Monday, April 5, 2010

Pemimpin UMNO Dan BN Belum Cukup Belajar

Kali nie Pak Cu lebih kepada nak bagi nasihat. Bukan apa, sebab Pak Cu sayangkan parti keramat. Walaupun sekarang dapat dilihat sokongan terhadap UMNO dan BN meningkat secara begitu mendadak sejak DS Najib mengambil alih kepimpinan dari Pak Lah, tetapi pemulihan sokongan ini tidak seharusnya membuat orang UMNO dan BN berasa selesa.

Apa yang Pak Cu tengok pemimpin-pemimpin UMNO dan BN dah mula rasa selesa. Contoh jelas adalah PRK Hulu Selangor. Orang-orang UMNO dan MIC dah mula berebut kuasa. Semua dah nak jadi presiden parti dengan membuat keputusan mendahului keputusan presiden. Yang tak tahan tu, siap ada yang mengugut "Pilih calon Umno atau sokongan terjejas". Tolonglah, jangan terlalu yakin. Penyakit inilah yang menyebabkan kerajaan BN nyaris-nyaris kehilangan kuasa. Maklumat yang diberi tidak tepat.

Dari apa yang Pak Cu dengar, dua jenis calon yang akan membawa kekalahan BN di Hulu Selangor iaitu :-

a) Calon kitar semula - (G. Palanivel - sebab memang dah nyata beliau ditolak rakyat)

b) Calon UMNO - (sesiapa saja dari UMNO - sebab sokongan Cina dan India akan lari kepada pembangkang disamping sokongan Melayu tegar yang menyokong PAS dan PKR)

Mesti ada yang marah sebab banyak blogger pro UMNO minta supaya kerusi Hulu Selangor diserah kepada UMNO. Kita tak boleh terpedaya dengan banner yang minta supaya pemimpin UMNO tertentu dipilih sebagai calon. Sebab itu bukan suara rakyat. Pak Cu boleh upah budak suruh pi pasang banner agar memilih Pak Cu sebagai calon. Mari kita tengok lojiknya apa yang Pak Cu tulis kat atas.

Isu Palanivel kita tak payah bincanglah sebab dah terang lagi bersuluh beliau ditolak rakyat. Mari kita bincang impak jika memilih calon dari UMNO. Isu paling penting adalah permaufakatan dalam BN itu sendiri. Dimana letaknya maufakat kalau kita memungkiri janji yang dipersetujui bersama sebelum ini. Kalau dah kerusi tu adalah peruntukan untuk MIC, kita kena akur. Jangan tamakkan kuasa.

Isu kedua, walaupun kawasan tersebut majoritinya melayu, tetapi majoritinya amat tipis. Peratusan pengundi melayu dikawasan tersebut hanyalah 53.9% atau 34,276 orang. Pengundi cina pula adalah 26.7% atau 16,979 manakala pengundi India adalah 19.0% atau 12,082 orang. Lain-lain bangsa pula adalah 0.4% atau 255 orang. Jika semua pengundi India dan cina cabut lari dari menyokong UMNO disebabkan mereka berasakan kepimpinan BN jenis tidak berpegang pada janji, BN haruslah memastikan sekurang-kurangnya 95.7% undi melayu berpihak kepada BN. Itu pun kalau semua orang melayu dikawasan Hulu Selangor keluar mengundi, buatnya pada hari mengundi ada yang demam tidak pun masuk hospital sebab nak beranak, lagi kacau bilau dibuatnya. Sebab tu Pak Cu kata jangan terlalu yakin. Yakin disini bermaksud, orang India dan Cina akan tetap menyokong BN walaupun BN mungkir janji.

Pak Cu tak dapat bayang, kalau BN sekali lagi kena main dengan bangsa lain. Adalah suatu mimpi ngeri jika calon UMNO yang diletak untuk bertanding tersungkur di Hulu Selangor. Pak Cu tengok penyelesaia terbaik adalah meletak calon MIC, dan calon MIC tersebut hendaklah dicadangkan oleh orang UMNO dan MCA tetapi bukannya datang dari Samy Vellu. Alangkah cantiknya kalau benda nie berlaku. Pak Cu yakin, pembangkang akan tersungkur teruk.

No comments:

Post a Comment