Monday, March 30, 2009

Bila Sembahyang Pun DiPolitikkan

Pak Cu kadang -kadang tak paham dengan orang PAS. Habis semua benda nak dipolitikkan. Sampai orang dia boleh jadi imam pun nak dipolitikkan jugak. Tak tau la sah ka dak sembahyang tu. Apa yang ustaz Pak Cu ajaq, kalau nak sembahyang tu, jangan la sebab nak riak atau menunjuk-nunjuk. Sembahyang nie kena ikhlas, sebab masa tu kita tengah mengadap Allah. Pak Cu tak caya seduit pun kalau Nizar kata dia kusyuk masa jadi imam tu. Kalau tidak takkan bersungguh sangat nak jadi imam time orang besaq UMNO ada situ, nak-nak lepas penamaan calon. Tak leh tunggu masa lain ka, idak pun pi la jadi imam kat masjid lain.

Nielah benda yang paling Pak Cu meluat dengan PAS. Gunakan agama untuk kepentingan diri. Habis digadainya agama. Seburuk-buruk orang UMNO dok jual beli undi, lagi hina kalau kita dok jual agama. Kalau tunggang tonggek dok sembahyang pun, tapi tujuannya nak menunjuk-nunjuk kat orang, tak guna jugak. Dalam sembahyang nie, syarat yang pertama kena niat, tapi kalau awai-awai sekali dah niat nak tunjuk kat orang kata bakal TPM pun jadi makmum kita, tuhan saja la yang tau sembahyang tu sah ka dak.

P/S : SALAH TETAP SALAH, KHIRY MESTI LETAK JAWATAN. KITA TAK BOLEH MENERIMA SEORANG PESALAH RASUAH SEBAGAI PEMIMPIN KITA ATAS DASAR UNTUK MENJAGA PERPADUAN PARTI. PERLANTIKAN DATUK RAZALI SEBAGAI PEMANGKU ADALAH SEBAIK-BAIKNYA UNTUK MENJAGA PERPADUAN PARTI KERANA PENGIKUT KETIGA-TIGA CALON KETUA PEMUDA DAPAT MENERIMA BELIAU. BUANG YANG KERUH (KHAIRY) AMBIL YANG JERNIH (RAZALI)

Pengiraan Undi

Kawan Pak Cu tanya, "Apakah kaedah terbaik bagi mengelak penipuan semasa proses pengiraan undi?". Beliau mempertikai masa yang diambil untuk proses pengiraan undi bagi jawatan Ketua Pemuda. Dia kata susah sangat ka nak kira 1 sampai 790. Dia kata lagi paling bangsat pun 1 minit, 30 helai kertas boleh dikira oleh seseorang. Kalau sorang tu saja tolong kira, 1/2 jam siap kira semua. Kalau nak kira 790 helai kertas ambik masa sampai 6 jam atau 360 minit, lagi baguih suruh budak tadika kira...."saaatuuuuuu... duuuuaaaaa...... tiiiiiigaaa..... emmmmpat...... liiiiima..... eeeeeenam...... tuuuuuujuh....... laaaaaapan...... semmmbiiilan.... seepuluh" pas tu letak satu tempat. Pas tu kira lagi sepuluh dan seterusnya. Pak Cu kata balik kat dia.."Tu la...Tun suruh belajaq sains dan matematik dalam bahasa inggeris hampa tak mau..la nie....nak mengira pun ambik masa berjam-jam"
Bila masa yang diambik untuk mengira tu terlalu panjang dalam menentukan suatu keputusan yang amat penting, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan. Lepas tu macam-macam la habaq angin timbui. Ada yang kata lampu padam la malam tu, pas tu ada kata ada orang bawak masuk makanan (sekali kertas undi tipu) dalam dewan semasa proses pengiraan dan macam-macam hal. Pak Cu tak mau nak salah orang yang mempertikaikan keputusan tu, sebab kalau Pak Cu dok situ pun Pak Cu jadi ragu-ragu jugak.
Jadi jalan penyelesaian terbaik dimasa depan, apa kata pihak urusetia lantik mana-mana firma audit yang bertauliah macam PriceWaterhouseCoopers (PWC) tolong kira. Ya la, nak pilih Artis Popular pun pakai firma audit, takkan nak pilih ketua kita yang kemudiannya menentukan hala tuju negara nak dibuat sebarang. Kalau nak kena bayaq, kita pakat bayaq. Yang penting keputusan tu sah dan tak diragui.
Kalau idak pun kita undi pakai angkat tangan macam dulu-dulu. Masa tu baru kita buleh nampak muka dengan jelas sapa yang hipokrit.

