Thursday, April 23, 2009

Bila Rakyat Berjiwa Raja

Kali ini Pak Cu nak tulis isu yang agak sensatif iaitu berkenaan raja-raja melayu. Pak Cu tengok ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawap kebelakangan ini, sering meniup api kemarahan terhadap insitusi raja. Lebih menyedihkan lagi, mereka yang terlibat adalah berbangsa melayu. Pak Cu pasti, golongan melayu ini adalah terdiri dari golongan muda yang tak pernah merasa betapa pedih dan pilunya hati bila kita dijajah.


Sebelum kita pergi lebih jauh, suka ditekankan disini, raja-raja juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, Pak Cu tidak sekali-kali mengatakan bahawa raja-raja adalah insan suci yang terhindar dari melakukan dosa.


Apa yang hendak disampaikan disini adalah kepentingan institusi raja di Malaysia dalam memelihara kepentingan orang-orang melayu. Peranan utama institusi raja di Malaysia adalah untuk membuktikan kepada semua kaum lain tentang hak keistimewaan orang melayu. Dengan kata lain, institusi raja berada di kedudukan tertinggi sekali dan yang paling penting raja-raja tersebut adalah dari kalangan orang melayu. Walau pun ada suara yang mengatakan bahawa raja-raja hanya sekadar simbol, tetapi apa yang perlu diingat bangsa lain tidak boleh menjadi raja dalam kerajaan Melayu.

Cuba kita bayangkan apa kemungkinan yang akan berlaku jika institusi raja dibuang? Lihat negeri-negeri yang tak beraja macam Pulau Pinang dan Singapura. Dimana kedudukan orang melayu di negeri tersebut? Bangsa apa yang pegang kuasa memerintah? Yang pasti, kalau tak disebabkan sultan atau raja, negeri Perak juga ditadbir oleh bangsa asing. Ini bukan untuk menakut-nakut atau menghasut orang melayu supaya membenci bangsa lain, tetapi sekadar renungan untuk orang melayu supaya berfikir dimana kedudukan mereka jika segala hak mereka yang telah dipertahan selama ini dihapuskan satu per satu.

Penyokong pembangkang sering menyalahkan UMNO sebagai punca penderhakaan rakyat terhadap raja. Mereka mengungkit tindakan UMNO menghapuskan kekebalan raja-raja pada 1993. Apa yang perlu diingat, macam Pak Cu kata tadi, raja adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan, tindakan Tun M tidak lain dan tidak bukan bagi memastikan setiap orang di Malaysia tidak terlepas dari tindakan undang-undang jika mereka melakukan kesalahan besar tidak kira mereka raja atau rakyat. Selagi seseorang itu bernama manusia, mereka haruslah dikawal oleh peraturan agar mereka tidak terpesong serta melakukan sesuatu yang salah, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan.

Seperkara lagi yang harus diingat, orang UMNO tak pernah tidur tebaring atas jalan raya untuk menghalang kenderaan raja. Perbuatan ini adalah sesuatu yang amat biadap dan memalukan.

Wednesday, April 15, 2009

Teori RAZAK

Pak Cu baru balik kampung. Lama tak tengok kampung rasa rindu la pulak. Macam biasa la, bila dah balik, mesti tak miss pi lepak kat warong kopi. Sedap jugak sembang sambil pekena teh tarik halia. Bukan apa, habuan buang angin dalam perut. Takut kalau perut banyak angin, nanti dia jadi buncit. Bila orang tengok perut kita buncit, mula depa mengaji pelik-pelik.

Dalam dok sembang tu, Pak Cu tertarik dengan cerita kawan lama Pak Cu. Dia nie penyokong kuat Anwar Brahim. Pak Cu suka perangat dia. Pak Cu tanya dia, Anwar tak dak bagi tarikh baru ka? Kalau ada boleh pi beli nombo ekoq. Dia kata Anwar la nie tengah atoq strategi. Dia tengah dok himpun MP BN yang pro-Tun Lah dengan kerjasama Tengku Razaleigh Hamzah. Depa dok rancang nak buat undi tak percaya kat DS Najib. Kalau sukses, Tengku Razaleigh akan dilantik sebagai PM.

