Thursday, April 23, 2009

Bila Rakyat Berjiwa Raja

Kali ini Pak Cu nak tulis isu yang agak sensatif iaitu berkenaan raja-raja melayu. Pak Cu tengok ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawap kebelakangan ini, sering meniup api kemarahan terhadap insitusi raja. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang terlibat adalah berbangsa melayu. Pak Cu pasti, golongan melayu ini adalah terdiri dari golongan muda yang tak pernah merasa betapa pedih dan pilunya hati bila kita dijajah.


Sebelum kita pergi lebih jauh, suka ditekankan disini, raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, Pak Cu tidak sekali-kali mengatakan bahawa raja-raja adalah insan suci yang terhindar dari melakukan dosa.


Apa yang hendak disampaikan disini adalah kepentingan institusi raja di Malaysia dalam memelihara kepentingan orang-orang melayu. Peranan utama institusi raja di Malaysia adalah untuk membuktikan kepada semua kaum lain tentang hak keistimewaan orang melayu. Dengan kata lain, institusi raja berada di kedudukan tertinggi sekali dan yang paling penting raja-raja tersebut adalah dari kalangan orang melayu. Walau pun ada suara yang mengatakan bahawa raja-raja hanya sekadar simbol, tetapi apa yang perlu diingat bangsa lain tidak boleh menjadi raja dalam kerajaan Melayu.

Cuba kita bayangkan apa kemungkinan yang akan berlaku jika institusi raja dibuang? Lihat negeri-negeri yang tak beraja macam Pulau Pinang dan Singapura. Dimana kedudukan orang melayu di negeri tersebut? Bangsa apa yang pegang kuasa memerintah? Yang pasti, kalau tak disebabkan sultan atau raja, negeri Perak juga ditadbir oleh bangsa asing. Ini bukan untuk menakut-nakut atau menghasut orang melayu supaya membenci bangsa lain, tetapi sekadar renungan untuk orang melayu supaya berfikir dimana kedudukan mereka jika segala hak mereka yang telah dipertahan selama ini dihapuskan satu per satu.

Penyokong pembangkang sering menyalahkan UMNO sebagai punca penderhakaan rakyat terhadap raja. Mereka mengungkit tindakan UMNO menghapuskan kekebalan raja-raja pada 1993. Apa yang perlu diingat, macam Pak Cu kata tadi, raja adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, tindakan Tun M tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan setiap orang di Malaysia tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesalahan besar tidak kira mereka raja atau rakyat. Selagi seseorang itu bernama manusia, mereka haruslah dikawal oleh peraturan agar mereka tidak terpesong serta melakukan sesuatu yang salah, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan.

Seperkara lagi yang harus diingat, orang UMNO tak pernah tidur tebaring atas jalan raya untuk menghalang kenderaan raja. Perbuatan ini adalah sesuatu yang amat biadap dan memalukan.

No comments:

Post a Comment