Monday, January 4, 2010

Isu Kalimah Allah

Isu ini kembali hangat diperkatakan bila keputusan mahkamah untuk membenarkan majalah "The Christian Herald" menggunakannya. Pak Cu tak mau komen pasai keputusan tersebut, Pak Cu hanya berminat dengan dua perkara saja iaitu, pasai apa tiba-tiba puak kafir ini begitu bersungguh-sungguh nak menggunakan kalimah Allah dan yang kedua Pak Cu sedih bila ada pulak manusia yang lagaknya macam ulamak dan sering berceramah pasai islam tidak ada langsung perasaan hendak protes.

Pak Cu ada tanya kawan Pak Cu yang beragama kristian pasai isu ini. Kawan Pak Cu kata, dalam kitab Injil tak pernah dia jumpa perkataan Allah. Hanya ada 2 saja perkataan yang bunyinya seakan-akan Allah tu pun dalam bahasa Ibrani atau Hebrew iaitu "Alah" dan "Elah". Kawan Pak Cu kata lagi, kedua-dua ayat tu tidak langsung membawak maksud tuhan. Hanya pada abad ke-9, apabila kitab Injil pertama kali diterjemah ke dalam bahasa arab, baru nama Allah digunakan.

Di negara yang mana kristian menjadi agama paling banyak dianuti, pihak gereja di negara tersebut seboleh-bolehnya menolak sama sekali penggunaan nama Allah sebagai tuhan mereka. Ini kerana mereka tidak mahu, penganut kristian di negara tersebut terkeliru. Mereka berusaha sedaya upaya untuk mempertikaikan tuhan yang mereka sembah adalah sama dengan tuhan yang orang islam sembah.

Perkara sebaliknya berlaku di negara yang majoriti rakyatnya beragama islam seperti Malaysia dan Indonesia. Sebab tu Pak Cu betoi-betoi tak paham bila ada pemimpin dari parti yang kononnya memperjuangkan islam sanggup mengadai nama tersebut kepada pihak gereja. Puak-puak ini sanggup bebaring serta bersabung nyawa bila orang depa kehilangan kuasa untuk memerintah negeri, tapi bila nama tuhan depa dijadikan bahan taruhan, depa sikit pun tak terasa marah malah ada segelintir sanggup mengadaikannya.

Ya, memang tak dak ayat quran yang khusus menghalang nama Allah digunakan, tapi dalam masa sama depa kena ingat dalam surah Al-Ikhlas (antara surah paling pendek dalam Al Quran) Allah sebut dengan jelas bahawa Allah itu satu serta tidak beranak dan diperanakkan. Jadi macam mana kita boleh bagi orang yang beriman dengan 3 tuhan serta mempercayai tuhan mereka mempunyai anak menggunakan nama tersebut. Boleh jadi pengkhianat agama ini berpegang kepada pepatah melayu iaitu "Apa ada pada nama.."

Pak Cu tak percaya seduit pun kata depa nie buta perut sampai tak nampak agenda tersembunyi puak gereja ini. Depa bercakap bukan atas kesedaran agama, depa cakap untuk menarik sokongan puak kafir supaya menyokong depa, dengan harapan puak kafir melihat depa sebagai seorang yang liberal.

Sebagai pengakhir kata, Pak Cu nak pesan 2 benda saja. Pada puak gereja, tolong la hormati hak agama lain dan pertahankan keharmonian serta kebebasan beragama yang menjadi teras keamanan negara kita. Kepada puak pelacur agama pulak, Pak Cu nak pesan satu saja, hampa kena ingat, jika ada remaja islam di negara kita yang terkeliru serta terpesong akidah mereka selepas ini disebabkan isu ini, saham dari dosa remaja tersebut ada jugak terlekat kat hampa. Jadi lagi baik diam dari bercakap perkara yang boleh menyesatkan.

Opsss...telupa satu lagi pesanan, buat Datuk Seri Rais Yatim, takkan nak tunggu sampai rayuan kena tolak. Bila mahkamah dah buat keputusan muktamad dan dah tak leh nak merayu lagi, tak guna baru nak bertindak. Masa tu kalau nak bertindak pun hanya melalui rusuhan saja....

No comments:

Post a Comment