Celah-celah tu, dia kata ada bomoh cerita pasai teori baru ganti teori RAHMAN. Ish...nie la perangai orang melayu. Suka percaya tahyul-tahyul. Tapi Pak Cu saja tulis sini, nak tengok komen pembaca. Kawan Pak Cu kata bomoh tu habaq, sambungan kepada teori RAHMAN adalah teori RAZAK, berdasarkan nama PM yang kedua. Dia kata DS Najib tak kan lama dok jadi PM. Sebab satu konspirasi yang dikepalai oleh Anwar nak jatuhkan Najib. Jadi PM lepas Najib adalah R -Razaleigh. Walau bagaimana pun, Tengku Razaleigh pegang post PM tak lama dan akan diganti dengan A - Anwar. Lepas Anwar tempatnya akan oleh Z - Zahid. Penganti Zahid masih lagi kabur. Jadi, sapa-sapa yang huruf mula ejaan nama dia bermula dari huruf A, ada chance jadi PM. So, bakal PM yang menjadi pelengkap kepada teori nie adalah K - Khairy. Alhamdulillah, Pak Cu kata. Nasib baik K tu bukan K - Karpal Singh. Mintak-mintak masa tu Khairy dah insaf.

Tapi Pak Cu harap, pembaca jangan percaya sangat benda nie. Kalau betoi pun, tu semua ketentuan tuhan dan secara kebetulan.

www.suarawarongkopi.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Gerakan Melaga-laga Datuk Seri Najib Dengan Tun M

Pak Cu dengaq cerita ada suara-suara sumbang yang cuba melaga-lagakan Tun M dengan Datuk Seri Najib (DSN). Puak-puak nie kata Tun M adalah penyebab kekalahan BN di PRK baru-baru ini. Depa kata tindakan Tun M yang seakan-akan cuba mengawal kerajaan DSN menghilangkan kepercayaan rakyat terutamanya orang cina.

Pak Cu tengok adalah sesuatu yang tak benar benar sama sekali, mengaitkan nama Tun M dengan kekalahan BN ini. Buktinya adalah peningkatan undi melayu terhadap BN. Ini membuktikan peralihan kuasa antara DSN dengan "Tun Lagi Satu" (TLS) sedikit sebanyak berupaya menarik undi melayu. BN kalah sebab kehilangan banyak undi cina. Puncanya kerana pemimpin-pemimpin UMNO dan blogger-blogger pro-UMNO banyak memainkan isu berkaitan pemberian tanah 999 kepada kaum cina. Ini tidak menyenangkan hati kaum cina. Mereka lihat seakan-akan hak mereka sebagai warga negara Malaysia dipertikaikan.

Malah ada statement dari blogger-blogger yang kononnya pro-UMNO menghentam kaum cina secara keterlaluan menyebabkan orang cina lari dari UMNO. Tapi Pak Cu yakin, blogger-blogger nie adalah penyokong pembangkang yang menjadi api dalam sekam untuk menghasut ahli UMNO tulin secara halus agar membenci orang cina, serta menampakan kepada orang cina seakan-akan UMNO hanya berjuang untuk orang melayu saja. Orang cina melihat UMNO kini lebih tertutup mindanya jika dibanding dengan PAS. Mereka merasa lebih selesa untuk mengundi PAS dari UMNO. PERSEPSI INI PERLU DIPERBETULKAN DENGAN SEGERA JIKA KITA INGIN MELIHAT BARISAN NASIONAL KEMBALI BERTAKHTA DIHATI ORANG CINA.

Berbalik kepada cerita Tun M, tuduhan yang menyatakan Tun M cuba mempengaruhi setiap keputusan yang dibuat oleh DSN, jugak Pak Cu tak nampak kebenarannya. Tuduhan seperti ini memperlihatkan seakan-akan DSN adalah pemimpin yang tak dak kewibawaan. Secara peribadi, dari ayaq muka pun kita nampak DSN jauh lebih bijak dari Pak Lah (TSL). Mustahil DSN dungu sampai tak tau nak beza antara baik dengan buruk. Apa yang Pak Cu lihat, pandangan yang diberi Tun M, semuanya ada kebenaranya. Jadi salahkah jika DSN membuat keputusan yang sama dengan pendapat Tun M. Pak Cu rasa kalau Tun M tak bagi pandangan pun, DSN akan membuat keputusan yang sama. Tak kan kita nak lihat DSN jadi macam TSL. Masa Pak Lah jadi PM, beliau menolak apa saja pandangan Tun M sebab tak mau dibayangi oleh Tun M, walaupun apa yang Tun M kata tu adalah benar.

