Friday, April 9, 2010

Ayo..yo..Samy...Sekarang Rakyat Banyak Susah Hati

Pemimpin MIC terus dengan sikap angkuh. Belum mahu belajar dari PRU 12 serta berubah. Sekarang tidak macam dulu lagi. Setakat bertanding atas tiket BN, bukanlah satu jaminan kemenangan akan berpihak kepada calon tersebut. Calon yang hendak diletak haruslah mendapat persetujuan bersama parti komponen jika mahu lihat BN menang. Faktor pemilihan calon menjadi lebih serius bila melibatkan Pilihanraya Kecil. Salah pilih, BN boleh angkat bungkus dan pihak pembangkang akan pasang bunga api macam nak sambut Hari Merdeka.

Pak Cu yakin Datuk Seri Najib pasti sedar dengan perkara ini. Dalam kes Hulu Selangor, memang diakui penyelesaian terbaik adalah meletak calon dari MIC. Dan, MIC pula harus sedar bahawa di kawasan tersebut, yang hendak mengundi bukanlah ahli MIC saja, malah ahli UMNO, MCA dan parti komponen yang lain. Calon tersebut bukan sekadar memerlukan sokongan padu ahli MIC, dia juga memerlukan sokongan padu parti komponen yang lain. Dengan erti kata lain, calon itu haruslah mendapat sokongan padu ahli Barisan Nasional.

Bila sudah memperolehi sokongan padu dari ahli parti, barulah mudah kerja untuk menyakinkan pengundi atas pagar agar memilih calon tersebut. Pemimpin BN tidak boleh terus bersikap "syok sendiri" dengan memaksa rakyat memilih sesiapa saja yang mereka pilih. Setakat menggunakan ayat "...Kita haruslah menyokong penuh sesiapa saja yang terpilih untuk mewakili parti kita.." dah tak boleh jalan dah dalam suasana politik sekarang. Begitu juga dengan ayat "...kita pilih si 'A' sebab kedudukan dia dalam parti ...".

Untuk mengunakan perkataan UNMO telah berkorban untuk memberi laluan kepada calon MIC di Hulu Selangor, bagi Pak Cu agak keterlaluan, kerana UMNO tak berkorban apa-apa sebab kerusi itu adalah hak MIC. Tapi, MIC harus menghargai pengorbanan ahli UMNO untuk terus memberi sokongan padu mereka kepada calon parti mereka. Jadi hati dan perasaan mereka perlu diambil kira dalam memilih calon, walau pun calon tersebut dari MIC.

Kepada Datuk Seri Najib, Pak Cu nak bagi pandangan yang agak kritis. Tak perlu untuk menjaga hati Samy Vellu seorang jika perkara tersebut boleh melukai hati beribu orang yang lain. Ahli MIC bukan Samy Vellu seorang. Samy Vellu dah tak releven dalam suasana politik sekarang. Biarkan beliau dengan pemikiran ortodoks beliau. Malah beliau sudah tidak layak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi BN.

Untuk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, BN perlu kemenangan besar. Bukan kemenangan setakat cukup makan kerana peluang untuk BN berbuat demikian di Hulu Selangor amat luas. Sasaran BN haruslah bukan sekadar menang tetapi "menang besar" kerana situ adalah kubu kuat BN. Jika pada PRU 12 lepas, dalam suasana politik yang tidak menyebelahi BN pun kita mampu untuk memperolehi majoriti 6,374 undi (jika dijumlahkan majoriti BN diperingkat DUN), jumalah tersebut sepatutnya menjadi sekali ganda atau melebihi 12,000 majoriti dan jika BN mampu meletakkan calon yang sesuai, Pak Cu yakin jumlah majoriti tidak akan kurang dari 15,000 undi.

No comments:

Post a Comment