Thursday, April 15, 2010

Ayo..yo..Samy...Sekarang Rakyat Banyak Suka Hati

Dalam tulisan Pak Cu sebelum ini, Pak Cu banyak menghentam Samy Vellu. Kali ini Pak Cu kena puji kompromi yang telah beliau beri dalam isu pemilihan calon Hulu Selangor. Walau pun dengan hati yang tidak berapa ikhlas, kita tidak boleh menafikan ada sedikit sebanyak sumbangan Samy Vellu jika BN berjaya memperolehi kemenangan besar pada PRK Hulu Selangor kali ini. Dengan persetujuan beliau dengan bakal calon BN kali ini, beliau dapat mengelak berlakunya pecahan undi kaum India terhadap BN.
Walau bagaimana pun, penghargaan dan pujian tertinggi patut diberikan kepada DS Najib dan TS Muhyiddin dalam ketegasan serta bijak menangani isu pemilihan calon ini menurut kemahuan rakyat. Dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PKR, boleh dikatakan peluang BN untuk menang adalah cerah. Tetapi, seperti mana yang Pak Cu tulis sebelum ini, BN seharusnya tidak mensasarkan sekadar untuk menang, tetapi harus mensasarkan suatu kemenangan besar bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib dan memulihkan kembali semangat ahli-ahli BN.
Dengan terpilihnya P. Kamalanathan sebagai calon BN, beliau mampu mencapai kemenangan dengan majoriti tidak kurang dari 15,000 undi. Mesti ramai yang kata, "Amboih! confident habis orang tua nie...", tapi keyakinan Pak Cu ada asas. Pertama, bersandarkan kebijaksanaan kepimpinan DS Najib dalam menangani krisis ekonomi yang melanda negara semasa beliau mengambil alih tampok kepimpinan negara. Langkah berjimat cermat beliau terutama melibatkan jabatan-jabatan kerajaan, adalah satu langkah bijak walau pun Pak Cu ada dengar sunggutan dari kakitangan kerajaan. Pembangkang juga menggunakan isu ini dengan mengatakan kerajaan Malaysia sudah hampir muflis. Tapi, sekarang kita sudah boleh melihat hasilnya.
Asas kedua adalah, jika dilihat balik keputusan PRU 12 untuk kawasan ini, BN mampu memperolehi majoriti 6,176 undi diperingkat keseluruhan DUN. Faktor ketiga pula adalah berdasarkan suasana perpecahan dalam parti pembangkang dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat walaupun perkara tersebut dinafikan oleh pemimpin mereka. Isu lompat parti terus menjadi igauan buruk kepada parti pembangkang.
Keadaan menjadi lebih buruk kepada pembangkang bila pemimpin idola mereka melakukan satu kesilapan yang besar dengan meletakkan calon yang salah tanpa memberi perhatian terhadap kehendak pengundi terutama dari kalangan penyokong mereka sendiri. Pak Cu pun tidak habis fikir mengapa Anwar membuat keputusan tersebut. Boleh jadi pemilihan Zaid dapat menambah undi kaum cina terhadap pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, undi dari melayu akan lari kepada BN.
Walaupun tahap keyakinan sesetengah pemimpin pembangkang begitu rendah sekali bagi mereka mengekalkan kerusi tersebut, Anwar sepatutnya mensasarkan untuk mengurangkan majoriti BN seberapa banyak yang mungkin. Tetapi tidak mustahil PKR akan menukar calon disaat akhir kerana Anwar memang terkenal dengan helah walaupun terpaksa melakukan melakukan pembohongan dan lakonan secara besar-besaran. Boleh jadi beliau begitu yakin BN akan meletak Palanivel sebagai calon dan pertukaran calon PKR disaat akhir akan berlaku pada hari penamaan calon. Tapi jika inilah tektiknya, Anwar haruslah dicop sebagai Penipu No 1 negara.
Jadi ada beberapa pesanan Pak Cu kepada ahli-ahli BN yang hendak berkempen di Hulu Selangor jika mahu parti mereka menang besar kali ini.
a) Kepada yang Pemuda dan Pemudi jangan dok pi buat perangai tak senonoh kat sana. Yang lelaki jangan nak pi dok kacau anak dara orang.
b) Kepada yang pegang duit peruntukan, jangan cuba nak kapor duit tu. Bukan apa takut ada yang merajuk dan pulau kempen BN.
c) Semua parti komponen terutama MCA dan Gerakan mesti main peranan lebih untuk menarik seberapa banyak undi kaum cina.
d) Buat seberapa banyak risalah berkenaan isu semasa seperti isu Zionis dan edarkan seluruh kampun disitu terutama kampung melayu dan menteri yang bertanggungjawap wajib turun untuk memberi penerangan kepada rakyat.
e) Buat wayang pacak tiap-tiap malam dengan tayangan filem melayu, tamil dan cina. Sebelum tayangan pasang dokumentari tentang penipuan-penipuan Anwar dan parti pembangkang.
f) Akhir sekali, lupakan segala sengketa, pastikan Barisan Nasional menang besar di Hulu Selangor.

No comments:

Post a Comment