Monday, June 15, 2009

Anwar Dan Nik Aziz

Siapa tidak kenal kedua-dua nama besar di atas. Kedua-dua nama tersebut menjadi idola kepada para pengikut mereka. Pak Cu pernah bekerja secara tidak langsung dengan Nik Aziz semasa Pak Cu bertugas di Kelantan. Secara peribadi, Pak Cu amat menyenangi cara pembawakan Nik Aziz. Seorang manusia yang penuh kesederhanaan. Jika pemimpin UMNO mempunyai perwatakan sedemikian, Pak Cu yakin, mati hidup balik pun orang melayu tak akan tolak UMNO. Sebab tu, ramai orang bercakap, UMNO tak akan berjaya ambil balik Kelantan selagi Nik Aziz menjadi MB.

Tapi, itu semua dulu punya cerita. Masa tu Nik Aziz masih kuat. Pemikiran beliau juga masih sihat. La nie beliau dah dimamah usia. Kerja keluaq masuk hospital. Pak Cu masih ingat bagaimana penyokong PAS kata Tun M nyayok dan patut mengundur diri. Pak Cu rasa, la nie dah sampai giliran Nik Aziz pulak jadi nyayok dan patut melepaskan jawatan. Ini kerana, manusia yang nyayok mudah ditipu oleh orang-orang yang berhati busuk. Ya la, perbezaan umur antara Tun Mahathir dengan Nik Aziz pun dalam 6 tahun, jadi elok benar la tu, Tun Mahathir letak jawatan ketika umur beliau 78 tahun dan pada tahun ini pun usia Nik Aziz jugak dah masuk 78 tahun. Takkan nak tunggu umoq 100 tahun baru nak berundur.

Pak Cu ingat lagi, Nik Aziz pernah suruh Tun M letak jawatan dan bagi kat orang muda. Jadi, dah samapai masa beliau pulak lakukan apa yang beliau kata kat Tun M. Ini demi kebaikan beliau jugak. Sebelum beliau meraban lebih teruk, dan mengikis rasa hormat masyarakat kat beliau, elok sangat la beliau letak jawatan. Setidak-tidaknya Tun M letak jawatan, parti yang dipimpin beliau dalam keadaan kuat. Jadi sebelum PAS jadi lintang pukang akibat mulut Nik Aziz, beliau patutlah diganti. Sekaranglah masa paling sesuai untuk beliau berbuat demikian kerana para penyokong PAS melihat parti mereka sekarang sudah perkasa.

Bila Nik Aziz cerita pasai "boneka UMNO dalam PAS", Pak Cu teringin nak tanya beliau, mana lebih baik jadi "boneka UMNO" daripada jadi "Boneka DAP". Setidak-tidaknya UMNO dipimpin oleh pemimpin beragama islam. DAP dah tentu-tentu dipimpin oleh kafir harbi. Jujurlah, sampai bila kita nak menidak benda yang dah nyata. Kita boleh menafi seberapa banyak pun, kita boleh menipu seberapa ramai orang sekali pun, tapi, kita tak boleh nak tipu Allah. Allah tahu apa yang berlaku dalam kerajaan sementara PAS di Perak, Allah jugak tahu macam mana PAS dicucuk hidung oleh DAP dan PKR. Yang menyedihkan Nik Aziz masih cuba untuk menidak semua itu. Beliau cuba memekak dan mentulikan telinga beliau bagi menafikan bagaimana DAP mempengaruhi PAS.

Selama ini Pak Cu tak pernah mengkritik Nik Aziz atas dasar hormatnya Pak Cu kepada beliau. Tapi apabila beliau dengan jelas mengeluarkan kenyataan yang secara jelasnya bertentangan dengan suruhan agama, Pak Cu tak boleh terima. Ini kerana islam dengan jelas mahukan umatnya bersatu padu dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Beliau sepatutnya tidak besikap prejudis terhadap pemimpin UMNO sebagaimana beliau tidak bersikap demikian terhadap DAP dan PKR. Jika beliau berpendapat kerjasama PAS dengan UMNO akan memberi keuntungan terhadap UMNO, beliau juga sepatutnya mempunyai pendapat yang sama bila PAS hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Adalah mustahil DAP dan PKR tidak mempunyai apa-apa kepentingan bila mereka bekerjasama dengan PAS. DAP dan PKR tahu, jika mereka ingin memerintah, mahu tidak mahu, mereka terpaksa berbaik dengan PAS. Tetapi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, mereka bukan sahaja dapat memerintah, malah, mereka berupaya membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan lebih memberi manfaat kepada rakyat. Jika PAS boleh berkompromi dalam menegakkan ideologi mereka bila duduk sebumbung dengan DAP dan PKR, mengapa tidak mereka lakukan perkara yang sama bila bekerjasama dengan UMNO?

