu bernilai kepada kita untuk diangkat sebagai Penasihat Ekonomi mereka. Nie la akibat bila terlantiknya seorang yang tak tau menilai mana satu kaca dan mana satu intan sebagai Perdana Menteri. Sebab tu la Pak Lah tak boleh kekal lama memimpin kita.


Selain dari Tun, aset yang juga bernilai didalam UMNO adalah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukriz serta pemimpin-pemimpin lain yang dikaitkan dengan kem mereka berdua semasa Pemilihan Agong UMNO lepas. Baguih ka dak depa dua nie, adalah sesuatu yang subjective. Tapi kita tak boleh nafi bahawa rakyat Malaysia melihat mereka berdua nie sebagai pemimpin yang diharapkan untuk mengubah tanggapan negatif terhadap UMNO dan kerajaan BN.


Mesti pembaca tertanya-tanya, pasai apa nama Datuk Seri Najib, Pak Cu tak katogerikan sebagai aset kepada UMNO. Adakah beliau liabiliti? Pada pandangan Pak Cu, Datuk Seri Najib nie ibarat pegangan saham berisiko. Kalau tiba-tiba dia meletup, kita akan mendapat untung yang besar. Tetapi kalau dia jatuh merudum, emmmm.....kita pulak akan mendapat kerugian yang besar. Jadi semua ini bergantung bagaimana Datuk Seri Najib mengawal suasana. Kalau beliau mengikut jejak langkah Pak Lah, iaitu menggunakan pendekatan terlalu berlembut atau terlalu defencive, jawapnya saham beliau akan jatuh merudum. Tapi kalau beliau mengunakan pendekatan lebih aggressive atau kata orang kampung "tak bagi muka", suasana mungkin akan jadi jauh berbeza.


La nie kita cerita pasai laibiliti dalam UMNO. Laibiliti paling merugikan UMNO adalah Khairy. Jadi sesiapa yang dikaitkan dengan beliau pun boleh dikategorikan sebagai liabiliti kepada UMNO. Pak Lah bertukaq dari aset kepada liabiliti kepada UMNO kerana dikaitkan dengan budak nie. Rakyat dan ahli UMNO bukan benci Pak Lah, tapi depa meluat dengan si Khairy. Nak tak nak, pak mentua terpaksa terima bahana menantu. Tun dah nasihat Pak Lah, jangan biaq menantu dia aktif berpolitik masa Pak Lah jadi Perdana Menteri. Pak Lah tak mau dengaq. Tengok apa dah jadi???

Monday, March 30, 2009

Bila Sembahyang Pun DiPolitikkan

Pak Cu kadang -kadang tak paham dengan orang PAS. Habis semua benda nak dipolitikkan. Sampai orang dia boleh jadi imam pun nak dipolitikkan jugak. Tak tau la sah ka dak sembahyang tu. Apa yang ustaz Pak Cu ajaq, kalau nak sembahyang tu, jangan la sebab nak riak atau menunjuk-nunjuk. Sembahyang nie kena ikhlas, sebab masa tu kita tengah mengadap Allah. Pak Cu tak caya seduit pun kalau Nizar kata dia kusyuk masa jadi imam tu. Kalau tidak takkan bersungguh sangat nak jadi imam time orang besaq UMNO ada situ, nak-nak lepas penamaan calon. Tak leh tunggu masa lain ka, idak pun pi la jadi imam kat masjid lain.

Nielah benda yang paling Pak Cu meluat dengan PAS. Gunakan agama untuk kepentingan diri. Habis digadainya agama. Seburuk-buruk orang UMNO dok jual beli undi, lagi hina kalau kita dok jual agama. Kalau tunggang tonggek dok sembahyang pun, tapi tujuannya nak menunjuk-nunjuk kat orang, tak guna jugak. Dalam sembahyang nie, syarat yang pertama kena niat, tapi kalau awai-awai sekali dah niat nak tunjuk kat orang kata bakal TPM pun jadi makmum kita, tuhan saja la yang tau sembahyang tu sah ka dak.