Sunday, March 29, 2009

Khairy Jamaluddin Dari Kacamata Pak Lah

Pak Cu tepuk dahi bila baca pendapat Pak Lah tentang menantunya Khairy. Pak Lah kata "Khairy Jamaluddin perlu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebelum semua pihak boleh menghukum kepemimpinan Ketua Pemuda itu.". Pak Lah tambah lagi, "Adalah perkara biasa ada orang suka dan tidak suka apabila kita dilantik... terpulang kepada Khairy selepas ini untuk menentukan apa akan berlaku selepas ini". Komen Pak Lah yang nie yang paling best. Pak Lah kata "Situasi yang dialami Khairy hampir sama dengan saat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Timbalan Perdana Menteri) memenangi jawatan Ketua Pemuda sebelum ini".
Nielah pendapat yang paling Pak Cu setuju dan sealiran dengan Pak Lah. Menyamakan si Khairy dengan Anwar. Orang dah dok cerita pasai persamaan antara Khairy dengan Anwar, bak kata Tun "...dah lama dah". Banyak persamaan antara kedua-dua makhluk nie. Antaranya.... :-
1. Kedua-duanya bercita-cita nak jadi Perdana Menteri termuda.
2. Kedua-duanya pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO.
3. Kedua-dua tak suka kat Tun.
4. Kedua-dua tak sokong pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Ingeriss (sebab idea Tun.)
5. Kedua-dua lahir pada tanggal 10 (Anwar - 10/8/1947; Khairy - 10/1/1976)
6. Kedua-dua adalah pengamal politik wang dan kroni.
7. Kedua-dua adalah penyanggak serta penyamun duit rakyat.
8. Kedua-duanya tak berapa disenangi oleh pak mentua masa nak meminang anak depa, tapi lepas tu tukaq jadi menantu kesayangan.
9. Kedua-dua tak suka kalah dan akan menipu kalau rasa diri nak kalah.
10. Kedua-dua kentut bau busuk....he...he...hee
Bila orang lain yang bercakap, mungkin rakyat susah sikit nak percaya. Tapi bila pak mentua sendiri yang cakap, dah tentu pak mentua lebih mengenali menantu. Cuba kita pikiaq, kita mau ka lihat sorang lagi Anwar lahir dalam UMNO? Lihat bagaimana Anwar cuba menghancurkan UMNO apabila beliau ditolak dari parti. Dengan memberi orang sebegini sedikit kuasa, maka beliau akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang sedikit itu untuk mencari pengaruh. Bila pengaruhnya makin kuat, mereka akan menjadi tamak kuasa. Bila kekuasaan dah terlampau banyak, mula la depa nak menyalahgunakan kuasa yang diberi. Ketika itu kepentingan peribadi mengatasi semuanya. Mereka akan mempergunakan rakyat sepenuhnya untuk melindungi kuasa yang berada ditangan mereka. Inilah akibatnya kalau rakyat tersalah beri kuasa kepada orang yang tak bertanggungjawab.
Pak Cu tak nampak seduit pun, orang macam Khairy nie akan berubah. Sebab utama Pak Cu kata macam tu adalah bila mana beliau berusaha sedaya upaya untuk mencapai cita-citanya yang utama iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau tidak akan peduli samada cara itu halal atau haram asalkan cita-citanya tercapai. Amat menyedihkan bila rakyat terpedaya dengan tipu muslihat orang seperti Khairy dan Anwar, seterusnya melantik mereka sebagai pemimpin no. 1 kita. Jika Khairy benar-benar ikhlas, beliau sepatutnya memberi ruang kepada orang yang secara nyatanya menjadi pilihan diperingkat bawahan. Beliau patut berundur secara "gentleman" setelah ditolak oleh akar umbi. Walau bagaimana pun beliau memilih untuk membuktikan kepada khalayak bahawa beliau mempunyai persamaan dengan sikap buruk guru beliau Anwar berahim, iaitu sikap tamak kuasa dan tidak mempunyai kesabaran untuk naik dalam arena politik Malaysia.
Secara peribadi, memang diakui kedua-dua makhluk ini mempunyai kewibawaan sebagai pemimpin jika sikap paling buruk mereka dapat dibuang iaitu tamak dan gila kuasa. Tambah memburukkan keadaan bila ditambah dengan sikap sombong dan bongkak serta merasakan diri sebagai manusia paling bijak di dunia.
Oleh itu Pak Cu meminta disini, ayuh! marilah kita sama-sama berfikir, layakkah manusia seperti Khairy Jamaluddin dibiar berkuasa dan mengumpul pengaruh di dalam UMNO. Fikir-fikirlah sendiri....