Lagi satu perkara yang menarik diperkataka adalah suara sumbang Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Bagi Pak Cu, orang macam Anwar tidak diperlukan dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi diangkat sebagai pemimpin nombor satu. Beliau lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kebaikkan. Tempat paling sesuai untuk beliau adalah di Taiping.

Walau bagaimana pun memang itulah yang dihajati Anwar. Bila beliau ditahan ISA, semua mata tidak lagi terarah kepada kes liwat beliau. Malah, beliau akan dilimpahi dengan rasa simpati orang ramai. Maka mudahlah bagi beliau menyatakan bahawa beliau diainaya jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dalam kes liwat beliau. Oleh itu, beliau akan terus menerus meniup api perkauman walaupun beliau tahu, perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

Saturday, June 6, 2009

Cerita Disebalik Kemenangan Ust. Nasharuddin

Muktamar PAS ke-55 mencatat sejarah apabila seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan khusus bagi mengetahui siapa yang akan dilantik kejawatan tertinggi dalam PAS. Apa yang dapat kita lihat bukanlah persaingan antara ahli PAS sahaja malah melibatkan sejauh mana pengaruh luar dapat menentukan hala tuju PAS.

Memang dapat dilihat dengan jelas, bagaimana sejak PAS menyertai Pakatan Pembangkang, suara PAS bolehlah dianggap sebagai suara kelas ketiga di dalam Pakatan tersebut. Suara para ulama PAS sendiri terpaksa diperlahankan bila dikaitkan dengan hukum islam terutamanya hukum hudud, bagi menjaga hati teman sebantal mereka iaitu DAP. Keadaan ini menimbulkan rasa yang amat tidak disenangi oleh segelintir ulama dalam PAS yang benar-benar meletakkan syariat islam sebagai asas perjuangan mereka. Dengan kehadiran begitu ramai golongan yang mengelar diri mereka sebagai "Profesional", arah tuju perjuangan PAS semakin jauh terpesong. Apabila tampuk kekuasaan semakin dekat dengan mereka, segala hukum hakam diletak ditempat lebih bawah. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa.

Melihat kepada penyakit gila kuasa yang begitu kuat menular, para ulama sebenar didalam PAS merasakan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membetulkan hala tuju mereka. Jika keadaan ini terus dibiar, tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Sebab itulah golongan ulama ini dengan jelas menasihati ahli-ahli PAS supaya memilih mereka yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi untuk diangkat sebagai pemimpin.

Kita semua dapat lihat, sokongan orang islam (majoriti orang melayu) terhadapat PAS semakin merosot. Kekuatan sebenar dalam pakatan pembangkang adalah sokongan kaum lain, terutamanya kaum cina dan india. Ini sudah tentu tidak memberi kelebihan kepada PAS. Dapat dilihat dengan jelas, penglibatan PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR. Ahli-ahli PAS begitu mengetahui kelemahan dan kelebihan UMNO kerana persaingan antara kedua-duanya belarutan sejak PAS ditubuhkan pada 4 April 1956. Walau bagaimana pun, PAS tidak pernah bersaing dengan musuh politik seperti PKR. Mereka tidak mengetahui betapa liciknya pemimpin-pemimpin PKR. Jika mereka benar-benar mengenali PKR, sudah pasti mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan UMNO berbanding PKR.

