Saturday, April 17, 2010

Nilai Sebuah Prinsip Dan Harga Diri

Dalam suasana politik sekarang, rakyat menjadi pening kepala memikirkan mana satu maklumat atau berita yang hendak dipercayai. Bila ditanya oleh kawan-kawan macam mana kita nak pastikan sesuatu berita atau perkhabaran itu betul atau tidak, Pak Cu jawap mudah, balik kepada pesanan orang tua-tua kita. Tengok si penyampai berita itu, kalau sebelum ini beliau pernah menipu kita, jadi setiap benda yang disampaikan jangan terus kita telan bulat-bulat.


Dalam politik Malaysia sekarang ini, manusia yang paling Pak Cu percaya cakapnya adalah Tun M. Tun adalah seorang pemimpin yang sangat berpegang kepada prinsipnya serta amat menjaga maruah dan harga diri beliau. Sebab itu beliau amat dihormati, bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia. Beliau amat terkenal dengan ketegasannya dimana setiap apa yang dituturnya tidak akan dipusing-pusing. Inilah perbezaan ketara cara pentadbiran beliau dengan Pak Lah. Dizaman Pak Lah banyak kes dimana pada hari ini PM beritahu rakyat sesuatu perkara, dan pada keesokan harinya, apa yang berlaku sudah berpusing 180 darjah. Kalau yang berpusing itu memberi kebaikan kepada rakyat, bolehlah diterima akal, tapi kalau menyusah rakyat (cth: kenaikan harga minyak) ia akan menimbul kemarahan rakyat.


Kepimpinan BN sekarang Pak Cu tengok banyak perubahan ke arah kebaikan. Walaupun kadang-kadang ada flip dan flopnya, tetapi ianya tidak membebankan rakyat. Ketegasan masih dikekalkan bila melibatkan kepentingan rakyat. Sebab itu kepimpinan DS Najib semakin boleh diterima oleh semua kaum kerana beliau mendengar keluhan rakyat. Bagi penilaian Pak Cu, untuk sebuah pentadbiran yang berusia 1 tahun, Pak Cu memberi 5 bintang.


Bebalik kepada topik penulisan kali ini, apa yang nak Pak Cu bincangkan adalah kaitan antara prinsip seseorang dengan perbuatan menipu rakyat. Sebab Pak Cu ketengahkan isu ini adalah berpunca dari sembang-sembang kedai kopi antara Pak Cu dengan seorang bekas penyokong UMNO yang kini kuat menyokong Anwar Ibrahim. Beliau begitu marah kepada Pak Cu bila Pak Cu sanggah pendapat beliau supaya semua rakyat Malaysia terutamanya orang melayu patut menyokong usaha Anwar untuk memerangi kepimpinan rasuah. Pak Cu tanya kawan Pak Cu itu, macam mana seorang pengamal rasuah nak memerangi rasuah? Lihat bagaimana Anwar memperkayakan kroni beliau ketika beliau ditampok kuasa?


Beliau berkata Anwar telah insaf sejak beliau keluar dari UMNO. Beliau kini sudah berubah. Dulu niat Anwar masuk UMNO adalah untuk mencuci UMNO dari dalam. Anwar sanggup terjun masuk ke dalam mangkuk tandas untuk mencuci kekotoran. Tetapi beliau gagal malah, beliau sendiri hampir menjadi najis. Itu kata kawan Pak Cu. Pak Cu terus tergelak dengar hujah beliau. Pak Cu jawap balik, kalau kita nak cuci mangkuk tandas, kita kena guna Harpic (pencuci mangkuk tandas). Anwar ibarat tahi cirik, bila kita guna tahi cirik untuk mencuci mangkuk tandas, mangkuk tandas kita tak akan cuci, malah lagi kotor dan busuk, bak kata orang utara belengas. UMNO jadi belengas dengan najis politik wang bila Anwar masuk UMNO. Tanya pemimpin lama UMNO betul atau tidak, bagaimana Anwar menabur wang ketika beliau hendak bertanding menentang Tun Gaffar untuk jawatan Timbalan Presiden.