Saturday, March 28, 2009

Gerakan Memulihkan UMNO

Wakil-wakil kepada ahli UMNO (tidak layak untuk menyebut ahli UMNO secara keseluruhan, kerana ada perwakilan yang telah mengkhianati amanah) telah pun membuat pilihan mereka bagi memilih pemimpin yang akan menjadi pengerak dalam memulihkan UMNO. Riaksi yang diterima pada peringkat bawahan bercampur-campur. Secara kesimpulannya dari pandangan Pak Cu, pilihan yang dibuat adalah sederhana. Dari segi bintangnya, Pak Cu hanya bagi 3 bintang saja.
Calon bagi 3 jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden adalah dikalangan yang terbaik pada pandangan Pak Cu. Cuma bagi Pak Cu, Datuk Zahid sahaja yang agak boleh dipertikaikan kerana sejarah silam beliau yang dilihat sebagai kroni Datuk Seri Anwar. Walau bagaimana pun, beliau telah memulihkan kepercayaan ahli setelah bertindak sebagai "Master Mind" dalam jatuhnya kerajaan ala komunis di Perak.
Pemilihan Datuk Seri Hisham dilihat sebagai tepat pada masanya bagi mengimbangi perjuangan Pergerakan Pemuda setelah sayap UMNO menghalalkan kepimpinan rasuah. Sudah pasti suara Datuk Seri Hisham masih kuat dalam pergerakan itu, setidak-tidaknya dapat menambah sedikit keyakinan generasi muda terhadap UMNO.
Datuk Seri Shafie dilihat sebagai penghubung antara UMNO Sabah dan Semenanjung. Sepatutnya sejak dulu lagi satu kerusi Naib Presiden patut dikosongkan bagi diisi oleh pemimpin dari Sabah agar tidak kelihatan seakan-akan UMNO Sabah dipinggirkan. Budaya memilih satu kerusi Naib Presiden bagi UMNO Sabah patut diteruskan bagi menjaga keharmonian di dalam UMNO.
Bagi jawatan Ketua Wanita pula, Pak Cu sependapat dengan Tun Dr. Mahathir bahawa kedua-dua calon tidak sesuai. Yang menjadi masalahnya, tak ada pemimpin Pergerakan Wanita UMNO yang boleh ditonjolkan serta mempunyai kekuatan sendiri hingga melayakkan mereka memegang jawatan tersebut. Suasana kepimpinan wanita amat berbeza sekali semasa Tan Sri Rafidah mula-mula mengambil alih kepimpinan pergerakan itu pada 1984. Kewibawaan Rafidah begitu menonjol sekali ketika itu. Walau bagaimana pun prestasi beliau amat merosot sekali mungkin kerana memegang jawatan tersebut terlalu lama.
Bagi kepimpinan Pergerakan Pemuda pula, amat menyedihkan. Ini menjadi sejarah hitam sepanjang keujudan sayap UMNO itu apabila dengan rela hatinya menggadai maruah dan harga diri dengan melantik seorang pemimpin yang didapati bersalah dengan gejala rasuah. Pak Cu tak mahu menuduh keterlaluan kerana boleh jadi keputusan tersebut telah dimanipulasikan. Jika benar keputusan itu dimanipulasikan, mereka yang terlibat dengan kerja keji tersebut patut dihina sehina-hinanya oleh anak cucu kita jika orang melayu merempat ditanah air mereka. Yang nyatanya orang yang terpilih itu sendiri tidak dapat melarikan diri dari penghinaan ini. Mungkin kecelakaan menimpa Pergerakan Pemuda UMNO akibat badi keceluparan Karpal Singh.
Bagi jawatan Majlis Tertinggi pula, pada pengamatan Pak Cu, terdapat beberapa orang yang sememangnya tidak layak menjawat jawatan tersebut terutama mereka yang dikaitkan dengan kem Datuk Seri Abdullah.

Friday, March 27, 2009

UMNO Patah Sayap

Kemenangan Tan Sri Muhyiddin Yasin sedikit sebanyak mengubati luka ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan yang ingin melihat UMNO kembali bersih dan kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Peristiwa hitam sehari sebelumnya amat menguris hati dan perasaan mereka apabila amanah yang diserahkan kepada ketua-ketua mereka telah dikhianat dengan cara begitu hina sekali. Dari pengamatan Pak Cu, sekurang-kurangnya 40% dari bahagian-bahagian UMNO dipimpin oleh mereka yang tidak berakhlak terutamanya pemimpin-pemimpin muda. Peratusan ini adalah suatu angka yang amat membimbangkan dan ianya menjadi bukti jelas kepada semua ahli UMNO mengapa rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.

Jika beginilah kualiti kepimpinan muda yang terdapat di dalam UMNO, maka tidak hairanlah mengapa generasi muda tidak berminat untuk mendekati UMNO. Buatlah seberapa banyak post-mortem sekalipun, jika kita gagal untuk mengakui kelemahan nyata ini, segala usaha untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk mendampingi UMNO akan menjadi usaha yang sia-sia.

Pada pendapat Pak Cu, usaha pemulihan yang terbaik bagi menyelamatkan UMNO adalah mengantung keahlian mereka ini. Tindakan pengantungan ini hendaklah disegerakan walaupun terdapat kemungkinan golongan ini akan melompat parti dan UMNO akan kehilangan kerusi di Parlimen. Jika tiada tindakan segera diambil, keadaan akan menjadi bertambah buruk dan UMNO mungkin akan sampai ke tahap yang tidak boleh dirawat lagi. Pak Cu yakin setelah kudis-kudis ini diubati, pemimpin-pemimpin veteran UMNO yang pernah berdepan dengan situasi yang sama semasa krisis 1987 dan 1998 seperti Datuk Seri Najib sendiri dan Tan Seri Muhyiddin dapat bersama-sama memulihkan semula sokongan rakyat terhadap UMNO.

UMNO umpama burung yang patah sayap. Pembedahan segera perlulah dijalankan segera sebelum terlambat.