Untuk melihat betapa liciknya PKR, kita patut tanya diri kita dengan ikhlas satu soalan dan kita jawablah dengan ikhlas. Soalannya, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang Berjaya Memenangi Pilihanraya ke-13? Adakah pemimpin utama PAS, DAP atau PKR? Jika pemimpin DAP yang dilantik, mahukah kita dipimpin oleh mereka yang bukan beragama islam? Jika pemimpin PKR pula dilantik, dimana letaknya maruah PAS kerana terpaksa menerima pemimpin sebuah parti politik yang ditubuh setelah genap 46 tahun PAS ditubuhkan. Disinilah letaknya kelicikan pemimpin PKR. Walaupun PKR baru ditubuhkan, mereka berupaya menonjolkan imej PKR seolah-olah PKR adalah tunjang kepada pakatan pembangkang.

Untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia dimana letaknya kedudukan sebenar PKR, cuba kita bayangkan sebuah pilihanraya bebas yang ditanding setiap parti politik yang ada di Malaysia. UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR dan lain-lain bertanding dan diadili oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi. Sudah pasti UMNO dan PAS berupaya menduduki 3 tempat yang teratas jika mereka bertanding atas kekuatan dan sokongan terhadap parti masing-masing. Dan suatu kepastian semua calon PKR akan hilang wang pertaruhan kecuali di Permatang Pauh (Permatang Pauh pun PKR tak akan menang, sekadar dapat mengelak dari hilang wang pertaruhan) kerana selama ini sokongan yang diperolehi oleh PKR datangnya dari penyokong PAS dan DAP.

Jadi kepada penyokong PAS, bak kata Nabil ...... Lu pikir la sendiri

Wednesday, June 3, 2009

Nasihat Ikhlas Buat UMNO

Pak Cu tak tau macam mana nak luahkan rasa kecewa melihat sikap segelintir pemimpin UMNO yang masih tak sedar diri. Dah macam-macam rasa meluat dan menyampah rakyat ditunjukkan, tetapi pemimpin-pemimpin tersebut terus-terusan dengan sikap buruk mereka. Sikap buruk yang Pak Cu nak tekankan kat sini adalah, sikap meletak kepentingan diri melebihi kepentingan parti.

Mereka sepatutnya sedar, UMNO masih lagi berada di dalam wad ICU. Memerlukan pengawasan teliti jika kita mahu ianya terus hidup dan bernyawa. Jika kita terus berpecah belah, maka boleh la kita pakat-pakat tolong kupas bawang untuk buat kenduri arwah. Tu pun kalau masih ada rasa kasih terhadap parti. Jika kita masih nak buat kenduri arwah. Kalau dah tak boleh sangat nak dok semeja dan bermaufakat, Lempar saja UMNO dalam laut, biaq dia tenggelam tanpa nisan. Senang, tak payah buat kenduri.

Nie baru dok cerita pasai UMNO, yakni salah satu parti komponen Barisan Nasional. Kita belum cerita pasai perpaduan dalam BN. Kalau dah dalam UMNO, parti yang menjadi jantung dalam BN sendiri pun masih dok bebalah sesama sendir, apa lagi yang boleh kita harapkan dalam BN. Nie masalah jika kita pilih pemimpin main tangkap muat saja.

Apa yang berlaku di Terangganu dan Perlis amat menyedihkan. Kalau Terengganu boleh tahan bekira sikit, nie Perlis, negeri yang sebesaq buah nyoq pun pakat nak berebut kuasa. Tambah memburukkan keadaan ada yang sampai main ugut-ugut nak join pembangkang. Apa nie? Dah nak ikut perangai Kayveas. Tak payah nak dok ugut-ugut la. Hampa nak pi join pembangkang, pi la. UMNO pun tak hingin dipimpin oleh orang jenis nie. Kerja dok main bangsawan. Pi la pakat ampu Anwar.

Puak-puak nie patut ingat, kalau tak disebabkan UMNO, tak dak sapa kenai depa. Sepatutnya semua ahli UMNO berganding bahu mengubati penyakit kronik UMNO nie. Yang mana yang dah terlepas kuasa, jangan merajuk. Kalau tau mau tolong pun, jangan tambah penyakit. Bagi yang dapat kuasa pulak, jangan pulak berdendam. Mana-mana ahli yang berwibawa, walaupun orang tu lawan kita, ambik hati dia biaq dia boleh terus menyumbang tenaga menguatkan UMNO.

Patutnya semua orang UMNO pi serang pembangkang. Bukan pakat serang sesama sendiri. Sebab tu UMNO dah makin nak lingkup. SEDIH....SEDIH.....SEDIH.