Boleh jadi ada sikit kesilapan disini. Disebabkan Tun terlebih dahulu yang mengeluarkan pandangan, jadi tindakan DSN nampak macam ikut cakap Tun M. Sebagai contoh, Tun M bagi nasihat kepada DSN untuk tidak melantik pemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah dalam kabinet beliau. Hanya 2 jenis orang saja yang tak setuju dengan pandangan Tun M nie. Yang pertama orang bodoh, dan yang kedua orang yang terlibat sama dengan rasuah. Ada ka manusia dalam dunia nie yang mau perasuah jadi pemimpin depa? Ada ka? Kalau ada tolong bagi nama kat Pak Cu. Jadi salah ka kalau secara kebetulan tindakan yang diambil DSN sama dengan pandangan Tun M.

Pak Cu kenai Tun M. Tapi Tun M tak kenai Pak Cu. Pak menakan Pak Cu lebih kenai Tun dan Tun pun kenai dia. Apa yang pak menakan Pak Cu kata, Tun nie seorang yang sangat-sangat sayangkan bangsanya. Apa saja keputusan beliau adalah yang terbaik untuk orang melayu disamping tidak mengabaikan kebajikan kaum lain. Sayangnya Tun kepada bangsa beliau melebihi kasih sayang beliau kepada keluarga. Pak Cu yakin, kalau si Mukriz yang la nie diamanahkan untuk jaga AP, ambil rasuah, pasti Tun akan hentam beliau sebab tindakan rasuah itu boleh merosakkan rakyat.

Ada jugak suara-suara sumbang yang kata DSN lantik Datuk Mukriz dalam kabinet beliau sebab Tun M. Pak Cu yakin, kalau DSN tak lantik Mukriz pun Tun M tak kisah. Tapi, Pak Cu tengok Datuk Mukriz memang layak untuk dilantik. Imej beliau yang bersih masa Pertandingan Ketua Pemuda menyakinkan Pak Cu.

Jadi Pak Cu nasihat la kat para pembaca, tapis dulu setiap maklumat yang diterima. Pikir masak-masak sebelum nak mempercayai atau tidak. Pak Cu yakin, UMNO akan menjadi lebih kuat kalau kita semua bersatu hati dan menyokong penuh usaha DSN.





www.suarawarongkopi.blogspot.com

Tuesday, April 7, 2009

Cabaran Kepimpinan Datuk Seri Najib Berganda

Pak Cu lihat, dengan keputusan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, yang tidak menyebelahi BN, cabaran yang terpaksa dipikul oleh Datuk Seri Najib (DSN) berlipat kali ganda. Terdapat beberapa tindakan drastik yang terpaksa diambil oleh Perdana Menteri ke-6 jika ingin melihat BN kembali mendapat tempat dihati rakyat Malaysia. Antara perkara yang perlu mendapat perhatian serius oleh DSN Najib adalah :-

1) Memulihkan imej beliau yang tercalar.

Pak Cu lihat, tak dak jalan pintas yang boleh diambil selain dari mengambil tindakan mahkamah terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang secara terang-terangan membuat tuduhan terhadap keperibadian DSN. DSN perlu membuktikan bahawa diri beliau benar-benar bersih kerana permasalahan ini merupakan sesuatu yang amat sukar dijawab oleh orang-orang BN apabila ditanya oleh pembangkang. Penyokong pembangkang sering berkata, "Jika DSN tidak bersalah mengapa beliau tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan tersebut". Ini bukan masalah politik semata-mata, tetapi melibatkan keperibadian seorang pemimpin tertinggi kerajaan. DSN tidak boleh berterusan membiar pemimpin pembangkang memain isu ini tanpa sebarang tindakan dari beliau kerana rakyat akan mudah mempercayai jika perkara ini terus dibiarkan. Penafian saja tidak mencukupi.

