Saturday, April 4, 2009

Kenapa Saya Tolak Parti Pembangkang.

Setiap benda yang kita nak buat, mesti ada sebabnya. Kita tak boleh buat keputusan sebab ikut cakap orang semata-mata. Kita boleh dengaq cakap orang tapi sebelum buat keputusan, kita kena timbang dulu cakap tu betoi atau tidak. Kita kena buat semua nie bukan sebab apa, tujuannya untuk mengelak dari kita tersalah buat keputusan yang mana akan mendatangkan kemudaratan kepada kita dan orang disekeliling kita.

Jadi, berdasar tajuk yang nak dibincangkan, Pak Cu nak ajak pembaca semua bagi sikit saja dari masa anda yang amat berharga tu, untuk merenung dan fikir sebelum kita buat keputusan parti mana yang nak disokong. Pak Cu tak suruh percaya bulat-bulat apa yang Pak Cu tulis. Bagi Pak Cu, pendapat Pak Cu nie adalah seikhlasnya sebab Pak Cu tulis bukan atas dasar apa-apa kepentingan. Pak Cu bukan orang politik, dan tak dapat seduit pun dari apa yang Pak Cu tulis.

Pasai apa saya tolak parti pembangkang? Satu persoalan yang kita perlu jawap dengan penuh kejujuran dan keinsafan. Bagi Pak Cu, perjuangan UMNO adalah perjuangan yang sebenar-benarnya untuk agama, bangsa dan negara. Ini kerana dalam Perlembagaan UMNO merangkumi semua itu iaitu mempertahankan agama islam serta hak bangsa Melayu disamping tidak menidakkan hak bangsa lain serta kebebasan mereka beragama. Semua ini terkandung dalam Fasal 3; Asas dan Tujuan penubuhan UMNO.

Ini berbeza dengan PAS. Sebab tu PAS tak berani untuk memaparkan kepada khalayak perlembagaannya sebab mereka pasti akan kehilangan sokongan bangsa lain apabila perlembagaan mereka dibaca dan difahami oleh orang cina, india dan lain-lain kaum di Malaysia. Disinilah Pak Cu nak pesan kepada bangsa-bangsa lain, yang menganut agama selain dari Islam dan menyokong PAS supaya baca apa yang terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.

Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan kaum lain, kerana islam adalah suatu agama yang amat terbuka. Hanya orang PAS saja yang menutup keterbukaan tersebut hingga islam tampak seakan-akan extreme. Buktinya jelasnya apabila PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Ketika itu mereka megharamkan seorang pengundi Islam memangkah atau mengundi calon selain yang beragama islam. Ketika itu juga, keluar fatwa PAS, jika tiada orang islam menjadi calon, borang undi tersebut hendaklah dibiar menjadi undi rosak.

Ada orang kata, PAS dah tak macam dulu. Lepas banyak golongan pemimpin PAS yang nampak seakan-akan Pro-Anwar lebih menonjolkan diri kebelakangan ini, PAS kelihatan lebih terbuka. Nie yang buat Pak Cu meluat dengan PAS. PAS dah jadi hipokrit. Dalam perlembagaan depa cakap lain, depan orang cina dan india depa cakap lain. Agama Islam diperdagangkan. Malah orang DAP pun dah sanggup beli ayat suci Al-Quran hanya untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang islam. Mana ulamak PAS yang dulu dok kafirkan UMNO? Seburuk-buruk MCA dan MIC, depa tak pernah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan politik depa. Yang pelik tu, ahli-ahli PAS sanggup bertakbir bila dengaq cina tak sunat tu baca ayat quran. Dah la cina tu bagi salam pun lintang pukang, tu pun ahli PAS sambut salam tu. Jadi tak heranlah kalau ulamak sesat PAS yang Pro-Anwar nie sanggup jual nama Allah untuk digunakan dalam kitab agama lain. PAS jauh lebih menyeleweng dari UMNO.

Pemimpin PAS sanggup buat semua tu kerana depa yakin, pengikut-pengikut totok depa tak akan berpaling tadah setelah pemikiran ahli-ahli depa diracun hingga jadi tepu. Bayangkan macam mana orang yang mengaji tinggi pun boleh percaya 200% bahawa cina-cina komunis nie nak peluk islam. Benda nie Pak Cu sendiri dengaq dari mulut ahli PAS yang jugak kawan baik Pak Cu masa belajaq dulu. Dia kata adalah tidak benar Nizar kena cucuk idung. Nizar nampak seakan-akan melebihkan kaum cina kerana beliau sedang berdakwah secara halus. Sebab tu ramai orang DAP dah masuk islam. Piiiiiirahhhh....macam la kita nie jahil sangat. Pak Cu suruh kawan Pak Cu tu sebut nama, sapa ahli DAP yang masuk islam tu? Dia kata Guan Eng, tapi Guan Eng tak mau declare dulu sebab pak dia Kit Siang masih hidup. Bila Kit Siang dah "jalan" baru dia nak declare. Pak Cu tanya dia apa bukti Guan Eng dah masuk islam? Kawan Pak Cu kata Guan Eng dah boleh baca Quran. Pak Cu tak tau nak cakap apa. Setakat geleng kepala saja yang mampu.