Ya, memang benar Anwar telah berubah. Tapi perubahan beliau ke arah keburukan. Manusia hipokrit memang mudah berubah. Beliau boleh jadi imam sembahyang maghrib dan berdansa dengan perempuan ketika waktu isyak. Perubahan Anwar yang paling ketara adalah, semasa beliau bersama ABIM dan UMNO beliau lebih menonjolkan imej islamiknya dan pejuang hak orang melayu. Sebab ketika itu, parti yang dianggotai beliau adalah parti melayu. Pada ketika itu, tokey-tokey cina amat takut jika Anwar jadi Perdana Menteri. Kini, islam dan hak orang melayu bukan keutamaan lagi. Semua itu boleh digadai asalkan beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Hanya satu tabiat buruk yang beliau tak mampu ubah kerana beliau tidak mampu mengawal perkara tersebut. Anwar tidak mampu mengawal nafsu beliau yang rakus. Sebab kerakusan nafsunyalah beliau bertindak menjatuhkan Tun Gaffar sebab tidak sabar hendak memegang jawatan Perdana Menteri. Cubaan beliau untuk menjatuhkan Tun M gagal hingga beliau kehilangan segala-galanya yang sudah hampir dalam genggaman pun disebabkan kerakusan nafsunya juga. Inilah kelemahan ketara yang ada pada mereka yang mengamalkan budaya songsang, dimana nafsu mereka sentiasa menbuak-buak.

Bila Pak Cu sentuh pasai budaya songsang ini, kawan Pak Cu mula panas. Dia kata Pak Cu terpengaruh dengan penipuan dan fitnah Mahathir terhadap Anwar. Maka disinilah Pak Cu mula bercerita tentang prinsip dan harga diri seseorang. Pak Cu kata, Tun adalah seorang yang amat berpegang teguh dengan prinsip dan amat menjaga maruah dan harga dirinya. Pak Cu tak pernah tengok satu bukti pun Tun menipu dalam percakapannya. Jika dibandingkan dengan Anwar, umpama langit dengan bumi. Kes 16 September, janji palsu dengan penduduk Kg. Buah Pala dan banyak lagi penipuan Anwar yang terang lagi bersuluh. Disini saja kita sudah boleh menilai siapa lebih banyak menipu.

Bila bercakap tentang prinsip perjuangan, tiada apa-apa kelebihan pada diri Anwar berbanding Tun. Mengapa tidak Anwar sendiri berucap berkenaan nepotisme dan kronisme dalam UMNO semasa Persidangan Agung UMNO jika beliau benar-benar bejuang atas dasar prinsip. Mengapa beliau harus mengunakan pecacai beliau si Zahid untuk menyuarakan perkara itu? Sebabnya beliau sendiri yang lebih banyak terlibat dalam budaya tersebut. Begitu juga dengan kes keganasan puak yahudi dan campur tangan pihak luar dalam urusan pentadbiran Malaysia. Cuba bagi bukti kepada Pak Cu pernahkah Anwar bersuara lantang mengutuk sebarang kerjasama dengan puak yahudi seperti mana beliau lakukan sebulan dua ini terhadap APCO. Beliau mula lantang bila puak yahudi sudah tidak berapa melayan beliau seperti mana dahulu.

Dalam bahasa mudah, Anwar sanggup menjual prinsip beliau jika perbuatan tersebut boleh membuka jalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri. Ini amat berbeza dengan Tun dimana dari dahulu hingga sekarang beliau lantang menentang sebarang bentuk penindasan sejak zaman apartheid di Afrika Selatan hingga keganasan ketenteraan Amerika di Iraq dan Afghanistan. Beliau tetap lantang walaupun diri beliau dibenci oleh barat dan puak yahudi.

Bila bercakap tentang prinsip, bagi Pak Cu, Karpal Singh lebih tegas berpegang dengan prinsip beliau berbanding Anwar. Karpal tetap dengan pegangan beliau tidak mahu dengan Hukum Hudud, walaupun kini DAP sudah tidur sekatil dengan PAS. Malah bagi Pak Cu, kata-kata Karpal lebih boleh dipercayai berbanding Nik Aziz kerana Nik Aziz kini sudah boleh pusing cakap tentang kerjasama dengan orang bukan islam. Sekejap haram, sekejap halal. Dulu tidak boleh tetapi sekarang boleh.

Oleh itu, dalam kes liwat Anwar, sepatutnya kita lebih boleh mempercayai percakapan Tun berbanding Anwar. Tun tidak akan bercakap tentang sesuatu yang tidak sahih sumbernya. Beliau cukup teliti kerana beliau tahu, jika sumber tersebut tidak benar, dimana beliau hendak letak muka bila berdepan dengan rakyat. Beliau cukup menjaga kepercayaan yang diberi oleh rakyat Malaysia kepada beliau.

No comments:

Post a Comment