2) Mendapat kembali kepercayaan kaum cina dan india.

Ini bukan suatu perkara yang mudah kerana pemimpin cina dan india dari parti komponen sendiri menghentam kerajaan. Tidak salah jika mereka menyuarakan pandangan mereka tetapi janganlah dibuat secara terbuka. Amalan turun temurun BN haruslah menjadi pegangan setiap parti komponen iaitu mencari penyelesai secara rundingan. Pemimpin-pemimpin tertinggi BN haruslah menjauhi dari membuat kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman.

Untuk mengatasi masalah ini, setiap pemimpin BN baik dari peringkat tertinggi hingga ke cawangan perlu berkerja keras. Tapi masalah utama yang Pak Cu tengok, pemimpin-pemimpin ini kebanyakannya mempunyai perniagaan sendiri. Inilah akibat bila masuk politik untuk jadi kaya, dan bukan untuk menolong rakyat. Masa mereka lebih banyak digunakan untuk menjaga perniagaan mereka.

Pak Cu rasa tiada salahnya jika satu jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 diberi kepada MCA, memandangkan kaum cina merupakan kaum yang kedua terbesar. Dengan tindakan ini, ia akan menambah keyakinan kaum cina bahawa BN benar-benar mahu melakukan suatu tindakan drastik dalam parti. Pak Cu tak nampak pihak pembangkang akan mengambil kesempatan ke atas tindakan ini kerana mereka juga akan melakukan perkara yang sama jika mereka mendapat kuasa. Buat masa ini, perpaduan antara kaum lebih penting dari perpaduan orang melayu.

Setiap ahli UMNO pulak haruslah menjauhi sikap prijudis terhadap kaum lain terutama kaum cina. Ini kerana, kaum lain juga perlu menjaga kepentingan kaum mereka. Ini lebih penting daripada mereka lari dan menjauhi parti BN.

3) Mengarah wakil-wakil rakyat menjalankan tugas dengan betul

Ini juga merupakan kelemahan BN yang sering menjadi rungutan. Wakli-wakil rakyat BN kebanyakannya lebih selesa tinggal di kota berbanding kawasan kampung yang mereka wakili. Amalan melantik "wakil" kepada wakil rakyat sudah menjadi amalan biasa dalam BN. Lebih malang lagi, jika "wakil" tersebut dilantik dari mereka yang kaki ampu dan mengambil kesempatan. YB-YB BN harus sedar, rakyat melantik mereka sebagai wakil, bukan orang-orang yang mereka lantik. Apabila kita membuat keputusan untuk menjadi wakil rakyat, perkara utama yang kita harus pegang adalah, kesediaan kita menjadi "hamba kepada rakyat" dan bukan "tuan kepada rakyat".

Budaya melantik "wakil" lebih mendatang kesan buruk. Benda nie Pak Cu sering dengaq bila bertandang kat kedai kopi. Cerita bagaimana peruntukkan kewangan dari YB disalah guna oleh wakil mereka, bukan sesuatu yang aneh. Kadang-kadang, lagak wakil-wakil nie mengalahkan YB itu sendiri. Jadi bagai mana rakyat hendak mempercayai kita? Apa salahnya jika YB-YB tersebut meluangkan sedikit masa untuk rakyat yang melantik mereka.

4) Mendapat kembali kepercayaan golongan muda

Rungutan yang Pak Cu dengaq dari orang muda adalah mereka sering dipinggirkan dan kehadiran mereka seperti tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bawahan. Pemimpin-pemimpin lama berkemungkinan takut kedudukan mereka dicabar jika golongan muda yang terpelajar hendak mendekati UMNO. Sepatutnya golongan-golongan ini perlulah di beri perhatian supaya mereka dapat bersama-sama melibatkan diri dengan aktiviti UMNO.

Lebih malang bagi UMNO, orang yang diberi amanah untuk menarik kepercayaan golongan muda, terdiri dari mereka yang mempunyai agenda peribadi sendiri. Jadi tidak hairanlah apabila hanya golongan mat rempit sahaja yang mereka mampu tarik kerana golongan mat rempit hanya mahukan duit. Jadi mudah bagi mereka membeli undi dari mat-mat rimpit ini agar kedudukan mereka terus terjamin.

