Wednesday, January 20, 2010

Huraian Temubual Nizar Dengan Malaysiakini

Kali ini Pak Cu nak jadi penganalisa politik pula. Pak Cu akan cuba huraikan maksud tersirat dibalik yang tersurat dalam temubual tersebut.

Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.

Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu."

Cuba kita kaji hati perut si Nizar. Bagi beliau, kehilangan 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu bagi beliau adalah sedikit. Sebagai renungan, penduduk Perak yang layak mengundi adalah 1.63 juta orang. Dari jumlah tersebut, 50.9% adalah pengundi Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu yang layak mengundi adalah lebih kurang 830,000 orang. Jadi jika 7% daripada jumlah tersebut bermakna, 58,100 orang Melayu telah lari dari menyokong pembangkang. 58,100 bagi Nizar adalah sikit. Mesti kita tertanya, pasal apa dia kata sikit. Undi orang Cina di Perak telah meningkat sebanyak 60%. Peratus orang cina di Perak adalah 32.2%, jumlah orang Cina di Perak yang layak mengundi adalah adalah 524,200 orang. Jadi peningkatan undi Cina kepada pembangkang adalah 314,500 orang. Sebab tu dia tak pandang yang 58,100 tu. Pak Cu pun tak paham sikap orang Melayu Perak. Benda macam ini pun tak nampak. Parti pembangkang hanya pandang undi orang Cina saja, sebab depa tau, pengikut Melayu totok mereka tak akan lari ke mana.

"Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.

"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.

Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah."

Apa yang Nizar nak bagitau, hanya orang di kawasan pendalaman saja yang setia dengan BN. Bagi Nizar, orang kampung ini bodoh dan tak berpelajaran dan hanya membaca surat khabar pro kerajaan. Depa semua dari golongan buta IT. Disamping itu, si Nizar mengaku bahawa orang-orang kampung ini terpengaruh dengan cerita-cerita bahawa beliau menjadi boneka DAP. Setahu Pak Cu lah, surat khabar Utusan dengan Berita Harian tak ada lah pulak cerita lebih-lebih pasal isu ini. Hanya di internet saja banyak cerita pasal Nizar jadi balaci DAP dengan lebih detail.

"Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.

Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.

Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah."
Sampai kat sini Pak Cu naik jam nak analisa. Dia kata krisis yang berlaku kat Perak boleh diselesaikan melalui pilihanraya. Tiba-tiba dia minta DS Zambry mengadap Sultan untuk membubarkan DUN. Setahu Pak Cu, hanya Menteri Besar saja yang boleh mengadap Sultan untuk bubarkan DUN, secara tak langsung, si Nizar ini mengaku lah DS Zambry sebagai Menteri Besar. Tak tau lah pulak kot-kot ikut undang-undang Perak, ADUN biasa boleh pi mengadap Sultan untuk bubarkan DUN. Jadi, bila dah mengaku, buat apa nak buang duit rakyat buat pilihanraya. INILAH YANG DINAMAKAN POLITIK.....



No comments:

Post a Comment