Tuesday, April 27, 2010

Bila Zaid Dan Anwar Bercakap Tentang Rasuah Politik

Calon berpengalaman dari PKR, Datuk Hj. Zaid Ibrahim dan Anwar memberitahu semua orang bahawa kekalahan mereka di Hulu Selangor adalah disebabkan oleh majoriti orang Hulu Selangor mengundi BN disebabkan mereka mengambil rasuah dari BN. Jika pengundi-pengundi di Hulu Selangor tidak mengamalkan budaya rasuah, pembangkang pasti menang pilihanraya kecil ini.

Untuk makluman, kedua-dua nama di atas adalah manusia yang paling tidak layak untuk bercakap tentang politik wang. Jika ditanya ketua-ketua bahagian UMNO diera Anwar berjuang didalam UMNO, mereka lebih maklum siapa Anwar. Anwar naik dalam UMNO ibarat roket DAP memintas nama-nama besar lain dalam UMNO. Adakah ini disebabkan oleh kewibawaan beliau? Jika anda berpendapat demikian, sila fikir sekali lagi. Cari balik orang-orang lama UMNO. Tanya mereka bagaimana Anwar sogok mereka dengan kemewahan ketika beliau menaiki tangga kepimpinan dalam UMNO.

Dan, jika pembaca semua masih tidak yakin, anda boleh cari pemimpin-pemimpin lama di Sabah pada era PBS. Tanya mereka bagaimana Anwar memainkan peranan merampas Sabah dari PBS. Ini budaya baru dalam UMNO ketika itu yang dibawa masuk oleh Anwar ke dalam UMNO. Jika ada perbuatan tersebut sebelum ini, ia hanya sekadar hadiah penginapan hotel dan makan malam ketika adanya Persidangan Agung UMNO. Bila Anwar masuk UMNO, wang ringgit mula berlegar dikalangan mereka yang menyokong beliau. Bukan sedikit, malah mencapai ratusan ribu ketika itu. Ini belum dikira 'Pink Form' saham yang diberikan kepada mereka yang menjadi panglima disekeliling beliau.

Kes Zaid Ibrahim pula tidak perlu diperjelaskan. Beliau adalah antara mereka yang didapati bersalah dengan amalan politik wang dalam UMNO. Beliau cuba menafi dengan berbagai alasan, tetapi mengapa perkara tersebut tidak ditimbulkan semasa beliau didakwa. Untuk penjelasan, pembaca semua boleh bertanya kepada orang lama UMNO dibahagian Kota Bharu. Mereka lebih arif, siapa Zaid Ibrahim. Tanyalah broker-broker beliau di Kota Bharu berapa banyak wang peribadi yang beliau tabur untuk memenangi kerusi parlimen Kota Bharu.

Satu sikap mulia Zaid Ibrahim adalah beliau seorang yang kaya dan tidak kedekut. Pak Cu tidak sabar untuk melihat pertembungan antara Zaid Ibrahim dengan Azmin bagi merebut Timbalan Presiden PKR nanti. Pak Cu amat yakin, Zaid dapat menumbangkang Azmin dengan mudah sekali. Lihatlah nanti bagaimana Zaid menabur duit untuk memperolehi undi melayu bagi memenangi jawatan tersebut. Azmin pun kaya, tetapi kedekut. Beliau tidak mampu menandingi Zaid dari sudut murah hati.

Untuk makluman, kepada yang tidak tahu, mengapa BN gagal memperolehi majoriti yang lebih tinggi di Hulu Selangor? Ini bukan kerana undi masyarakat Cina semata-mata. Semua orang tahu, pemilihan Zaid sebagai calon di Hulu Selangor amat tidak disenangi oleh ahli melayu dalam parti pembangkang di kawasan tersebut. Tetapi dengan kuasa wang yang ada pada tangan beliau, beliau berjaya membeli kekecewaan para penyokong Azmin dan penyokong PAS. Jika tidak disebabkan wang, beliau pasti tewas dengan majoriti melebihi 5,000 undi.

No comments:

Post a Comment