Kawan Pak Cu tu ada Degree. Mengaji tinggi. Tapi otak dia dah tepu. Apa yang keluaq dari mulut puak depa, semuanya betoi. Nie lah betapa dasyat pemimpin PAS meracun pemikiran penyokong depa. Mungkin ada orang kata Pak Cu reka-reka cerita, tapi demi Allah, benda nie keluaq dari mulut orang PAS yang kini menjadi penyokong totok PAS. Apa lagi yang boleh kita buat dengan orang yang macam nie. Mereka tak akan percaya bahawa pemimpin depa menyeleweng. Nak berdebat pun tak dak guna. Buang masa saja. Depa dah jadi buluh. Apa yang kita boleh buat adalah mem"brainwash"kan siswa-siswi yang ada di pusat-pusat pengajian tinggi supaya tak jadi macam kawan Pak Cu nie.

Bila sebut pasai DAP pulak, lagi teruk. Dah tentu pemimpin-pemimpin depa racialist. Kalau tidak takkan depa tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bila cerita pasai DEB, penyokong depa akan kata, depa tentang dasar tersebut kerana dasar itu sendiri yang bersifat perkauman. Depa tak perkauman. Pak Cu teringin la nak tanya, kalau dah tak suka sangat dengan dasar yang bersifat perkauman, pasai apa tak sokong pulak kalau dihapuskan saja sekolah jenis kebangsaan, seperti yang dicadangkan oleh Datuk Mukriz. Biaq anak melayu, cina, hindu dan kaum lain bersekolah sekali. Depa kata depa tak mau anak cucu depa lupa adat resam dan bahasa depa. Tu semua perkauman la. Apa salah kalau anak cucu kita guna bahasa melayu. Sebab kita duduk pun di Gugusan Kepulauan Melayu.

Pak Cu teringin nak tengok apa jadi kalau "Hak Keistimewaan Orang Melayu" ditukaq jadi "Hak Keistimewaan Orang Cina". Depa nak tentang ka dak? Idak pun "Ketuanan Melayu" jadi "Ketuanan Cina". Sepatutnya mereka kena paham, orang cina di negeri China pun ada hak keistimewaan depa, begitu juga orang india di negara India. Tak kan nak mintak 30% dari sumber negara pun tak boleh bagi. Tu pun 30% tu, bila nak jadi pun tak tau lagi. Pak Cu percaya, majoriti dari orang cina dan india tak kisah sangat pasai benda nie. Yang penting negara jadi aman dan makmur. Ekonomi berkembang. Hanya golongan muda saja yang lebih-lebih. Golongan muda adalah golongan yang paling mudah diracun. Pak Cu tau sebab Pak Cu pun biasa jadi muda. Masa tu jiwa masih memberontak. Apa yang orang buat semuanya tak betoi. Kita saja betoi. Kita saja bijak.

Hampir 52 tahun dah kita merdeka. Semua bangsa boleh duduk aman makmur. Ekonomi berkembang amat pesat. Sepatutnya semua rakyat Malaysia harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Walau bagaimana pun kemakmuran yang kita kecapi mula diganggu gugat oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Bila sebut pasai Anwar, nie la sebabnya kita kena tolak PKR. Nie satu-satunya parti politik yang langsung tak dak prinsip. Tujuan parti tu hanya satu, nak lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Bila Anwar jadi Perdana Menteri, senang la depa nak kaut kekayaan negara kita. Sebab tu kebanyakan penyokong PKR adalah bekas kroni Anwar masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Masa tu depa kaut habis kekayaan negara. Ada manusia yang mulanya zero dah betukaq jadi jutawan dengan sekelip mata pada masa tu.

Pak Cu masih ingat cerita Chandra Muzafar pasai Anwar. Masa krisis Melayu dan India kat Pulau Pinang. Anwar masa tu TPM. Kat orang melayu dia kata dia akan pastikan loceng dalam kuil tu tak akan berbunyi lagi. Tapi la nie, dia dah nak jadi Dewa baru orang India. Sebab tu la kalau ada anugerah "Manusia Paling Hipokrit Di Dunia", Pak Cu akan bagi kat Anwar.

Selain dari manusia hipokrit, gelaran lain yang sesuai "Manusia Penipu Dan Tak Tau Malu". Kalau Pak Cu jadi dia, bila "Projek 16 September" yang diwar-warkan bukan saja seluruh negara, malah seluruh dunia gagal, Pak Cu tak tau mana nak letak muka. Jangan kata nak berdepan dengan orang, nak tunjuk muka pun Pak Cu malu. Tempat yang paling sesuai untuk letak muka adalah "mangkuk tandas". Tapi Anwar, selamba saja. Bukan setakat tak malu, dia dengan muka toya dok kata kat Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib. Dia kata Najib tak layak jadi PM. Habis kalau Najib tak layak, sapa yang layak? Diri dia ka? Piiirahhhh..... tak sanggup Pak Cu nak berPM kan penipu tahap international. Malah PKR akan mati kalau tak dak PAS dan DAP.

Jadi bila ketiga-tiga parti nie bergabung, jadi la kuah parpu. Satu nak negara islam, yang satu tak mau malah sanggup mati sebab nak tolak hukum hudud. Yang satu lagi dok tunggu nak ambik kesempatan. Nama Pakatan yang paling sesuai untuk gabungan parti macam nie adalah "Pakatan Parpu" atau "Pakatan Rojak".

No comments:

Post a Comment