Lagi satu perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah penglibatan pensyarah-pensyarah di institut pengajian tinggi yang pro pembangkang. Tindakan tegas hendakalah diambil. Golongan pensyarah inilah yang meracuni minda siswa-siswi hingga beku. Lebih menyedihkan jika mereka menyalahgunakan kedudukan mereka sebagai pensyarah untuk mengagal atau memberi markah tinggi kepada pelajar mereka.

Saturday, April 4, 2009

Kenapa Saya Tolak Parti Pembangkang.

Setiap benda yang kita nak buat, mesti ada sebabnya. Kita tak boleh buat keputusan sebab ikut cakap orang semata-mata. Kita boleh dengaq cakap orang tapi sebelum buat keputusan, kita kena timbang dulu cakap tu betoi atau tidak. Kita kena buat semua nie bukan sebab apa, tujuannya untuk mengelak dari kita tersalah buat keputusan yang mana akan mendatangkan kemudaratan kepada kita dan orang disekeliling kita.

Jadi, berdasar tajuk yang nak dibincangkan, Pak Cu nak ajak pembaca semua bagi sikit saja dari masa anda yang amat berharga tu, untuk merenung dan fikir sebelum kita buat keputusan parti mana yang nak disokong. Pak Cu tak suruh percaya bulat-bulat apa yang Pak Cu tulis. Bagi Pak Cu, pendapat Pak Cu nie adalah seikhlasnya sebab Pak Cu tulis bukan atas dasar apa-apa kepentingan. Pak Cu bukan orang politik, dan tak dapat seduit pun dari apa yang Pak Cu tulis.

Pasai apa saya tolak parti pembangkang? Satu persoalan yang kita perlu jawap dengan penuh kejujuran dan keinsafan. Bagi Pak Cu, perjuangan UMNO adalah perjuangan yang sebenar-benarnya untuk agama, bangsa dan negara. Ini kerana dalam Perlembagaan UMNO merangkumi semua itu iaitu mempertahankan agama islam serta hak bangsa Melayu disamping tidak menidakkan hak bangsa lain serta kebebasan mereka beragama. Semua ini terkandung dalam Fasal 3; Asas dan Tujuan penubuhan UMNO.

Ini berbeza dengan PAS. Sebab tu PAS tak berani untuk memaparkan kepada khalayak perlembagaannya sebab mereka pasti akan kehilangan sokongan bangsa lain apabila perlembagaan mereka dibaca dan difahami oleh orang cina, india dan lain-lain kaum di Malaysia. Disinilah Pak Cu nak pesan kepada bangsa-bangsa lain, yang menganut agama selain dari Islam dan menyokong PAS supaya baca apa yang terkandung dalam perlembagaan parti tersebut.

Bukan tujuan untuk menakut-nakutkan kaum lain, kerana islam adalah suatu agama yang amat terbuka. Hanya orang PAS saja yang menutup keterbukaan tersebut hingga islam tampak seakan-akan extreme. Buktinya jelasnya apabila PAS sanggup mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Ketika itu mereka megharamkan seorang pengundi Islam memangkah atau mengundi calon selain yang beragama islam. Ketika itu juga, keluar fatwa PAS, jika tiada orang islam menjadi calon, borang undi tersebut hendaklah dibiar menjadi undi rosak.

Ada orang kata, PAS dah tak macam dulu. Lepas banyak golongan pemimpin PAS yang nampak seakan-akan Pro-Anwar lebih menonjolkan diri kebelakangan ini, PAS kelihatan lebih terbuka. Nie yang buat Pak Cu meluat dengan PAS. PAS dah jadi hipokrit. Dalam perlembagaan depa cakap lain, depan orang cina dan india depa cakap lain. Agama Islam diperdagangkan. Malah orang DAP pun dah sanggup beli ayat suci Al-Quran hanya untuk mempengaruhi pemikiran orang-orang islam. Mana ulamak PAS yang dulu dok kafirkan UMNO? Seburuk-buruk MCA dan MIC, depa tak pernah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan politik depa. Yang pelik tu, ahli-ahli PAS sanggup bertakbir bila dengaq cina tak sunat tu baca ayat quran. Dah la cina tu bagi salam pun lintang pukang, tu pun ahli PAS sambut salam tu. Jadi tak heranlah kalau ulamak sesat PAS yang Pro-Anwar nie sanggup jual nama Allah untuk digunakan dalam kitab agama lain. PAS jauh lebih menyeleweng dari UMNO.

