Wednesday, April 1, 2009

Aset Dan Liabiliti Dalam UMNO

Kebelakangan ini orang semakin rancak bercerita pasai 3 PRK. Ceramah politik dah mula rancak. Biasa la, orang politik, hang kata kat aku, aku kata kat hang, hang kutuk aku, aku kutuk balik hang. Lepas kempen depa pakat jumpa kat kedai kopi, besembang macam tak dak apa-apa belaku. Boleh dok begelak betampaq. Yang penyokong, begaduh bagai nak rak. Yang kes lagi teruk sampai becerai-berai. Nie sekadar selingan la, Pak Cu nak mintak tolong kat orang-orang politik nie, hampa nak lawan mengata ka, mengutuk ka, tapi bagi la lebih bertanggungjawab. Jangan sampai rakyat berpecah belah dan negara jadi tak aman.


Isu yang Pak Cu nak bincang kali nie adalah pasai aset dan liabiliti dalam UMNO yang boleh jadi berguna untuk survival UMNO. Kalau orang meniaga, dia nak kena tau aset atau harta dia. Aset nie boleh dicairkan untuk dapat loan untuk kembangkan business dia. Liabiliti pulak adalah tanggungan yang membawa kepada kerugian. Jadi kalau orang meniaga, dia akan jual atau tutup mana-mana business dia yang mendatangkan kerugian kat dia. Alahhh....kalau nak mudah paham pasai liabiliti, ambik contoh macam Agusta la (dari kacamata Pak Lah), compony yang Proton jual atas nasihat menantu Pak Lah dengan harga 1 Euro. Khairy kata nilai company nie hanya layak dijual dengan harga tersebut. (Orang yang beli company tu dapat untung berapa kali lipat).


Jadi UMNO kena tengok pemimpin dia yang mana satu aset dan yang mana satu laibiliti. UMNO haruslah gunakan aset dia untuk kembangkan sokongan rakyat terhadap UMNO, dan menjual pemimpin yang boleh dianggap sebagai laibiliti dengan harga 1 Euro. Tu pun kalau ada orang mau beli. Jadi persoalannya siapa aset dan liabiliti untuk UMNO.


Kita cerita pasai aset dulu. Pada pandangan Pak Cu, aset yang paling bernilai bagi UMNO adalah Tun Dr. Mahathir. Tun bukan setakat aset kepada UMNO saja malah kepada negara kita yang tercinta. Kalau kita tengok kebelakangan ini, sokongan terhadap Tun dari semua peringkat umur amat ketara sekali. Bukan setakat tu, banyak negara-negara Arab cuba untuk mencuri harta yang begitu bernilai kepada kita untuk diangkat sebagai Penasihat Ekonomi mereka. Nie la akibat bila terlantiknya seorang yang tak tau menilai mana satu kaca dan mana satu intan sebagai Perdana Menteri. Sebab tu la Pak Lah tak boleh kekal lama memimpin kita.


Selain dari Tun, aset yang juga bernilai didalam UMNO adalah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukriz serta pemimpin-pemimpin lain yang dikaitkan dengan kem mereka berdua semasa Pemilihan Agong UMNO lepas. Baguih ka dak depa dua nie, adalah sesuatu yang subjective. Tapi kita tak boleh nafi bahawa rakyat Malaysia melihat mereka berdua nie sebagai pemimpin yang diharapkan untuk mengubah tanggapan negatif terhadap UMNO dan kerajaan BN.


Mesti pembaca tertanya-tanya, pasai apa nama Datuk Seri Najib, Pak Cu tak katogerikan sebagai aset kepada UMNO. Adakah beliau liabiliti? Pada pandangan Pak Cu, Datuk Seri Najib nie ibarat pegangan saham berisiko. Kalau tiba-tiba dia meletup, kita akan mendapat untung yang besar. Tetapi kalau dia jatuh merudum, emmmm.....kita pulak akan mendapat kerugian yang besar. Jadi semua ini bergantung bagaimana Datuk Seri Najib mengawal suasana. Kalau beliau mengikut jejak langkah Pak Lah, iaitu menggunakan pendekatan terlalu berlembut atau terlalu defencive, jawapnya saham beliau akan jatuh merudum. Tapi kalau beliau mengunakan pendekatan lebih aggressive atau kata orang kampung "tak bagi muka", suasana mungkin akan jadi jauh berbeza.


La nie kita cerita pasai laibiliti dalam UMNO. Laibiliti paling merugikan UMNO adalah Khairy. Jadi sesiapa yang dikaitkan dengan beliau pun boleh dikategorikan sebagai liabiliti kepada UMNO. Pak Lah bertukaq dari aset kepada liabiliti kepada UMNO kerana dikaitkan dengan budak nie. Rakyat dan ahli UMNO bukan benci Pak Lah, tapi depa meluat dengan si Khairy. Nak tak nak, pak mentua terpaksa terima bahana menantu. Tun dah nasihat Pak Lah, jangan biaq menantu dia aktif berpolitik masa Pak Lah jadi Perdana Menteri. Pak Lah tak mau dengaq. Tengok apa dah jadi???

No comments:

Post a Comment