Monday, June 15, 2009

Anwar Dan Nik Aziz

Siapa tidak kenal kedua-dua nama besar di atas. Kedua-dua nama tersebut menjadi idola kepada para pengikut mereka. Pak Cu pernah bekerja secara tidak langsung dengan Nik Aziz semasa Pak Cu bertugas di Kelantan. Secara peribadi, Pak Cu amat menyenangi cara pembawakan Nik Aziz. Seorang manusia yang penuh kesederhanaan. Jika pemimpin UMNO mempunyai perwatakan sedemikian, Pak Cu yakin, mati hidup balik pun orang melayu tak akan tolak UMNO. Sebab tu, ramai orang bercakap, UMNO tak akan berjaya ambil balik Kelantan selagi Nik Aziz menjadi MB.

Tapi, itu semua dulu punya cerita. Masa tu Nik Aziz masih kuat. Pemikiran beliau juga masih sihat. La nie beliau dah dimamah usia. Kerja keluaq masuk hospital. Pak Cu masih ingat bagaimana penyokong PAS kata Tun M nyayok dan patut mengundur diri. Pak Cu rasa, la nie dah sampai giliran Nik Aziz pulak jadi nyayok dan patut melepaskan jawatan. Ini kerana, manusia yang nyayok mudah ditipu oleh orang-orang yang berhati busuk. Ya la, perbezaan umur antara Tun Mahathir dengan Nik Aziz pun dalam 6 tahun, jadi elok benar la tu, Tun Mahathir letak jawatan ketika umur beliau 78 tahun dan pada tahun ini pun usia Nik Aziz jugak dah masuk 78 tahun. Takkan nak tunggu umoq 100 tahun baru nak berundur.

Pak Cu ingat lagi, Nik Aziz pernah suruh Tun M letak jawatan dan bagi kat orang muda. Jadi, dah samapai masa beliau pulak lakukan apa yang beliau kata kat Tun M. Ini demi kebaikan beliau jugak. Sebelum beliau meraban lebih teruk, dan mengikis rasa hormat masyarakat kat beliau, elok sangat la beliau letak jawatan. Setidak-tidaknya Tun M letak jawatan, parti yang dipimpin beliau dalam keadaan kuat. Jadi sebelum PAS jadi lintang pukang akibat mulut Nik Aziz, beliau patutlah diganti. Sekaranglah masa paling sesuai untuk beliau berbuat demikian kerana para penyokong PAS melihat parti mereka sekarang sudah perkasa.

Bila Nik Aziz cerita pasai "boneka UMNO dalam PAS", Pak Cu teringin nak tanya beliau, mana lebih baik jadi "boneka UMNO" daripada jadi "Boneka DAP". Setidak-tidaknya UMNO dipimpin oleh pemimpin beragama islam. DAP dah tentu-tentu dipimpin oleh kafir harbi. Jujurlah, sampai bila kita nak menidak benda yang dah nyata. Kita boleh menafi seberapa banyak pun, kita boleh menipu seberapa ramai orang sekali pun, tapi, kita tak boleh nak tipu Allah. Allah tahu apa yang berlaku dalam kerajaan sementara PAS di Perak, Allah jugak tahu macam mana PAS dicucuk hidung oleh DAP dan PKR. Yang menyedihkan Nik Aziz masih cuba untuk menidak semua itu. Beliau cuba memekak dan mentulikan telinga beliau bagi menafikan bagaimana DAP mempengaruhi PAS.

Selama ini Pak Cu tak pernah mengkritik Nik Aziz atas dasar hormatnya Pak Cu kepada beliau. Tapi apabila beliau dengan jelas mengeluarkan kenyataan yang secara jelasnya bertentangan dengan suruhan agama, Pak Cu tak boleh terima. Ini kerana islam dengan jelas mahukan umatnya bersatu padu dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Beliau sepatutnya tidak besikap prejudis terhadap pemimpin UMNO sebagaimana beliau tidak bersikap demikian terhadap DAP dan PKR. Jika beliau berpendapat kerjasama PAS dengan UMNO akan memberi keuntungan terhadap UMNO, beliau juga sepatutnya mempunyai pendapat yang sama bila PAS hendak bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Adalah mustahil DAP dan PKR tidak mempunyai apa-apa kepentingan bila mereka bekerjasama dengan PAS. DAP dan PKR tahu, jika mereka ingin memerintah, mahu tidak mahu, mereka terpaksa berbaik dengan PAS. Tetapi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, mereka bukan sahaja dapat memerintah, malah, mereka berupaya membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan lebih memberi manfaat kepada rakyat. Jika PAS boleh berkompromi dalam menegakkan ideologi mereka bila duduk sebumbung dengan DAP dan PKR, mengapa tidak mereka lakukan perkara yang sama bila bekerjasama dengan UMNO?

Lagi satu perkara yang menarik diperkataka adalah suara sumbang Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini. Bagi Pak Cu, orang macam Anwar tidak diperlukan dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi diangkat sebagai pemimpin nombor satu. Beliau lebih banyak membawa kemusnahan berbanding kebaikkan. Tempat paling sesuai untuk beliau adalah di Taiping.

Walau bagaimana pun memang itulah yang dihajati Anwar. Bila beliau ditahan ISA, semua mata tidak lagi terarah kepada kes liwat beliau. Malah, beliau akan dilimpahi dengan rasa simpati orang ramai. Maka mudahlah bagi beliau menyatakan bahawa beliau diainaya jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada beliau dalam kes liwat beliau. Oleh itu, beliau akan terus menerus meniup api perkauman walaupun beliau tahu, perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

No comments:

Post a Comment