Pemimpin PAS sanggup buat semua tu kerana depa yakin, pengikut-pengikut totok depa tak akan berpaling tadah setelah pemikiran ahli-ahli depa diracun hingga jadi tepu. Bayangkan macam mana orang yang mengaji tinggi pun boleh percaya 200% bahawa cina-cina komunis nie nak peluk islam. Benda nie Pak Cu sendiri dengaq dari mulut ahli PAS yang jugak kawan baik Pak Cu masa belajaq dulu. Dia kata adalah tidak benar Nizar kena cucuk idung. Nizar nampak seakan-akan melebihkan kaum cina kerana beliau sedang berdakwah secara halus. Sebab tu ramai orang DAP dah masuk islam. Piiiiiirahhhh....macam la kita nie jahil sangat. Pak Cu suruh kawan Pak Cu tu sebut nama, sapa ahli DAP yang masuk islam tu? Dia kata Guan Eng, tapi Guan Eng tak mau declare dulu sebab pak dia Kit Siang masih hidup. Bila Kit Siang dah "jalan" baru dia nak declare. Pak Cu tanya dia apa bukti Guan Eng dah masuk islam? Kawan Pak Cu kata Guan Eng dah boleh baca Quran. Pak Cu tak tau nak cakap apa. Setakat geleng kepala saja yang mampu.

Kawan Pak Cu tu ada Degree. Mengaji tinggi. Tapi otak dia dah tepu. Apa yang keluaq dari mulut puak depa, semuanya betoi. Nie lah betapa dasyat pemimpin PAS meracun pemikiran penyokong depa. Mungkin ada orang kata Pak Cu reka-reka cerita, tapi demi Allah, benda nie keluaq dari mulut orang PAS yang kini menjadi penyokong totok PAS. Apa lagi yang boleh kita buat dengan orang yang macam nie. Mereka tak akan percaya bahawa pemimpin depa menyeleweng. Nak berdebat pun tak dak guna. Buang masa saja. Depa dah jadi buluh. Apa yang kita boleh buat adalah mem"brainwash"kan siswa-siswi yang ada di pusat-pusat pengajian tinggi supaya tak jadi macam kawan Pak Cu nie.

Bila sebut pasai DAP pulak, lagi teruk. Dah tentu pemimpin-pemimpin depa racialist. Kalau tidak takkan depa tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB). Bila cerita pasai DEB, penyokong depa akan kata, depa tentang dasar tersebut kerana dasar itu sendiri yang bersifat perkauman. Depa tak perkauman. Pak Cu teringin la nak tanya, kalau dah tak suka sangat dengan dasar yang bersifat perkauman, pasai apa tak sokong pulak kalau dihapuskan saja sekolah jenis kebangsaan, seperti yang dicadangkan oleh Datuk Mukriz. Biaq anak melayu, cina, hindu dan kaum lain bersekolah sekali. Depa kata depa tak mau anak cucu depa lupa adat resam dan bahasa depa. Tu semua perkauman la. Apa salah kalau anak cucu kita guna bahasa melayu. Sebab kita duduk pun di Gugusan Kepulauan Melayu.