P/S : SALAH TETAP SALAH, KHIRY MESTI LETAK JAWATAN. KITA TAK BOLEH MENERIMA SEORANG PESALAH RASUAH SEBAGAI PEMIMPIN KITA ATAS DASAR UNTUK MENJAGA PERPADUAN PARTI. PERLANTIKAN DATUK RAZALI SEBAGAI PEMANGKU ADALAH SEBAIK-BAIKNYA UNTUK MENJAGA PERPADUAN PARTI KERANA PENGIKUT KETIGA-TIGA CALON KETUA PEMUDA DAPAT MENERIMA BELIAU. BUANG YANG KERUH (KHAIRY) AMBIL YANG JERNIH (RAZALI)

Pengiraan Undi

Kawan Pak Cu tanya, "Apakah kaedah terbaik bagi mengelak penipuan semasa proses pengiraan undi?". Beliau mempertikai masa yang diambil untuk proses pengiraan undi bagi jawatan Ketua Pemuda. Dia kata susah sangat ka nak kira 1 sampai 790. Dia kata lagi paling bangsat pun 1 minit, 30 helai kertas boleh dikira oleh seseorang. Kalau sorang tu saja tolong kira, 1/2 jam siap kira semua. Kalau nak kira 790 helai kertas ambik masa sampai 6 jam atau 360 minit, lagi baguih suruh budak tadika kira...."saaatuuuuuu... duuuuaaaaa...... tiiiiiigaaa..... emmmmpat...... liiiiima..... eeeeeenam...... tuuuuuujuh....... laaaaaapan...... semmmbiiilan.... seepuluh" pas tu letak satu tempat. Pas tu kira lagi sepuluh dan seterusnya. Pak Cu kata balik kat dia.."Tu la...Tun suruh belajaq sains dan matematik dalam bahasa inggeris hampa tak mau..la nie....nak mengira pun ambik masa berjam-jam"
Bila masa yang diambik untuk mengira tu terlalu panjang dalam menentukan suatu keputusan yang amat penting, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan. Lepas tu macam-macam la habaq angin timbui. Ada yang kata lampu padam la malam tu, pas tu ada kata ada orang bawak masuk makanan (sekali kertas undi tipu) dalam dewan semasa proses pengiraan dan macam-macam hal. Pak Cu tak mau nak salah orang yang mempertikaikan keputusan tu, sebab kalau Pak Cu dok situ pun Pak Cu jadi ragu-ragu jugak.
Jadi jalan penyelesaian terbaik dimasa depan, apa kata pihak urusetia lantik mana-mana firma audit yang bertauliah macam PriceWaterhouseCoopers (PWC) tolong kira. Ya la, nak pilih Artis Popular pun pakai firma audit, takkan nak pilih ketua kita yang kemudiannya menentukan hala tuju negara nak dibuat sebarang. Kalau nak kena bayaq, kita pakat bayaq. Yang penting keputusan tu sah dan tak diragui.
Kalau idak pun kita undi pakai angkat tangan macam dulu-dulu. Masa tu baru kita buleh nampak muka dengan jelas sapa yang hipokrit.

