Tuesday, April 7, 2009

Cabaran Kepimpinan Datuk Seri Najib Berganda

Pak Cu lihat, dengan keputusan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, yang tidak menyebelahi BN, cabaran yang terpaksa dipikul oleh Datuk Seri Najib (DSN) berlipat kali ganda. Terdapat beberapa tindakan drastik yang terpaksa diambil oleh Perdana Menteri ke-6 jika ingin melihat BN kembali mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Antara perkara yang perlu mendapat perhatian serius oleh DSN Najib adalah :-

1) Memulihkan imej beliau yang tercalar.

Pak Cu lihat, tak dak jalan pintas yang boleh diambil selain dari mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang secara terang-terangan membuat tuduhan terhadap keperibadian DSN. DSN perlu membuktikan bahawa diri beliau benar-benar bersih kerana permasalahan ini merupakan sesuatu yang amat sukar dijawab oleh orang-orang BN apabila ditanya oleh pembangkang. Penyokong pembangkang sering berkata, "Jika DSN tidak bersalah mengapa beliau tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan tersebut". Ini bukan masalah politik semata-mata, tetapi melibatkan keperibadian seorang pemimpin tertinggi kerajaan. DSN tidak boleh berterusan membiar pemimpin pembangkang memain isu ini tanpa sebarang tindakan dari beliau kerana rakyat akan mudah mempercayai jika perkara ini terus dibiarkan. Penafian saja tidak mencukupi.

2) Mendapat kembali kepercayaan kaum cina dan india.

Ini bukan suatu perkara yang mudah kerana pemimpin cina dan india dari parti komponen sendiri menghentam kerajaan. Tidak salah jika mereka menyuarakan pandangan mereka tetapi janganlah dibuat secara terbuka. Amalan turun temurun BN haruslah menjadi pegangan setiap parti komponen iaitu mencari penyelesai secara rundingan. Pemimpin-pemimpin tertinggi BN haruslah menjauhi dari membuat kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman.

Untuk mengatasi masalah ini, setiap pemimpin BN baik dari peringkat tertinggi hingga ke cawangan perlu berkerja keras. Tapi masalah utama yang Pak Cu tengok, pemimpin-pemimpin ini kebanyakannya mempunyai perniagaan sendiri. Inilah akibat bila masuk politik untuk jadi kaya, dan bukan untuk menolong rakyat. Masa mereka lebih banyak digunakan untuk menjaga perniagaan mereka.

Pak Cu rasa tiada salahnya jika satu jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 diberi kepada MCA, memandangkan kaum cina merupakan kaum yang kedua terbesar. Dengan tindakan ini, ia akan menambah keyakinan kaum cina bahawa BN benar-benar mahu melakukan suatu tindakan drastik dalam parti. Pak Cu tak nampak pihak pembangkang akan mengambil kesempatan ke atas tindakan ini kerana mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka mendapat kuasa. Buat masa ini, perpaduan antara kaum lebih penting dari perpaduan orang melayu.

Setiap ahli UMNO pulak haruslah menjauhi sikap prijudis terhadap kaum lain terutama kaum cina. Ini kerana, kaum lain juga perlu menjaga kepentingan kaum mereka. Ini lebih penting daripada mereka lari dan menjauhi parti BN.

3) Mengarah wakil-wakil rakyat menjalankan tugas dengan betul

Ini juga merupakan kelemahan BN yang sering menjadi rungutan. Wakli-wakil rakyat BN kebanyakannya lebih selesa tinggal di kota berbanding kawasan kampung yang mereka wakili. Amalan melantik "wakil" kepada wakil rakyat sudah menjadi amalan biasa dalam BN. Lebih malang lagi, jika "wakil" tersebut dilantik dari mereka yang kaki ampu dan mengambil kesempatan. YB-YB BN harus sedar, rakyat melantik mereka sebagai wakil, bukan orang-orang yang mereka lantik. Apabila kita membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, perkara utama yang kita harus pegang adalah, kesediaan kita menjadi "hamba kepada rakyat" dan bukan "tuan kepada rakyat".

Budaya melantik "wakil" lebih mendatang kesan buruk. Benda nie Pak Cu sering dengaq bila bertandang kat kedai kopi. Cerita bagaimana peruntukkan kewangan dari YB disalah guna oleh wakil mereka, bukan sesuatu yang aneh. Kadang-kadang, lagak wakil-wakil nie mengalahkan YB itu sendiri. Jadi bagai mana rakyat hendak mempercayai kita? Apa salahnya jika YB-YB tersebut meluangkan sedikit masa untuk rakyat yang melantik mereka.

4) Mendapat kembali kepercayaan golongan muda

Rungutan yang Pak Cu dengaq dari orang muda adalah mereka sering dipinggirkan dan kehadiran mereka seperti tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bawahan. Pemimpin-pemimpin lama berkemungkinan takut kedudukan mereka dicabar jika golongan muda yang terpelajar hendak mendekati UMNO. Sepatutnya golongan-golongan ini perlulah di beri perhatian supaya mereka dapat bersama-sama melibatkan diri dengan aktiviti UMNO.

Lebih malang bagi UMNO, orang yang diberi amanah untuk menarik kepercayaan golongan muda, terdiri dari mereka yang mempunyai agenda peribadi sendiri. Jadi tidak hairanlah apabila hanya golongan mat rempit sahaja yang mereka mampu tarik kerana golongan mat rempit hanya mahukan duit. Jadi mudah bagi mereka membeli undi dari mat-mat rimpit ini agar kedudukan mereka terus terjamin.

Lagi satu perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah penglibatan pensyarah-pensyarah di institut pengajian tinggi yang pro pembangkang. Tindakan tegas hendakalah diambil. Golongan pensyarah inilah yang meracuni minda siswa-siswi hingga beku. Lebih menyedihkan jika mereka menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pensyarah untuk mengagal atau memberi markah tinggi kepada pelajar mereka.

No comments:

Post a Comment