Saturday, June 6, 2009

Cerita Disebalik Kemenangan Ust. Nasharuddin

Muktamar PAS ke-55 mencatat sejarah apabila seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan khusus bagi mengetahui siapa yang akan dilantik kejawatan tertinggi dalam PAS. Apa yang dapat kita lihat bukanlah persaingan antara ahli PAS sahaja malah melibatkan sejauh mana pengaruh luar dapat menentukan hala tuju PAS.

Memang dapat dilihat dengan jelas, bagaimana sejak PAS menyertai Pakatan Pembangkang, suara PAS bolehlah dianggap sebagai suara kelas ketiga di dalam Pakatan tersebut. Suara para ulama PAS sendiri terpaksa diperlahankan bila dikaitkan dengan hukum islam terutamanya hukum hudud, bagi menjaga hati teman sebantal mereka iaitu DAP. Keadaan ini menimbulkan rasa yang amat tidak disenangi oleh segelintir ulama dalam PAS yang benar-benar meletakkan syariat islam sebagai asas perjuangan mereka. Dengan kehadiran begitu ramai golongan yang mengelar diri mereka sebagai "Profesional", arah tuju perjuangan PAS semakin jauh terpesong. Apabila tampuk kekuasaan semakin dekat dengan mereka, segala hukum hakam diletak ditempat lebih bawah. Apa yang penting bagi mereka adalah kuasa.

Melihat kepada penyakit gila kuasa yang begitu kuat menular, para ulama sebenar didalam PAS merasakan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membetulkan hala tuju mereka. Jika keadaan ini terus dibiar, tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Sebab itulah golongan ulama ini dengan jelas menasihati ahli-ahli PAS supaya memilih mereka yang memiliki pengetahuan agama yang tinggi untuk diangkat sebagai pemimpin.

Kita semua dapat lihat, sokongan orang islam (majoriti orang melayu) terhadapat PAS semakin merosot. Kekuatan sebenar dalam pakatan pembangkang adalah sokongan kaum lain, terutamanya kaum cina dan india. Ini sudah tentu tidak memberi kelebihan kepada PAS. Dapat dilihat dengan jelas, penglibatan PAS dalam pakatan rakyat hanya menguntungkan DAP dan PKR. Ahli-ahli PAS begitu mengetahui kelemahan dan kelebihan UMNO kerana persaingan antara kedua-duanya belarutan sejak PAS ditubuhkan pada 4 April 1956. Walau bagaimana pun, PAS tidak pernah bersaing dengan musuh politik seperti PKR. Mereka tidak mengetahui betapa liciknya pemimpin-pemimpin PKR. Jika mereka benar-benar mengenali PKR, sudah pasti mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan UMNO berbanding PKR.

Untuk melihat betapa liciknya PKR, kita patut tanya diri kita dengan ikhlas satu soalan dan kita jawablah dengan ikhlas. Soalannya, Siapa yang akan jadi Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang Berjaya Memenangi Pilihanraya ke-13? Adakah pemimpin utama PAS, DAP atau PKR? Jika pemimpin DAP yang dilantik, mahukah kita dipimpin oleh mereka yang bukan beragama islam? Jika pemimpin PKR pula dilantik, dimana letaknya maruah PAS kerana terpaksa menerima pemimpin sebuah parti politik yang ditubuh setelah genap 46 tahun PAS ditubuhkan. Disinilah letaknya kelicikan pemimpin PKR. Walaupun PKR baru ditubuhkan, mereka berupaya menonjolkan imej PKR seolah-olah PKR adalah tunjang kepada pakatan pembangkang.

Untuk membuka mata seluruh rakyat Malaysia dimana letaknya kedudukan sebenar PKR, cuba kita bayangkan sebuah pilihanraya bebas yang ditanding setiap parti politik yang ada di Malaysia. UMNO, MCA, MIC, PAS, DAP, PKR dan lain-lain bertanding dan diadili oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi. Sudah pasti UMNO dan PAS berupaya menduduki 3 tempat yang teratas jika mereka bertanding atas kekuatan dan sokongan terhadap parti masing-masing. Dan suatu kepastian semua calon PKR akan hilang wang pertaruhan kecuali di Permatang Pauh (Permatang Pauh pun PKR tak akan menang, sekadar dapat mengelak dari hilang wang pertaruhan) kerana selama ini sokongan yang diperolehi oleh PKR datangnya dari penyokong PAS dan DAP.

Jadi kepada penyokong PAS, bak kata Nabil ...... Lu pikir la sendiri

No comments:

Post a Comment