Sunday, March 29, 2009

Khairy Jamaluddin Dari Kacamata Pak Lah

Pak Cu tepuk dahi bila baca pendapat Pak Lah tentang menantunya Khairy. Pak Lah kata "Khairy Jamaluddin perlu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebelum semua pihak boleh menghukum kepemimpinan Ketua Pemuda itu.". Pak Lah tambah lagi, "Adalah perkara biasa ada orang suka dan tidak suka apabila kita dilantik... terpulang kepada Khairy selepas ini untuk menentukan apa akan berlaku selepas ini". Komen Pak Lah yang nie yang paling best. Pak Lah kata "Situasi yang dialami Khairy hampir sama dengan saat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Timbalan Perdana Menteri) memenangi jawatan Ketua Pemuda sebelum ini".
Nielah pendapat yang paling Pak Cu setuju dan sealiran dengan Pak Lah. Menyamakan si Khairy dengan Anwar. Orang dah dok cerita pasai persamaan antara Khairy dengan Anwar, bak kata Tun "...dah lama dah". Banyak persamaan antara kedua-dua makhluk nie. Antaranya.... :-
1. Kedua-duanya bercita-cita nak jadi Perdana Menteri termuda.
2. Kedua-duanya pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO.
3. Kedua-dua tak suka kat Tun.
4. Kedua-dua tak sokong pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Ingeriss (sebab idea Tun.)
5. Kedua-dua lahir pada tanggal 10 (Anwar - 10/8/1947; Khairy - 10/1/1976)
6. Kedua-dua adalah pengamal politik wang dan kroni.
7. Kedua-dua adalah penyanggak serta penyamun duit rakyat.
8. Kedua-duanya tak berapa disenangi oleh pak mentua masa nak meminang anak depa, tapi lepas tu tukaq jadi menantu kesayangan.
9. Kedua-dua tak suka kalah dan akan menipu kalau rasa diri nak kalah.
10. Kedua-dua kentut bau busuk....he...he...hee
Bila orang lain yang bercakap, mungkin rakyat susah sikit nak percaya. Tapi bila pak mentua sendiri yang cakap, dah tentu pak mentua lebih mengenali menantu. Cuba kita pikiaq, kita mau ka lihat sorang lagi Anwar lahir dalam UMNO? Lihat bagaimana Anwar cuba menghancurkan UMNO apabila beliau ditolak dari parti. Dengan memberi orang sebegini sedikit kuasa, maka beliau akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang sedikit itu untuk mencari pengaruh. Bila pengaruhnya makin kuat, mereka akan menjadi tamak kuasa. Bila kekuasaan dah terlampau banyak, mula la depa nak menyalahgunakan kuasa yang diberi. Ketika itu kepentingan peribadi mengatasi semuanya. Mereka akan mempergunakan rakyat sepenuhnya untuk melindungi kuasa yang berada ditangan mereka. Inilah akibatnya kalau rakyat tersalah beri kuasa kepada orang yang tak bertanggungjawab.
Pak Cu tak nampak seduit pun, orang macam Khairy nie akan berubah. Sebab utama Pak Cu kata macam tu adalah bila mana beliau berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya yang utama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak akan peduli samada cara itu halal atau haram asalkan cita-citanya tercapai. Amat menyedihkan bila rakyat terpedaya dengan tipu muslihat orang seperti Khairy dan Anwar, seterusnya melantik mereka sebagai pemimpin no. 1 kita. Jika Khairy benar-benar ikhlas, beliau sepatutnya memberi ruang kepada orang yang secara nyatanya menjadi pilihan diperingkat bawahan. Beliau patut berundur secara "gentleman" setelah ditolak oleh akar umbi. Walau bagaimana pun beliau memilih untuk membuktikan kepada khalayak bahawa beliau mempunyai persamaan dengan sikap buruk guru beliau Anwar berahim, iaitu sikap tamak kuasa dan tidak mempunyai kesabaran untuk naik dalam arena politik Malaysia.
Secara peribadi, memang diakui kedua-dua makhluk ini mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin jika sikap paling buruk mereka dapat dibuang iaitu tamak dan gila kuasa. Tambah memburukkan keadaan bila ditambah dengan sikap sombong dan bongkak serta merasakan diri sebagai manusia paling bijak di dunia.
Oleh itu Pak Cu meminta disini, ayuh! marilah kita sama-sama berfikir, layakkah manusia seperti Khairy Jamaluddin dibiar berkuasa dan mengumpul pengaruh di dalam UMNO. Fikir-fikirlah sendiri....