Pak Cu teringin nak tengok apa jadi kalau "Hak Keistimewaan Orang Melayu" ditukaq jadi "Hak Keistimewaan Orang Cina". Depa nak tentang ka dak? Idak pun "Ketuanan Melayu" jadi "Ketuanan Cina". Sepatutnya mereka kena paham, orang cina di negeri China pun ada hak keistimewaan depa, begitu juga orang india di negara India. Tak kan nak mintak 30% dari sumber negara pun tak boleh bagi. Tu pun 30% tu, bila nak jadi pun tak tau lagi. Pak Cu percaya, majoriti dari orang cina dan india tak kisah sangat pasai benda nie. Yang penting negara jadi aman dan makmur. Ekonomi berkembang. Hanya golongan muda saja yang lebih-lebih. Golongan muda adalah golongan yang paling mudah diracun. Pak Cu tau sebab Pak Cu pun biasa jadi muda. Masa tu jiwa masih memberontak. Apa yang orang buat semuanya tak betoi. Kita saja betoi. Kita saja bijak.

Hampir 52 tahun dah kita merdeka. Semua bangsa boleh duduk aman makmur. Ekonomi berkembang amat pesat. Sepatutnya semua rakyat Malaysia harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ini. Walau bagaimana pun kemakmuran yang kita kecapi mula diganggu gugat oleh seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Bila sebut pasai Anwar, nie la sebabnya kita kena tolak PKR. Nie satu-satunya parti politik yang langsung tak dak prinsip. Tujuan parti tu hanya satu, nak lihat Anwar jadi Perdana Menteri. Bila Anwar jadi Perdana Menteri, senang la depa nak kaut kekayaan negara kita. Sebab tu kebanyakan penyokong PKR adalah bekas kroni Anwar masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri. Masa tu depa kaut habis kekayaan negara. Ada manusia yang mulanya zero dah betukaq jadi jutawan dengan sekelip mata pada masa tu.

Pak Cu masih ingat cerita Chandra Muzafar pasai Anwar. Masa krisis Melayu dan India kat Pulau Pinang. Anwar masa tu TPM. Kat orang melayu dia kata dia akan pastikan loceng dalam kuil tu tak akan berbunyi lagi. Tapi la nie, dia dah nak jadi Dewa baru orang India. Sebab tu la kalau ada anugerah "Manusia Paling Hipokrit Di Dunia", Pak Cu akan bagi kat Anwar.

Selain dari manusia hipokrit, gelaran lain yang sesuai "Manusia Penipu Dan Tak Tau Malu". Kalau Pak Cu jadi dia, bila "Projek 16 September" yang diwar-warkan bukan saja seluruh negara, malah seluruh dunia gagal, Pak Cu tak tau mana nak letak muka. Jangan kata nak berdepan dengan orang, nak tunjuk muka pun Pak Cu malu. Tempat yang paling sesuai untuk letak muka adalah "mangkuk tandas". Tapi Anwar, selamba saja. Bukan setakat tak malu, dia dengan muka toya dok kata kat Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib. Dia kata Najib tak layak jadi PM. Habis kalau Najib tak layak, sapa yang layak? Diri dia ka? Piiirahhhh..... tak sanggup Pak Cu nak berPM kan penipu tahap international. Malah PKR akan mati kalau tak dak PAS dan DAP.

Jadi bila ketiga-tiga parti nie bergabung, jadi la kuah parpu. Satu nak negara islam, yang satu tak mau malah sanggup mati sebab nak tolak hukum hudud. Yang satu lagi dok tunggu nak ambik kesempatan. Nama Pakatan yang paling sesuai untuk gabungan parti macam nie adalah "Pakatan Parpu" atau "Pakatan Rojak".

Wednesday, April 1, 2009

Aset Dan Liabiliti Dalam UMNO

Kebelakangan ini orang semakin rancak bercerita pasai 3 PRK. Ceramah politik dah mula rancak. Biasa la, orang politik, hang kata kat aku, aku kata kat hang, hang kutuk aku, aku kutuk balik hang. Lepas kempen depa pakat jumpa kat kedai kopi, besembang macam tak dak apa-apa belaku. Boleh dok begelak betampaq. Yang penyokong, begaduh bagai nak rak. Yang kes lagi teruk sampai becerai-berai. Nie sekadar selingan la, Pak Cu nak mintak tolong kat orang-orang politik nie, hampa nak lawan mengata ka, mengutuk ka, tapi bagi la lebih bertanggungjawab. Jangan sampai rakyat berpecah belah dan negara jadi tak aman.