Saturday, March 28, 2009

Gerakan Memulihkan UMNO

Wakil-wakil kepada ahli UMNO (tidak layak untuk menyebut ahli UMNO secara keseluruhan, kerana ada perwakilan yang telah mengkhianati amanah) telah pun membuat pilihan mereka bagi memilih pemimpin yang akan menjadi pengerak dalam memulihkan UMNO. Riaksi yang diterima pada peringkat bawahan bercampur-campur. Secara kesimpulannya dari pandangan Pak Cu, pilihan yang dibuat adalah sederhana. Dari segi bintangnya, Pak Cu hanya bagi 3 bintang saja.
Calon bagi 3 jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden adalah dikalangan yang terbaik pada pandangan Pak Cu. Cuma bagi Pak Cu, Datuk Zahid sahaja yang agak boleh dipertikaikan kerana sejarah silam beliau yang dilihat sebagai kroni Datuk Seri Anwar. Walau bagaimana pun, beliau telah memulihkan kepercayaan ahli setelah bertindak sebagai "Master Mind" dalam jatuhnya kerajaan ala komunis di Perak.
Pemilihan Datuk Seri Hisham dilihat sebagai tepat pada masanya bagi mengimbangi perjuangan Pergerakan Pemuda setelah sayap UMNO menghalalkan kepimpinan rasuah. Sudah pasti suara Datuk Seri Hisham masih kuat dalam pergerakan itu, setidak-tidaknya dapat menambah sedikit keyakinan generasi muda terhadap UMNO.
Datuk Seri Shafie dilihat sebagai penghubung antara UMNO Sabah dan Semenanjung. Sepatutnya sejak dulu lagi satu kerusi Naib Presiden patut dikosongkan bagi diisi oleh pemimpin dari Sabah agar tidak kelihatan seakan-akan UMNO Sabah dipinggirkan. Budaya memilih satu kerusi Naib Presiden bagi UMNO Sabah patut diteruskan bagi menjaga keharmonian di dalam UMNO.
Bagi jawatan Ketua Wanita pula, Pak Cu sependapat dengan Tun Dr. Mahathir bahawa kedua-dua calon tidak sesuai. Yang menjadi masalahnya, tak ada pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang boleh ditonjolkan serta mempunyai kekuatan sendiri hingga melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Suasana kepimpinan wanita amat berbeza sekali semasa Tan Sri Rafidah mula-mula mengambil alih kepimpinan pergerakan itu pada 1984. Kewibawaan Rafidah begitu menonjol sekali ketika itu. Walau bagaimana pun prestasi beliau amat merosot sekali mungkin kerana memegang jawatan tersebut terlalu lama.
Bagi kepimpinan Pergerakan Pemuda pula, amat menyedihkan. Ini menjadi sejarah hitam sepanjang keujudan sayap UMNO itu apabila dengan rela hatinya menggadai maruah dan harga diri dengan melantik seorang pemimpin yang didapati bersalah dengan gejala rasuah. Pak Cu tak mahu menuduh keterlaluan kerana boleh jadi keputusan tersebut telah dimanipulasikan. Jika benar keputusan itu dimanipulasikan, mereka yang terlibat dengan kerja keji tersebut patut dihina sehina-hinanya oleh anak cucu kita jika orang melayu merempat ditanah air mereka. Yang nyatanya orang yang terpilih itu sendiri tidak dapat melarikan diri dari penghinaan ini. Mungkin kecelakaan menimpa Pergerakan Pemuda UMNO akibat badi keceluparan Karpal Singh.
Bagi jawatan Majlis Tertinggi pula, pada pengamatan Pak Cu, terdapat beberapa orang yang sememangnya tidak layak menjawat jawatan tersebut terutama mereka yang dikaitkan dengan kem Datuk Seri Abdullah.

Friday, March 27, 2009

UMNO Patah Sayap

Kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yasin sedikit sebanyak mengubati luka ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan yang ingin melihat UMNO kembali bersih dan kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Peristiwa hitam sehari sebelumnya amat menguris hati dan perasaan mereka apabila amanah yang diserahkan kepada ketua-ketua mereka telah dikhianat dengan cara begitu hina sekali. Dari pengamatan Pak Cu, sekurang-kurangnya 40% dari bahagian-bahagian UMNO dipimpin oleh mereka yang tidak berakhlak terutamanya pemimpin-pemimpin muda. Peratusan ini adalah suatu angka yang amat membimbangkan dan ianya menjadi bukti jelas kepada semua ahli UMNO mengapa rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Jika beginilah kualiti kepimpinan muda yang terdapat di dalam UMNO, maka tidak hairanlah mengapa generasi muda tidak berminat untuk mendekati UMNO. Buatlah seberapa banyak post-mortem sekalipun, jika kita gagal untuk mengakui kelemahan nyata ini, segala usaha untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk mendampingi UMNO akan menjadi usaha yang sia-sia.

Pada pendapat Pak Cu, usaha pemulihan yang terbaik bagi menyelamatkan UMNO adalah mengantung keahlian mereka ini. Tindakan pengantungan ini hendaklah disegerakan walaupun terdapat kemungkinan golongan ini akan melompat parti dan UMNO akan kehilangan kerusi di Parlimen. Jika tiada tindakan segera diambil, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan UMNO mungkin akan sampai ke tahap yang tidak boleh dirawat lagi. Pak Cu yakin setelah kudis-kudis ini diubati, pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah berdepan dengan situasi yang sama semasa krisis 1987 dan 1998 seperti Datuk Seri Najib sendiri dan Tan Seri Muhyiddin dapat bersama-sama memulihkan semula sokongan rakyat terhadap UMNO.

UMNO umpama burung yang patah sayap. Pembedahan segera perlulah dijalankan segera sebelum terlambat.