Isu yang Pak Cu nak bincang kali nie adalah pasai aset dan liabiliti dalam UMNO yang boleh jadi berguna untuk survival UMNO. Kalau orang meniaga, dia nak kena tau aset atau harta dia. Aset nie boleh dicairkan untuk dapat loan untuk kembangkan business dia. Liabiliti pulak adalah tanggungan yang membawa kepada kerugian. Jadi kalau orang meniaga, dia akan jual atau tutup mana-mana business dia yang mendatangkan kerugian kat dia. Alahhh....kalau nak mudah paham pasai liabiliti, ambik contoh macam Agusta la (dari kacamata Pak Lah), compony yang Proton jual atas nasihat menantu Pak Lah dengan harga 1 Euro. Khairy kata nilai company nie hanya layak dijual dengan harga tersebut. (Orang yang beli company tu dapat untung berapa kali lipat).


Jadi UMNO kena tengok pemimpin dia yang mana satu aset dan yang mana satu laibiliti. UMNO haruslah gunakan aset dia untuk kembangkan sokongan rakyat terhadap UMNO, dan menjual pemimpin yang boleh dianggap sebagai laibiliti dengan harga 1 Euro. Tu pun kalau ada orang mau beli. Jadi persoalannya siapa aset dan liabiliti untuk UMNO.


Kita cerita pasai aset dulu. Pada pandangan Pak Cu, aset yang paling bernilai bagi UMNO adalah Tun Dr. Mahathir. Tun bukan setakat aset kepada UMNO saja malah kepada negara kita yang tercinta. Kalau kita tengok kebelakangan ini, sokongan terhadap Tun dari semua peringkat umur amat ketara sekali. Bukan setakat tu, banyak negara-negara Arab cuba untuk mencuri harta yang begitu bernilai kepada kita untuk diangkat sebagai Penasihat Ekonomi mereka. Nie la akibat bila terlantiknya seorang yang tak tau menilai mana satu kaca dan mana satu intan sebagai Perdana Menteri. Sebab tu la Pak Lah tak boleh kekal lama memimpin kita.


Selain dari Tun, aset yang juga bernilai didalam UMNO adalah Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Mukriz serta pemimpin-pemimpin lain yang dikaitkan dengan kem mereka berdua semasa Pemilihan Agong UMNO lepas. Baguih ka dak depa dua nie, adalah sesuatu yang subjective. Tapi kita tak boleh nafi bahawa rakyat Malaysia melihat mereka berdua nie sebagai pemimpin yang diharapkan untuk mengubah tanggapan negatif terhadap UMNO dan kerajaan BN.


Mesti pembaca tertanya-tanya, pasai apa nama Datuk Seri Najib, Pak Cu tak katogerikan sebagai aset kepada UMNO. Adakah beliau liabiliti? Pada pandangan Pak Cu, Datuk Seri Najib nie ibarat pegangan saham berisiko. Kalau tiba-tiba dia meletup, kita akan mendapat untung yang besar. Tetapi kalau dia jatuh merudum, emmmm.....kita pulak akan mendapat kerugian yang besar. Jadi semua ini bergantung bagaimana Datuk Seri Najib mengawal suasana. Kalau beliau mengikut jejak langkah Pak Lah, iaitu menggunakan pendekatan terlalu berlembut atau terlalu defencive, jawapnya saham beliau akan jatuh merudum. Tapi kalau beliau mengunakan pendekatan lebih aggressive atau kata orang kampung "tak bagi muka", suasana mungkin akan jadi jauh berbeza.


La nie kita cerita pasai laibiliti dalam UMNO. Laibiliti paling merugikan UMNO adalah Khairy. Jadi sesiapa yang dikaitkan dengan beliau pun boleh dikategorikan sebagai liabiliti kepada UMNO. Pak Lah bertukaq dari aset kepada liabiliti kepada UMNO kerana dikaitkan dengan budak nie. Rakyat dan ahli UMNO bukan benci Pak Lah, tapi depa meluat dengan si Khairy. Nak tak nak, pak mentua terpaksa terima bahana menantu. Tun dah nasihat Pak Lah, jangan biaq menantu dia aktif berpolitik masa Pak Lah jadi Perdana Menteri. Pak Lah tak mau dengaq. Tengok apa dah jadi???